Jumaat, 30 Disember 2011

Teh Mekah


Gunakan teh Lipton Yellow Label.  Air biar betul-betul gelegak....pure air panas. Kemudian kacau supaya warna teh kelihatan pekat.




                                                     

 Taruh 2 sudu teh gula.  Lagi manis lagi sedap.  
Itu bagi orang yang tak ada penyakit 
kencing manis.






       Gunakan susu krimer sejat secukup rasa atau susu 
lemak berkrim......Ehh betul ke aku ni.  Tak apalah asalkan 
jangan   mabuk.





Siap untuk diminum.......Selamat mencuba.

Rabu, 28 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia

Biar pun dah lama berlalu......kesempatan yang ada ini ku abadikan untuk tatapan bersama.
Bermula 16/12/11 sebelum tirai 2011 berlabuh, sempat juga kami enam beranak berkunjung ke Melaka, PD , KL dan GM...Gua Musang. Abe Afiq tidak turut sama kerana ada hal lain.


Hari pertama.....Kota Bharu- Melaka.

Bermula jam 9.30 pagi menyusuri jalan Gua Musang - KL. Slow and steady, kerana badan terlalu letih, kami hanya sempat bermalam di Seremban sahaja.


Hari Ke 2.......Seremban - Melaka.


Bandar Hilir.....Kali ke5 sampai ke sini.  Banyak perubahan.  Bermalam di Melaka.


Hari ke 3.......Melaka - A'Famosa Water World.


Memang anak-anakku hantu air.....tak sah kalau tidak ke sini. 

 Terima kasih kepada keluarga Haji Othman Rejab,  Alor Gajah kerana sudi menjemput kami makan pagi dan berkunjung ke rumahnya sebelum ke A'Famosa.
Rancangan asalnya hari ini nak bertolak balik ke KB,  tapi anak-anak suka sangat bermain air kami rancang bermalam di PD.

Hari ke 4........PD-KL-GM

Kalau anaknya hantu air, Mama Hagemaru pula hantu beg.  Apa lagi SOGO menjadi pilihan.  Sekali lagi perjalanan untuk terus ke KB tertangguh lagi.  Kerana badan dah penat waktu pun dah tengah malam, kami bermalam di Gua Musang.

Hari ke 5 terus balik ke Kota Bharu dan berakhirlah cuti kami anak beranak. 

  

Kalau ada sumur di ladang,  boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berkunjung lagi.  Bye.







Sabtu, 17 Disember 2011

Misi Mencari......

Kisah berlaku 18 tahun yang lalu........


Sekarang aku berada di bumi Hang Tuah.  Aku terpaksa akur dengan permintaan anak-anak. Sudah terlanjur datang ke sini elok rasanya aku mencari seorang sahabat yang pernah aku peluk dan juga pernah ku dukung dulu.


Masa tu tempat tinggalnya di Air Keroh.  Mungkin sekarang dia sudah beranak pinak agaknya,  Kalau nasib aku baik, dapatlah berjumpa dengannya.  Rindu sangat-sangat.......


Siapalah sahabat aku tu.....


Hensem ke?.....


Lawa ke?.....


Baik ke?......


Besar ke?.....


Berbulu ke?.....


Hmmmm.....


Cantik kan? Apa khabar sedara......


( Photo 1992 )
Mesra .....

Pada  masa tu, Makcu sedang mengandung anak yang ke 3....jadi terkejut beruk bila dia lihat photo aku sedang berrmesra dengan si dia ni. Nasib baiklah tidak berlaku apa-apa yang tak elok.

Ahad, 11 Disember 2011

5 dah OK....anak bapak

Inilah yang termampu kami lakukan pada musim cuti persekolahan kali ini.  Keluar bersiar-siar sambil makan-makan 'colek'.  Nak makan angin ke luar negeri nampak gayanya tak sempat kerana yang no. 4 belum habis exam SPM lagi.



Yang nampak lengan baju kurung tu adalah Makcu yang merupakan satu-satunya perempuan dalam keluarga kami.  Dialah intan payung kami......


5 anak teruna ini menambahkan peningkatan  dalam banyak segi....anak bapak katakan..  Semua lampu bilik 'ON'.....laptop dan  PC aktif 24 jam,  ASTRO berkeudara 48 jam tak termasuk PS, PSP dan entah apa-apa gejet lagi....bil air, bil itu ini melambung...beras berguni-guni......anak bapak.


