Jumaat, 29 Oktober 2010

Gomo Kelate Gomo




Nok gi doh nih....

Rabu, 27 Oktober 2010

Mini Orchestra SIC

Petang tadi Pak Nidus jadi Pak Sibuk pulak.
Tengok budak-budak muzik berlatih untuk persembahan Hari Anugerah Seni dan Budaya 2010 di Hotel Renaissence Kota Bharu. Kerana dibuat agak grand jugak melibatkan orang Kementerian maka latihan semestinya dilakukan bersungguh-sungguh.

En. Razi Daud sebagai guru yang bertanggungjawab sepenuhnya merupakan seorang yang profesional dalam bidang ini.

Walaupun Orchestra ini baru ditubuhkan namun dengan berkat kesungguhan mereka-mereka yang terlibat ianya telah membuahkan beberapa kejayaan baik di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.
Satu kejayaan yang boleh dibanggakan ialah menyertai pertandingan drum line di Johor Bharu Julai lepas.




Tengoklah lagak Mat Sibuk...gaya jer lebih (perut pun lebih)...




Anugerah akan diadakan 2 Nov. depan, jadi banyak lagi kelemahan-kelemahan yang dapat diperbaiki bagi memantapkan lagi persembahan orchestra ini.

Pak Nidus tak nyanyi ke malam tu?

Isnin, 25 Oktober 2010

Ole-ole

Semasa ronda kat Pasar Payang sambil mencari sesuatu yang boleh dibuat ole-ole selain dari keropok gotel aku ternampak benda ni.

Hah, lama betul aku cari, sekarang baru dapat. Memang susah nak dapat benda ni. Seingat aku masa kecik2 memang benda ni mudah didapati. Beli 10 sen boleh dapat 3.

Diperbuat daripada tepung beras, kelapa dan gula. Boleh dijadikan sebagai makanan ringan ketika menonton perlawanan bola antara Kelantan dengan Negeri Sembilan nanti.

Hah ada satu lagi…..

Ini pun susah nak dapat. Diperbuat daripada tepung gandum gula dan pewarna. Masa kecik2 dulu bila makan benda ni habis mulut terlekat color putih dan merah tepung gandum disekeliling mulut. Bila dihembus habis berterbangan melekat di baju kawan2.

Tempat lain Pak Nidus tak tahu kau orang panggil apa.

Di sini kita panggil ‘Sagun dan Senma’.


Ahad, 24 Oktober 2010

Milik Siapakah Gadis Ini?

Semasa lawatan ke Terengganu tempoh hari, Pak Nidus ada satu kerja yang memaksakan ke Kuantan dengan segera. Untuk memudah dan menjimatkan segalanya Pak Nidus bertolak dengan menaiki bas SPBMB dari Kuala Terengganu ke Kuantan jam 8.30 pagi.

Semasa dalam bas, Pak Nidus duduk bersebelahan dengan seorang gadis di barisan kedua di belakang pemandu. Kerana takut dikatakan apa-apa oleh gadis berkenaan Pak Nidus mengambil keputusan berdiam diri tanpa bertegur sapa sehingga bas bergerak.

Pak Nidus cuba hendak memulakan perbualan tapi rasa segan takut si gadis tadi tidak akan layan ataupun menyampah melihat orang tua macam Pak Nidus ni. Sekali lagi Pak Nidus berdiam diri sambil melayan 'diginet' sehingga sampai di tempat rehat di Kijal.





Sambil minum tea O Pak Nidus perhatikan dari jauh....semestinya gadis ini seorang yang baik budi pekertinya...

Lebih kurang 15 minit bas nak mula bergerak Pak Nidus terus ke tempat duduk di sebelah gadis tersebut. Tiba2 dia meminta kebenaran untuk berpindah tempat kerana ada kekosongan di hadapan. Pak Nidus hanya tersenyum.

Sepanjang perjalanan Pak Nidus mengelamun sendiri...hmmmmm, kenapa dia tidak terus berpindah semasa Pak Nidus berada di bawah tadi?...kenapa harus minta kebenaran?...Adakah dia tidak selesa bersama Pak Nidus?...

