Memaparkan catatan dengan label nostalgia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nostalgia. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mei 2010

Blues Gang

Aku minat kat lagu blues ni masa belajar di KL. Ketika tu tahun awal 80an, ini kira cerita lama la. Masa dok kampung aku tak tahu apa pun tentang blues ni.

Dari segi penampilan aku rasa gaya blues ada daya tarikannya sendiri. Satu-satunya kumpulan blues di Malaysia yang popular ialah Blues Gang. Setiap kali album Blues Gang keluar dipasaran, aku mesti beli punya dan sampai sekarang kaset mereka masih lagi ada dalam simpanan buat kenangan.







Dari kanan sekali Ghani, pemain keyboard & gitar juga ketua, Julian pemain lead gitar, Ito bermain harmonika dan penyanyi, Sheikh Karim kaki pukul (pukul drum daa..) dan penyanyi bersuara emas, Jim Madasami pemain bass dan penyanyi juga pengasas kumpulan ini. Yang sekor lagi tu aku tak kenal.

Aku pilih lagu 'Bunyi Gitar' berentak blues yang lagu asalnya dinyanyikan oleh P.Ramlee


Lagu-lagu lain bolehlah cari sendiri seperti ibu, terkenang, ceritaku , apo nak dikato dan banyak lagi lagu-lagu popular mereka.

Rabu, 30 Disember 2009

Motorku

Selepas keluar Maktab aku kena posting kat SM Ipoh (1982), bukan di Perak ,cuma di Tanah Merah. Masalahnya aku tak ada motor. Nak ke sekolah macamana?. Aku menumpang dengan Cikgu Wan Zulkifli (gemulah). Sewa rumah bertiga kat Batang Merbau, bersama sorang lagi kawan, Tok Wan ( Cikgu Hishamuddin).




Inilah dua sahabat yang mula-mula aku kenal. Gambar ini dirakamkan pada hari ke 7 sempena pembukaan Lebuh Raya Timur Barat 1982. Pagi tu semasa dirumah sewa di Batang Merbau, aku bertiga merancang untuk menyertai ke Jeli tetapi entah macamana kami bertiga sampai ke Kuala Kangsar dan seterusnya ke Taiping.



Bergaya dengan Motor Fuad RXS, ketika tu memang motor ni sohor nak mampus

Ini photo semasa berkonvoi ke rumah Fuad di Telok Intan. ( Betul ke Fuad?) kalau tak silap dekat Tasek Banding ni.




Akhirnya aku mampu memiliki sebuah motor sendiri jenis HONDA CB100. Aku tak tahu lagu mano aku boleh berkenan beli motor ni. Sudahlah nak hidup enjin guna bateri, motor lain guna magneto, lepas tu motor ni banyak digunakan oleh posmen dan juga Jabatan Telekom. Lantaklah asalkan ada motor sendiri tapi beli secondhand jah.














Tak puas hati dengan motor CB100 aku beli pulah motor ENDURO . Motor ni jenis Scrambler, boleh buat wheely tapi buat off-road bukan merempet. Inilah motor yang paling best, pertama ada 6 speed kemudian dia pakai monoshock boleh konar leper. Gaya macam motorcross.
Lagu kenanganku dimasa itu:











Lepas tu sempat juga aku aku pakai RXZ keluaran tahun 1986, first model. Tahun 1987 kawin, bini tak suka motor jenis 'tungging' ni, aku jual beli motor Honda Cup buruk.




Bini pun tumpang sekaki bergaya dengan motor baru beli dengan anak pertama dan anak saudara.









Tahun 1994 aku tukar motor lagi, kali ini motor baru Yamaha sport 100. Best motor baru



Tahun 2009 aku terpaksa beli motor baru lagi kerana motor Y100 anak aku ambik buat berulang belajar di UTP. "Wahai anakku. Aku tahu kau tak akan 'gendong' gewe tapi jagalah motor tu baik-baik kerana dialah engkau membesar menjadi orang" ( Takkan jadi buaya pulak) Motor ni jenis LC Nouvo 135, tapi jaga-jaga ada dah orang nak takle nak bawak ke Perlis. Sabar Wak.









Gambar sebelah ni, aku nyanyi lagu 'Cinta oh Cinta' juga lagu dari Blues Gang.




Gambar ni lagu pengakap, biasalah lagu salam kabare, bertemu dan berpisah, sayonara.



Bawah sekali ni ,lagu ini tak silap lagu Sweet Charity 'Terharu'.
Lagu dinyanyikan oleh Ahmad Jaafar bukan Ramli Sarip.



Ada satu lagu Jepun: kalau nak cuba ok,

Hondacup Suzuki Yamaha
Toyota Corolla Mazda
Barang ini mudah di baiki
Spare part belana di kedai

O..o..o..o..Odorono
A..a..a..a..Ajinomoto
Ada pitih beli Sport Toto
Kalu kena melancong ke TOkyo.



