Mengikut tradisinya setiap anak yang meningkat umur sembilan tahun Pak Nidus menyunatkannya ( bukan buat sendiri....doktor jugak) Selepas ini tiada lagi debaran menanti....tak tahulah kalau untuk sendiri...hee3.
Maklumlah bukan sebarang benda yang dipertaruhkan.
Relax Yeh...ayoh dulu umur 15 tahun baru sunat. Buat malu dengan Tok Mudim. Masa Tok Mudim mengasah pisau bukan main menggeletar dibuatnya. Kalau tak tahan ada yang lari keliling kampung.
Carian google.....
Masih lagi ketawa ....lepas ni tahulah kau. Isshh, jangan bising-bising nanti dia lari.
Tak sampai 15 minit dah siap....dah potonglah tu. Terima kasih Tuan Doktor.
Maka bermulalah engkau menjadi raja Yeh. Apa yang diperintahkan akan patik laksanakan nanti ya ....