Bagi Pak Nidus, tidak terasa terhina dengan gadis tersebut bahkan dia adalah seorang yang bersahsiah tinggi atau seorang yang berpendidikan kerana menghormati Pak Nidus sebagai orang tua dan dia meminta kebenaran berbuat demikian takut Pak Nidus tersinggung dengan sikapnya itu.

Pak Nidus tak perasan kerana tertidur bila gadis itu turun kerana bila sampai di stesyen dia sudah tiada.

Bila boleh berjumpa lagi?

The Red Warriors

Kelantan ke final

Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Jaringan gol kemenangan Kelantan pada separuh masa kedua




Wira Kelantan Norshahrul Idlan Talaha


Aksi penyokong-penyokong dan pemaian -pemain Kelantan meraikan kemenangan The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.









Ini diantara para penyokong The Red Warriors yang sempat dirakamkan di sekitar stadium sebelum perlawanan separuh akhir kedua berlangsung.

Sempat menunaikan solat Maghrib di dataran stadium.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Teganukite

Hari ini peluang dapat melawat Terengganu.
Walaupun dalam tugas sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu tapi tidaklah sampai membara.... apatah lagi negeri inilah tempat Pak Nidus mendapat didikan peringkat menengah.

Badan pun masih penat lagi jadi biarlah gambar yang mencerita sedikit sebanyak sebagaimana yang dapat dirakamkan.



Pemandangan di sepanjang jalan pantai menghala ke Kuala Terengganu di Merang.











Selepas berhenti makan seafood, teruskan perjalanan.




Dulu semasa belajar di TI ia merupa kampus pengajian samudra UPM, kemudian Kusten dan kini dikenali sebagai UMT (visual kurang jelas ambil masa kereta bergerak)




Kem Kubang Badak sudah berubah rupanya, berek diganti apartmen.
Oh, terrharunya...di sinilah asalnya tapak rumah sewa Pak Nidus semasa Tingkatan 6 di TI dulu. Sekarang dah jadi Kusza. Di mana pindahnya mereka2 yang ku kenali?



Aha...sekolahku. Inilah SMT Terengganu yang aku belajar selama 4 tahun di sini 1976-79. Banyak dah berubah.



Menghala ke Airport, bumbung Stadium sedang di bersih/dibaiki..


Selamat Datang ke Negeri Terengganu Darul Iman




Tempat beristirehat.


Sempat makan malam bersama boss SIC



Yang ini satu Pak Nidus tak boleh tengok....haaaa3


Besok Pak Nidus ada satu misi yang mesti diselesaikan..8.30 pagi akan bertolak ke Kuantan. Jumpa lagi.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kampung Boy





Semasa mengemas setor, terjumpa satu kotak photo lama. Bila dibuka terdapat photo-photo tahun 60an dan 70an dalam hitam putih. Rasa nak ketawa dan lucu sekali dengan keadaan dan aksi-aksi bergambar. Maklum aje lah Pak Nidus ni dah separuh abad menjadi penunggu planet ni, macam-macam peristiwa pahit manis telah ditempuhi.

Bila dibandingkan suasana sekarang yang serba moden ni Pak Nidus ketawa sendiri. Masih ingat lagi waktu belajar di kampung yang serba kekurangan dibandingkan dengan asrama di bandar. Kejutan budaya memang tidak dapat dipisahkan. Di situ ku kenal lagu dan irama, bergaya dengan seluar jeans Levis, Amco, Texwood, Lee dan Bell Bottom. Berbaju Grand Slam, Manhattan, Arrow dan Montagut. Berkasut Adidas Rom, Amsterdam dan Clark.

Pertama kali menjejak kaki di asrama Sekolah Menengah Teknik Trengganu tahun 1976 memberi seribu kenangan yang nostagik. Nak buang air menggunakan tandas tidak seperti di kampung pakai hentam dalam semak atau sungai. Lampu, petik ajer suis dah cerah memancar. Mandi, pulas kepala paip tidak payah ke perigi atau sungai. Tidur berlapik tilam dunlop berbanding ‘gelegar’ buluh. Makan berlaukkan ayam dan daging tidak lagi berbudu dengan ikan ‘darat.’.