Namun Ayah dan Ma  gembira dan bersyukur melihat anak-anak mendapat didikan, makan minum, perlindungan dan sebagainya dengan sempurna......alhamdulillah.


Sekian celoteh Pak Nidus....kami balik dulu.

Sabtu, 10 Disember 2011

Rabu, 7 Disember 2011

Waktu bekerja

   

  Setelah hampir 3 bulan dok relax makan minum tido jer, mulai 2-3 hari lepas Pak Nidus dah mula bekerja.  Mula-mula tu 'tambun batu pasir' buat persiapan menghadapi musim tengkujuh yang belum berpenghujungnya. Maklumlah rumah Pak Nidus ni agak pedalaman sikit, jadi setiap kali musim tengkujuh sudah tentulah jalan masuknya agak becak/lecah sikit.  Mujur juga musim cuti ini ada juga anak-anak yang menolong.


       Kadang-kadang terfikir juga....penatnya bekerja di bawah terik mentari.  "Wahai anak-anakku! sanggupkah kamu bekerja seperti ayah begini?  Ooooo tak sanggup yer,  wahai anak-anakku....belajarlah bersungguh-sungguh agar hidupmu nanti lebih baik dari ayahmu ini".


      


Dedikasi buat anakku yang sedang menghadapi peperiksaan SPM                    

Selasa, 29 November 2011

Tiada lagi debaran selepas ini.....

Lega rasanya selepas selesai menyunat anak bongsu , si Yeh.  
Mengikut tradisinya setiap anak yang meningkat umur sembilan tahun Pak Nidus menyunatkannya ( bukan buat sendiri....doktor jugak)  Selepas ini tiada lagi debaran menanti....tak tahulah kalau untuk sendiri...hee3.  
Maklumlah bukan sebarang benda yang dipertaruhkan.


Relax Yeh...ayoh dulu  umur 15 tahun baru sunat.  Buat malu dengan Tok Mudim. Masa Tok Mudim mengasah pisau bukan main menggeletar dibuatnya.  Kalau tak tahan ada yang lari keliling kampung.


Carian google.....


Masih lagi ketawa ....lepas ni tahulah kau.  Isshh, jangan bising-bising nanti dia lari.





Tak sampai 15 minit dah siap....dah potonglah tu.  Terima kasih Tuan Doktor.



Maka bermulalah engkau menjadi raja Yeh.  Apa yang diperintahkan akan patik laksanakan nanti ya ....






Selasa, 22 November 2011

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar.



14/11/11 Jam 9.35 malam, Pak Nidus dan Makcu B selamat tiba di KLIA.  Insyaallah sedikit masa lagi Pak Nidus dapat berblog kembali.  Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami berdua semasa di sana.  Jumpa lagi.

Selasa, 27 September 2011

Semua sudah siap sedia

Alhamdulillah....

Pak Nidus dan Makcu B dijemput menjadi tetamu Allah pada musim haji 1432 ini.  Maaf jua dipinta sekiranya terdapat salah dan silap.

Terima kasih Abiey atas sumbangan yang cukup bermakna ini buat Pak Nidus semasa di sana nanti .
Doa ringkas semasa tawaf dan saei.

Insyaallah kita akan berjumpa lagi .......Assalamualaikum.

Selasa, 20 September 2011

Aku & Kenangan.....Jordan.

Sempena bulan haji ini Pak Nidus mengimbau kembali kenangan semasa menunai umrah pada tahun 2006.  Ziarah dan umrah melalui Jordan.

Perjalanan yang tidak dirancang ini berlaku apabila seorang kawan mengajak menunaikan umrah secara bersendirian iaitu tanpa pakej. Pada dasarnya memanglah murah tapi apa yang penting pengalaman itu walaupun kosnya jauh lebih tinggi daripada pakej.

Penerbangan sekerat-sekerat.....Kota Bharu-Narathiwat-Bangkok-Amman-Jeddah-Madinah-Mekah.  Perjalanan balik pula Jeddah-Amman-Bangkok-Kuala Lumpur-Kota Bharu.

Memang pengalaman itu mahal untuk dibeli mahupun dijual. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat merasakan kemanisan mahupun kepahitan sesuatu perjalanan itu.

Biarkan gambar-gambar ini menceritakannya.....tidak banyak gambar yang ada kerana sudah terdelet.


Dari Airport Don Muang ke stesen keretapi Thonburi, Bangkok sementara menunggu penerbangan ke Amman tengahmalam nanti.


Three stooges bergambar di depan Hotel Alia, Amman.


