Semasa dalam bas, Pak Nidus duduk bersebelahan dengan seorang gadis di barisan kedua di belakang pemandu. Kerana takut dikatakan apa-apa oleh gadis berkenaan Pak Nidus mengambil keputusan berdiam diri tanpa bertegur sapa sehingga bas bergerak.
Pak Nidus cuba hendak memulakan perbualan tapi rasa segan takut si gadis tadi tidak akan layan ataupun menyampah melihat orang tua macam Pak Nidus ni. Sekali lagi Pak Nidus berdiam diri sambil melayan 'diginet' sehingga sampai di tempat rehat di Kijal.
Lebih kurang 15 minit bas nak mula bergerak Pak Nidus terus ke tempat duduk di sebelah gadis tersebut. Tiba2 dia meminta kebenaran untuk berpindah tempat kerana ada kekosongan di hadapan. Pak Nidus hanya tersenyum.
Sepanjang perjalanan Pak Nidus mengelamun sendiri...hmmmmm, kenapa dia tidak terus berpindah semasa Pak Nidus berada di bawah tadi?...kenapa harus minta kebenaran?...Adakah dia tidak selesa bersama Pak Nidus?...
Bagi Pak Nidus, tidak terasa terhina dengan gadis tersebut bahkan dia adalah seorang yang bersahsiah tinggi atau seorang yang berpendidikan kerana menghormati Pak Nidus sebagai orang tua dan dia meminta kebenaran berbuat demikian takut Pak Nidus tersinggung dengan sikapnya itu.
Pak Nidus tak perasan kerana tertidur bila gadis itu turun kerana bila sampai di stesyen dia sudah tiada.
Bila boleh berjumpa lagi?
14 ulasan:
Saya pulak lain kisahnya...
Saya pernah jumpa seorang gadis..pelajar UPM, dalam bas dari Ipoh ke KL. Kami berborak sakan sampaila ke Puduraya.
Kat mana la agaknya dia skrg?
Hehe
ermm..
saya punya Gadis dah lama menghilang... dengar dah kawin, anak kembar lagi..! selamat berbahagia lah kamu.!
Dia tak kejut Pak Nidus minta kebenaran nak turun ?
alahaiii...
Salam pak nidus
Hehe dia malu kot... minta kebenaran takut ada hati yang tersinggung tapi disengajakan... bagus lah macam tu... ~
Hairil,
Mana boleh jeles nga kembar Halim Othman. Pak Nidus sudahlah miskin harta, rupa pun tiada...huu..huuk.
Xaturen,
Bunga tak sekuntum. Pak Nidus gerenti, satu pergi satu lori datang. Sabar orang muda.
LiNda,
Bagaimana ye kalau di sebelah Pak Nidus tu adalah Linda....
Berpeluh kecik berpeluh besar agaknya...
Manje,
Udang sama udang,
Udang besar balik batu,
Bujang sama bujang,
Orang tua tak ambil tahu.
Pantun dulu-dulu....
ya..dia gadis yg baik dan menghormati perasaan org sekeliling.
Sally,
Macam Sally kot . Sebab tu abang Is sayang sungguh.
gadis-gadis pilihan saya terhalang oleh orang tua...uhuk2. apa kan daya...
hai teringat-ingat pulak..
Abdul,
Jangan perasan sangat.
Ikan Emas,
Eh ya tak ya jugak....Burung dah terbang...haaa3.
Bukan apa IE, itulah bakal menantu idaman yang Pak Nidus cari2 sampai teringat-ingat.
Catat Ulasan