Boleh dikatakan semuanya berbeza.

Berbanding dengan anak-anak sekarang, celik aje mata dari perut bonda disambut oleh bidan yang comel lote di bangunan yang serba moden. siap air cond lagi berbanding tangan bidan tua menyambut kelahiran di masa lalu. Tiada pampers atau Lactogen melengkapi kelahiran . Itu semua menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

Di situlah bermulanya hidup penuh dengan harapan walaupun sesetengah harapan tinggal harapan. Bercita-cita tinggi menggunung untuk menjadi seorang ‘ engineer’ sandaran Ohio juga Glasgow sebagai angan-angan. Nasib tak menyebelahi hanya menjadi lilin penyuluh kegelapan.

Hai dah nak beremosi nampaknya.

Sebagai akhir kalam Pak Nidus ingin berpesan kepada anak-anak sekalian: Masa belajar adalah masa yang paling indah untuk dikenang. Permulaanmu di situ untuk mencorakkan hidup di hari mendatang. Ayuh usah pandang kebelakang, kejari cita-citamu secara berulang-ulang semoga pesanan Pak Nidus ini sebagai pedoman. Hidup dengan penuh kasih sayang.

Coretan ini juga adalah yang pertama kali ayahanda Pak Nidus titikan buat anakanda Afiq, Azri, Akif, Aidil dan Arif.

Ingat pesanan bonda , tiru semangat ayah jangan ikut perangai ayah...?????

Isnin, 18 Oktober 2010

Universal

Sejak dari bangku sekolah lagi Pak Nidus memang suka kalau dapat jalan-jalan makan angin tak kiralah dalam negeri, dalam Malaysia atau pun over river apa lagi kalau over strait.
Over river Pak Nidus pergi Bangkok hingga ke Koen Kaen dekat dengan sempadan Vietnam/Laos (lintas sungai Golok).
Tahun berikutnya Pak Nidus dengan rakan-rakan makan angin ke seberang selat Melaka iaitu Medan tahun 1980an. Itulah kali pertama Pak Nidus naik kapalterbang....seronok.

Biasalah pakej ke Medan mesti termasuk Berastagi, Parapat dan Pulau Samosir.....Hooras.

Apa yang Pak Nidus nak ceritakan semasa di Parapat ada seorang mamat Indon bagi songkok dan juga selimut untuk dipakai sebagai kenang kenangan katanya.

Cuba lihat photo di bawah.....
"Wah..bapak sebiji macam orang Batak...wow hebat betul Bapak ni...handsome lagi"

Begitulah lebih kurang kata si mamat Indon tu pada Pak Nidus.

"Binawe punya budak...berani kau kata muka aku macam Batak?"

"Betul Bapak..sumpah macam Batak" sambil ketawa besar.

" Jangan main-main, walau pun ini negeri kamu, tapi kamu menghina aku"

Lagi kuat ketawanya...tak tahulah apa yang melucukannya.

Ada kawan berbisik kat Pak Nidus....biasalah bang, kan di sini semuanya orang Batak...Batak Toba. Betullah muka abang macam orang dia.

Dalam hati Pak Nidus, betul juga ya. Tapi kalau kat tempat Pak Nidus 'Batak' ni dah bermaksud lain.
Batak adalah suku kaum orang asli.....(memang tak cantik). Itu lah yang Pak Nidus bengang dengan budak tu.

Bila diingatkan semasa ke Bangkok dulu singgah di Korat, orang sana juga kata muka Pak Nidus macam orang dia....pergi ke Kemboja macam tu juga....Aik!!! muka universal ke?

2 minit


Beginilah nasib Pak Nidus di negara orang.


Kesalahan yang dikira kecil bagi kita tapi lain pula perkiraan pihak berkuasa. Tak sangka suka yang dicari duka pula yang tiba. Mengayuh beca di negara orang yang tak tahu cakap melayu. Duit pun tiada. Saudara mara jauh di mata. Apa yang yang terbayang adalah keluarga di kampung sahaja. Oh..nasibku.