Lawatan sekitar Amman ditemani pelajar kita di sana


Paling best......mengampung badan di Laut Mati.


Ziarah kubur Nabi Shuib a.s...

Bersama drebar  si Saddam....Hee3.


Entah bila pula akan sampai ke bumi para ambia ini..... Balik dari Umrah nanti kami bercadang ke bandar purba Petra.........bersambung.


Sabtu, 3 September 2011

Seloka Raya Pak Nidus

Besok anak-anak akan mula berangkat ke kolej dan asrama masing-masing.  Seminggu lebih bersama mereka sedikit sebanyak meninggalkan kenangan yang mengusik jiwa.  Pak Nidus abadikan kenangan itu dalam bentuk Selokaria bersama anak-anak.


Sekadar bersukaria bersama anak-anak......inilah caraku.


Jumaat, 26 Ogos 2011

Penderaan bermula......

Biasalah menjelang raya......dera mendera perkara biasa.


Pulanglah anak-anakku, jangan biarkan ayah didera begini.


Pertama bersih kawasan yang pernah dikuasai oleh predator.



Macam nak patah pinggang.....


Cukup untuk hari ini.


Siap....Apalah upah yang Makcu nak bagi ni...

Khamis, 25 Ogos 2011

Suatu Ketika...Berbuka di Bangkok

Bersahur di Battambang, berbuka pula di sebuah masjid ditengah-tengah kota Bangkok.  Mungkin masjid utama kerana ianya besar dan ramai jemaahnya.


Alhamdulillah, masih ada orang yang boleh berbahasa melayu bercampur dailek Kelantan dan Kedah. Kagum dengan sikap orang Islam Bangkok dalam menaikkan martabat dan syiar Islam di negara majoriti penganut Buddha itu.


Satu perkara yang menarik perhatianku semasa berbuka di sini.
Mula-mula jemaah berbuka dengan air sirap dan kurma.  Kemudian jemaah dipersilakan naik ke ruang solat untuk solat maghrib berjemaah di tingkat atas.  Selesai solat sekali lagi jemaah di persilakan turun semula untuk menikmati jamuan nasi.
Ketika itu dianggarkan terdapat lebih 100 meja dengan kapasiti 4 orang semeja. Kami 2 meja.


Semangat kerjasama nampaknya dititik beratkan di sini, sebab itu perjalanan majlis ini berjalan lancar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, kata AJK masjid ini.


Seperti kebiasaan di tempat kita, sebaik selesai makan kita akan bersiap seberapa segera untuk solat Isyak dan Terawih tetapi di sini kebanyakkan masijid melengahkan sedikit untuk memberi peluang kepada jemaah beristirehat sekejap.  Aku rasa itulah sebaiknya dalam mencari kesempurnaan dalam ibadat.



Sekali lagi aku berasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana kami di sini dihormati sebagai tetamu mereka walaupun kedatangan kami tidak diundang.




Masjid terletak berdekatan dengan Hotel 

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan di Battambang

Cerita lama....

Battambang sebuah bandar kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar di Malaysia adalah 20 tahun kebelakang.   Misi ketika itu adalah untuk mengagihkan alQuran , pakaian dan sedikit wang sumbangan dermawan dan juga organisasi kepada penduduk miskin di sana.

Perancangan ketika itu berkebetulan menyambut  Ramadhan. Jadi kena bersahur di hotel.  Persiapan menyambut Ramadhan dimulakan dengan sembahyang tarawih yang dilakukan di Lobi hotel . Ini kerana rombongan kita seramai 10 orang tak muat untuk solat dalam bilik hotel.  Walau pun nampak janggal matlamat kita tercapai.
Makanan bersahur disediakan oleh penduduk kampung yang dihantar ke hotel.


Ada satu kenangan yang menarik di sini iaitu lebih kurang pukul 4.00 pagi aku dikejutkan oleh bunyi bising yang datang dari sebelah pagar hotel.  Bising yang teramat.  Apa kerja dia orang ni memekak pagi buta ni.
Laaa.....bunyi muzik keagamaan dari kuil .  Mungkin kejutkan orang ramai untuk sembahyang.  Dah tak boleh tido....bunyi yang berterusan hingga ke pagi.  Tak ada pun yang komplain macam di Pulau Pinang.


Pintu masuk ke Battambang melalui Arangprathet di Thailand dan Poi Pet di Kemboja.


Depan hotel di Battambang


Perkampungan di Battambang

Bersambung......

