Rabu, 27 Februari 2013

Pemuda lemas terapung selepas 10 hari


Kota Bharu: Selepas 10 hari gagal dikesan, mayat seorang pemuda yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra pada 16 Februari lalu ditemui terapung berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di sini, semalam.
Mayat Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui terapung di tengah kawasan sungai pada jam 8 pagi oleh penduduk setempat 12 kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Mayat bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Senok, Bachok.
Mayat Mohd Arif dikenal pasti oleh ahli keluarganya menerusi pakaian dipakai sebelum kejadian.

Ibu Mohd Arif, Fatimah Hussin, 45, berkata, dia menerima panggilan mengenai penemuan anak sulungnya itu daripada pegawai bomba pada jam 8.30 pagi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemudalemasterapungselepas10hari/Article/index_html

Jumaat, 22 Februari 2013

Penantian


Hari ni masuk hari ke 7, namun mangsa lemas masih belum ditemui.  Anggota penyelamat masih lagi meneruskan usaha mencari melibatkan beberapa agensi seperti Bomba, JPA, Pejabat Tanah dan Galian, Polis dan Badan sukarela lain.  Mereka ini bekerja siang dan malam.  Semangat beginilah yang kita hendak dalam masyarakat kita.  
Semoga Tuhan saja yang membalasnya.

Pagi tadi Pak Nidus sempat  ke lokasi kejadian.

Khemah ahli keluarga mangsa


Lokasi kejadian

Lokasi penyelamat dan mencari

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dapat ditemui secepat mungkin.....amin.

Ahad, 10 Februari 2013

Cuti-cuti Malaysia

Tak jauh.....sempadan negeri jer.
Walaupun dekat, dah lebih separuh abad barulah sampai kat sini.  Buat malu jer.
Memanglah dah tua-tua begini  sakit pun datanglah bertandang....kat situ ...kat sini dan macam-macam lagi.
Orang kata nak menghilangkan rasa lenguh-lenguh sendi atau sakit urat datanglah berendam kat sini.


Laaa...terlindung pulak tulisannya......
Inilah Taman Rekreasi Air Panas LA HOT SPRING....Hulu Besut, Terengganu.

Tempat berendam kaki terlupa nak ambil gambar....haa3.  Tapi yang pasti segala lenguh-lenguh dan rasa sakit urat dah hilang...alhamdulillah.  Selain dapat menghilangkan penyakit, anak-anak dapat juga bermain air di taman rekreasi ni.





Sibongsu masih belum puas, kami pergi pula ke Lata Tembakah.....beberapa kilometer dari sini








Kami ke sana dua keluarga sebab tu  nampak ramai....

Masa balik kata si Tengah...dia belum pernah makan maggi udang, jadi kita orang singgah kat Cherang Ruku dekat dengan Tok Bali. 

Sukalah tuu......

Sekurang-kurangnya cuti ni merasalah anak-anak nak makan angin.

Terlupa anak-anakku....besok balik kampong, ayah nak tunjuk sesuatu dan ada cerita lagi....

Selasa, 5 Februari 2013

Nak Teruskan Lagi

N3 terakhir ialah 24/11/2012......hoiiii, malas betul menulis blog.

Hari ni banyak sampah sarap dan sesawang dah dibersihkan.....Nampak gayanya blog ini akan diteruskan lagi.   Sayang rasanya nak tutup blog yang telah dibina sejak 2009.  Sayang juga nak lupakan  kawan-kawan maya seperti Budak jahat yang tak hensem tu....blog Cikgu Hani yang sentiasa bertenaga.....Kakcik Seroja yang tak kering idea.....Cheqna budak Ganu dan blog-blog lain . Insyaallah kita jumpa lagi.

Assalamualaikum .....

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template