Itulah yang terbayang oleh Pak Nidus ketika itu.
Tak perasan bila ianya tercicir. Mungkin masa ke tandas. Tahu-tahu bila beratur nak naik pesawat boarding pass hilang. Pak Nidus ditahan dan dibawa ke bilik pegawai yang bertugas. Katanya, tunggu sehingga semua penumpang naik dan kalau tiada apa-apa Pak Nidus dibenarkan menaiki pesawat.

Alhamdulillah...2 minit lagi sebelum pesawat nak berlepas Pak Nidus dibenarkan naik. Kalau tidak gambar di atas mungkin menjadi kenyataan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Jurutebang

Agak susah untuk mendapatkan jurutebang sekarang. Kebanyakan anak-anak muda tidak mahu mewarisi pekerjaan bapa mereka kerana kerjaya sebagai jurutebang agak sukar dan membahayakan. Apabila ditanya kebanyakannya menjawab ‘GAYAT ‘.

O
leh kerana rumah Pak Nidus dikelilingi oleh pokok-pokok maka sering kali bumbung rumah dihujani oleh buah durian, kelapa dan manggis. Masalahnya pokok-pokok ini milik jiran sebelah- menyebelah. Walaupun tuan tanah membenarkan Pak Nidus mengambil buah-buah tersebut tetapi rasa tidak puas hati terhadap tuan tanah dan jiran empunya pokok2 itu menyebabkan “ kalu make pun, nok tele tok gi “. ( Itu dalam bahasa German…kalau makan pun, nak telan tak boleh…). Apa tidaknya….. atap rumah banyak yang serpih, daun2 tak larat nak sapu, buah durian dan manggis memburuk dan busuk dalam pagar kita… lalat, lebah dan semut datang bertamu. Waktu hujan ribut, lagilah takut. Silap2 tumbang pokok kelapa dalam bilik tidur. Dek kerana jiran, Pak Nidus sekeluarga membatukan diri.

Lima tahun dulu…. Pak Nidus pujuk2 tuan pokok kelapa masa minum2 kat kedai kopi. Acapkali memujuk, akhirnya berjaya. Tuan tanah mencari jurutebang dan Pak Nidus yang membayarnya. Jiran yang sorang ni pulak, kerana sayangkan buah durian, kerap memujuk pun tak berhasil.

Hari ini, ketika ini dan saat ini rasa nak lari sekuat hati pergi cari jurutebang kerana tiba2 tuan pokok durian suruh tebang pokok tersebut.

Sebelum Che Munoh berubah fikiran, Pak Nidus nak pergi panggil jurutebang. Di mana ya?

Jumaat, 8 Oktober 2010

Panggilan.

Hallo, assalamualaikum...Pak Nidus ke?...ni Mak Aji....Allo, Pak Nidus ke? ...ni Pok Cik Ud....Hello,...Abe Li nih....

Pak Nidus memang kenal betullah dengan suara-suara dan nama ni. Mereka adalah di antara AJK Khairat Kematian di Mukim Pak Nidus tinggal. Suara ini bermaksud ada kematian di dalam kawasan mereka..Setiap kematian, Persatuan akan menyumbangkan wang sebagai derma khairat sebanyak RM300 samada ahli atau tanggungan yang meninggal dunia.

Tergerak di hati nak buat n3 ni kerana baru semalam Pak Nidus berbincang dengan AJK mengenai duit tunai tiada di tangan. Rupa-rupa hari ni ada dua kematian berlaku. Sebagai Bendahari Pak Nidus ditugaskan menghantar derma khairat kepada mereka yang dalam kedukaan, sekurang-kurangnya derma itu dapat meringankan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Hari Jumaat dan Sabtu, bank tutup. Jadi terpaksa keluarkan wang sendiri dahulu, maklumlah orang kampung tak biasa guna cek. Taapa kerja kebajikan secara sukarela memang kena berkorban.