Rabu, 10 Ogos 2011

Bila Hati Sudah Retak

Puan Sri Saloma pernah menyanyikan lagu ini. Ia menggambarkan tentang sekeping hati yang retak dan tidak boleh ditampal lagi walau dengan gam cap gajah sekali pun.


Begitulah diibaratkan dengan hati Pak Nidus. Semalam retak .....dan hari ini hancur luluh. Kecewa sungguh!!!


Pak Nidus telah menempah sepasang baju melayu berwarna kuning sebagai warna tema Aidil Fitri 2011, kemudian tempah juga dua helai baju melayu berwarna hitam dan putih. Sudah cuba dan rasa segak  apabila berbaju baru..... mundar-mandir di hadapan Makcu. Terangkat jugak apabila bini puji.( Puji baju, bukan puji tuan baju).


Lepas solat Tarawih, Pak Nidus rendam baju-baju itu. Sungguh gembira!! Lepas sahur, pegi tengok baju-baju yang direndam untuk dijemur.  MasyaAllah, SubhanAllah........... Sungguh pilu!!












Baju melayu hitam sudah "menurunkan" warnanya. Habis bertapung2, bertopok2 baju melayu yang berwarna putih dan kuning. Jahatnya Si Hitam ini. ( Oghe Klate kato,  kala dio doh ttakat) .


Adakah sesiapa yang boleh membantu Pak Nidus? Janganlah biarkan hati Pak Nidus yang sudah hancur ini berkecai.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Sambil menyelam....


Sambil bertadarus dengan digital Furqan dapatlah juga meng'update'kan blog yang hampir usang ni.


Ayat yang selalu dibaca apabila tiba bulan Ramadhan iaitu ayat 182 surah Al Baqarah Juz 2.....


Mengikut Tafsir Ibnu Kathir (dipetik dalam Syaamil Alquran)

......Ayat yang berisi perintah untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.....

Puasa mengandungi aspek sosial yang sangat tinggi. Dengan berpuasa seseorang berlatih kepekaan sosial.  Disamping itu puasa bisa membersihkan diri dari hal-hal yang buruk kerana ketika seseorang berpuasa, saluran dalam tubuhnya yang biasa dilewati oleh setan akan semakin menyempit.  Dengan begitu, setan tidak akan leluasa bergerak.  Dengan kata lain, puasa adalah zakat jiwa.
( lebih lanjut lagi lihat tafsir ibnu kathir...)

Sekali sekala jadi ustaz best juga. Jumpa lagi dalam tazkirah yang lain pula.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa


Kelmarin sepupu Makcu memberi cenderahati  berupa  sekeping CD mengenai kelebihan bulan Ramadhan, risalah dan kurma.  Insyaallah aku akan membacanya dan berkongsi apa-apa yang boleh dibuat pedoman untuk kita semua.

Terima kasih Rose Aida.

Khamis, 28 Julai 2011

Dendangan Laguku......




Lagu untuk hiburan sendiri ( yang kecewa di malam ini....)  

Sesuai bagiku dikala Malaysia tewas kepada Singapura dengan agregat 6-4.
Dendangan lagu yang sama oleh jurulatih Malaysia...pertahanan yang lemah.  Dah berapa kali dendangan irama yang sama tapi tak ada penyelesaian.  Begitu senang pihak lawan membolosi dan memperdayakan pertahanan kita.
Percaturan membawa masuk Ahmad Fikri akhirnya membawa kad merah.

Aku ni kaki bangku, lebih baik berdiam diri dan dengar lagu Carefree ini.....Yeah, Deandangan laguku.

Isnin, 25 Julai 2011

Mac Gyver

Beruntung jadi anak bongsu, semua yang diminta pasti dapat.  Tapi bagi yang kurang berkemampuan macam Pak nidus ni kadang-kadang kena cari alternatif lain disamping dapat mendidik si Bongsu menghargai barangan lama yang boleh dibaiki dengan sedikit kemahiran.


Kesian tengok si Bongsu bermain dengan kereta kontrol yang tidak berfungsi dengan baik, Pak nidus cuba mengenal pasti komponen yang rosak.....ala bukan mahal cuma 'samah' jah, iaitu suis tekan pada kontroler.
Berlagak macam Mac Gyver dan akhirnya berjaya....


Haaa, naiklah saham Pak Nidus pada pandangan si Bongsu. Tapi jaga-jaga, kalau kerosakannya agak besar, lebih baik beli yang baru daripada menyusahkan diri.