Semasa dipantai Irama Bachok (1985) Disebelah tu anak murid, tak ingat doh nama. Masa ni lagu Lefthanded tengah popular, mungkin tengah nyanyi lagu tu bekali. Kalu lagu slow rock mungkin " Ku dihalaman Rindu'.


Ini photo semasa lawatan ke KL, bila ada orang lalu akan terdengar suara sumbang, " pengakap apa macam ni, nampak rock je?" Betul juga, sudah rambut panjang, tengok kasut, alamak macam kasut.......tengok kat tangan dia, ada apa......Itu cerita dulu, sekarang O. K kan?



Semasa hari guru (tahun..?) Lagu pun tak tahu, masih muda dan belum kawin, sekarang mungkin Si Borhan sebelah kanan sekali dah ada cucu, Kuna,Sudin Salor, Alwan (Mat Salleh celup) dan Tan.

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan di MPT KL 80/81


Selepas keputusan STP '79 diumumkan, aku sudah sedia maklum dengan keputusan 'sepanar hidup' yang akan diperolehi nanti. Maka berakhirlah episod menjejak kaki sebagai bakal 'engineer' di Glasgow maupun Ohio, yang nyata aku berada di MPT Cheras sebagai seorang bakal guru dengan tidak menghampakan harapan Che Amat dan Mok Yoh ku di kampung. Dari seorang 'kampong boy' aku berada di Ibu Kota dikala aku sedang meniti alam dewasa ( betul ke? ). Pada ketika itu aku dah pun masuk 20 tahun (dewasalah tu) Aku tidak lupa lagu Aku dan Kenangan

Ku abadikan photo ini bersama rakan-rakan seperjuangan.



Lawa tiada manis ada

Bersama Zaid dan Halim Nor

Kelas Elektrik dan gambar bawah kelas KDK

Ahad, 13 Disember 2009

Penghuni Dorm 6, SMT TRG 1976


Aku adalah diantara pelajar pertama yang diterima masuk ke SMT TRG pada tahun 1976 dengan segala kekurangannya. Ketika itu hanya SMT Kuantan dan Trg sahaja yang ada di Pantai Timur. Kerana minat yang mendalam pada subjek teknikal aku apply masuk dalam kursus Binaan Bangunan. Dorm 6 berada ditingkat 3 dan ia temasuk dalam kategori dorm yang 'panas'.

Keterangan gambar (Kalau tersalah atau terlupa harap maaf, barang 32 tahun lepas}
Berdiri dari kiri, Naim,......(sorry), Rahim, Nazri, Lim, Hashim, Razif, Shukri (best student 1977 merangkap Tok Imam), Zairon, Ibrahim, Naim Mamat
Duduk, Azmi Yaakub, Sudin Salor, Ramli, Saufi, Mohamad, Borhan, Zulkarnain, Mohamad Bachok, khalil, Khalid dan Hafifi. Assalamualaikum...kalau ada anak cucu yang terbaca bagitau Atok ye..




Keterangan gambar; (kalu aku terlupa harap maaf)
Belakang dari kiri, Rafi, Ramli, Zairon, Rosli, Ayah Wang,
Tengah, Wan Mazlan, Rahim, Wan Adnan ( Kastam)
Depan, (Sory Be, tak ingat sungguh), Sudin Salor, Sabri.





Sabtu, 12 Disember 2009

Cerita Ku Semasa di Tingkatan 4 Bangunan Dua 1976


Ketika mendengar lagu ini akan terbayang nostalgiaku semasa berada di SMT Terengganu.
Berdiri di belakang dari kiri, Nasir, Mohamaed ( Kali terakhir jumpa di JPN Kel ), Rosli Mustapaha ( Pensyarah PKB), Shukri ( Kali terakhir jumpa 1979, rumah sewa K/Badak), Arif ( kata jadi Cik gu), Mokhtar, Nazim (waris), Zulkarnain.
Berdiri Tengah dari kiri, Rosdi Mat Salleh, Sudin Salor, Eh Chit, Indera Luthfi, Zainuddin Hashim, Rahim, Dollah Nazri (kali terakhir jumpa rumah Khalid), budak Trg (maaf terlupa nama).
Duduk dari kiri, Roslan Ludin, ( Maaf sedara, tak ingat, tak cekat kagha tok leh),Sulaiman Daud (PPD Bachok), Rosdi Salleh, En. Ismail, Ahmad Md. Nor, Nazirdin Rashid (Jawa Selangor) Hishamuddin Pak Muda dan Zulkafli(Jerteh) Aku tak tahulah engkau orang dah jadi orang besar ke?, kaya raya ke? atau apa-apa, ikut nasib masing-masing, adalah diantaranya selalu jumpa dan selebihnya bermakna dah 32 tahun tak jumpa.
Sebenarnya gambar ini diambil pada penggal pertama 1977.





Gambar ini dirakamkan pada bulan Mac 1976 semasa general cleaning. Yang membongkok pakai baju kemeja tu adalah Wan Mazlan orang handsome TI sehingga sekarang.




Lagu yang dinyanyikan oleh Broery lebih berkesan lagi, tapi tak jumpa, kira OK lah.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template