Teringat blog seorang sahabat Abiey69 mengenai 3 panggilan dari Allah, salah satunya ialah 'panggilan kematian'

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.

Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insya Allah syurga adalah balasannya..’


Apa yang tersurat dan tersirat di fikiran Pak Nidus ialah dalam menguruskan persatuan ini setiap tahun di kawasan khairat Pak Nidus yang tak seluas mana ni berlaku kematian antara 20 hingga 30 orang setahun, bagi Pak Nidus ia adalah jumlah yang besar berbanding ahli yang ada.
Sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas ini, ingat mengingat dalam membuat perkara kebaikan adalah dituntut oleh agama.

Pak Nidus yang telah hampir 30 tahun dalam persatuan ini terasa sangat dengan panggilan Allah yang semakin hampir ini, apa lagi umur pun dah lebih separuh abad...rumah kata pergi, kubur kata mari.

Isnin, 4 Oktober 2010

Erti Muafakat

Alhamdulillah…

Itulah ucapan setiap kali bila melihat perkembangan pembinaan masjid baru ni. Tak perlu lagi Pak Nidus sebut di mana lokasinya. Bukan untuk meminta bantuan atau derma, hanya sekadar melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dengan limpah kurniaNya pembinaan masjid yang menelan belanja RM350,000.00 ini hampir mencapai matlamat.

Pembinaan yang bermula pada 5 Julai lalu setelah dirancang pada penghujung tahun lepas oleh Pengerusi dan tuan punya tanah yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan ini.

Dengan kerjasama dari Tuan Imam, Bendahari dan Pak Nidus serta AJK lain sama-sama menggerakkan hasrat dan tujuan yang mulia ini.

Konsep pembinaan adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli jemaah dan koriah kampung merasakan ini adalah masjid kita …sama-sama menyumbang ke arah itu mengikut kadarnya.

Kepentingan politik kepartian diketepikan.

Setakat ini belum ada meminta bantuan secara khusus dari badan-badan tertentu kecuali meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga dermawan yang ingin membuat kebajikan yang berpanjangan hingga ke akhirat.

Jumlah terkumpul setakat ini melebihi ¾ dari kos pembinaan.

Sumbangan yang banyak diterima ialah pada Ramadhan yang lepas sempena bulan yang penuh dengan keberkatan.

Kapasiti dianggarkan 200 jemaah untuk satu ketika dan terdapat dua tingkat iaitu perempuan di tingkat atas dan lelaki di tingkat bawah.

Insyaallah jika ada bantuan yang difikirkan perlu untuk memohon sumbangan, Pak Nidus akan beritahu untuk sama-sama melabur dalam saham akhirat ini.


Masjid lama yang akan dirobohkan setelah siap masjid baru yang lebih selesa dan luas.













Gambaran masjid baru bila siap nanti.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Makcu dah balik...

Dah balik...
Tak sempat nak jemput hanya suruh anak jer...sorylah makcu..Pak Nidus kalau malam Jumaat dan Hari Jumaat memang sibuk sikit..kerja kemasyarakatan.
Malam ni boleh kan?

Balik dari majlis malam tadi..tengok2 makcu dah tidur.
Masuk kat dapur berlonggok-longgok barang dalam beg plastik. Entah apa yang Makcu beli dari Penang dan Cameron Highland.
Pagi ni Pak Nidus tengok Makcu bergotong royong dengan Mak Mentua untuk agihkan sayur mayur dan jeruk peruk.


Pesanan penaja:

SEBELUM BAGI KAT KAWAN2 ATAU SIAPA2, TOLONG TINGGALLAH SIKIT kAT PAK NIDUS...TU, JERUK SALAK. NANTI KEMPUNAN PULAK.


Jambu batu, jagung manis dan 'ubi stelo'


Nak jual kat pasar borong ke?


Jual murah2, mesti laku punyer...


Sejeluk jeruk buat ubat cerah perut..


Nak goreng atau nak masak sayur lemak, belum tau lagi..


Ini betul2 ori dari Cameron..


 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template