Sedikit info Bahasaku;
( Samah = lima puluh sen.....Tiga amah = seringgit setengah )


Yeh belajar buka skru pada remote.


Beberapa peralatan yang perlu ada.


Dah pun berfungsi.....mainlah sepuas hati.
Jangan lupa lepas ni bagi ayah main pulak.

Selasa, 19 Julai 2011

Masih lagi demam bolasepak

Sebelum pertandingan bolasepak piala FA tempoh hari aku sempat merakam aksi seorang budak sedang asyik menendang bola.  Begitu semangat sekali.  Mungkin kalau dididik ke arah itu dia boleh menjadi seorang pemain bola yang tersohor.


Terserah.....


Jumaat, 15 Julai 2011

Keluhan dan Rintihan



Hee3.......FAM, Astro dan RTM dah pun tahu kau orang bukan nak sokong Harimau Malaya.  Tengok sendiri dalam TV berapa kerat yang sokong Malaysia.  Mentang-mentanglah kau tu peminat setia The Gunners janganlah sampai menyokong pasukan dia orang ketika melawan Malaysia.  

Aku...peminat Liverpool.  Hidup HARIMAU MALAYA.

Selasa, 12 Julai 2011

Predator masuk rumah

Dulu pernah sekali 'predator' masuk rumahku. Dengan sedikit 'jampi serapah' setakat yang aku tahu, dia menghilang beberapa tahun.  Sekarang dia datang lagi bersama cucu cicitnya. Aku rasa kedatangannya kali ini kerana kesilapan aku juga.  Mengapa ye? Sekarang kat rumah ni hanya tinggal kami bertiga sahaja, yang lain sedang belajar dan tinggal di asrama, jadi bilik atas tiada penghuni, jadi kesempatan ini digunakan oleh 'predator' untuk menumpang agaknya.

Anakku kata ini Batman.  Spesis ini memang menyusahkan kita dengan tahinya yang berterabur keluar melalui siling rumah.  Kesian kat Makcu nak bersihkannya. 

Mengikut pemerhatianku mamalia ini mempunyai beberapa sifatnya tersendiri.  Sebaik sahaja azan ke udara maka berterbanganlah ia keluar mencari makan dan selepas subuh sebelum matahari terbit ia akan kembali.  Lagi ia memang suka kepada bunyi air terjun.  Sebaik sahaja  bunyi air ini, ia akan keluar dari persembunyian apabila hari mula gelap. Ia juga pandai berpura mati bila kita berdekatan. Juga mempunyai gigi yang tajam yang dapat memutuskan jaring dalam beberapa minit sahaja. Ia juga sejenis haiwan yang tidak mudah berputus asa. selagi hayat dikandung badan ia akan cuba melepaskan diri.  Aduhh...tolonglah aku.  Jumlahnya bukan sedikit, mungkin beribu.






Ahad, 3 Julai 2011

Janji


Kesian betul penyokong TRW.  Nak stadium baru pun ada syarat.  Ini bermakna penyokong TRW kena undi BN lah ye.  Hee..hee...hee.  Dulu pun ada seorang menteri mendendangkan irama yang sama ....kalau BN dapat merampas Kelantan , satu lebuhraya yang menghubung Kota Bharu dengan Kuala Krai akan dibina.

Habis macamana yang setia menyokong BN pula....
Bersabarlah ye, manalah tahu nanti bulan jatuh ke riba.

Jumaat, 1 Julai 2011

Ehemm...

Kalau dilihat pada blog list tuan blog ni, setiap hari mesti ada  n3 baru yang dipostkan oleh rakan-rakan bloger. Jeleslah tengok dia orang.  Kadang-kadang rasa nak tutup je blog aku ni. Dah tak berdaya tahan lagi, kering idea, malas dan alasan yang sewaktu dengannya.
Susah sangat ke nak buat n3 baru?  Rasa-rasanya tidak.

Hah ni, sambil-sambil ronda kat KB Mall sementara tunggu kereta siap servis, singgah makan di sebuah restoran  untuk makan tengahari.  

Berseorangan je..... ringkaskan cerita, inilah makanan yang  dipesan. 
Sedap juga.... tambah lagi perut lapar.


Nasi ayam

Tak boleh lama-lama kat sini. Dah kenyang. 

Oppp....Hmmm.  Masa order tadi harganya 14.99

Total Aft Rnd jadi 16.64

"Hey Pak Nidus, awak ni makan kat mana? bukan makan kat warung.  Kat sini ada service charge 5%, gov. tax 6%".    

Ye...ye...ye...OK boss.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template