Sabtu, 27 Februari 2010

Le Tour De Langkawi



Yee...Le Tour de Langkawi datang lagi.
Bermula 1 mac dan berakhir 7 mac nanti. Apa lagi aku mulalah terasa demam LdL. Pagi tadi dah mula basuh dan gilap basikal kesayanganku ini (maklumlah motor dah tadok). Seperti biasa destinasi adalah Tesco Meco (ayat berganda).


Sejak dua menjak beli basikal ni tak pernah basuh, hah hari ni mandilah kamu sepuas-puasnya siap dengan sabun lagi.








"Kita dua ni ada temuan jah, aku nak beli bonet kereta hari tu, mujurnyo tadok. Kene tengok kali pertama terus jadi".

Bersih, tampan dan bergaya

Dari rumah ke Tesco ambik masa lebih kurang 20 minit, round kawasan sekitarnya 20 minit, rehat 10 minit darab dengan 2 tempat. Kira-kira 1 jam 30 minit sampai balik rumah. Hari ni entah mengapa lama sikit rehatnya. Mungkin......entahlah belalang.


Ho...baru aku ingat tahun ni umur aku masuk 50 tahun...50...50.. Eh..tualah tu, patut pun letih. Kalu lagu tu kena mintak maaflah ko hok mano-mano selama ko ni ambo panggil kak pada hal dio mudo pado ambo. Raso ramai jugok tuh. Kito oghe kelate panggil 'pakatan'.Taapo lah..



Dalam perjalanan pulang seperti dalam wayang kulit kata " bele2 berfikir bele2 bergateh". Hari ni ramai sungguh orang buat Maulidur rasul jadi aku terpaksa singkatkan latihan LdL. Penat yang memanjang ini memaksa aku menukarkan nama LdL ini kepada.......

Khamis, 25 Februari 2010

Sayangkan Anak Tangan-tangankan?

Walaupun aku begini seadanya, kadang-kadang nampak kelakar, happy jarang-jarang, ada juga sekali sekalanya serious (maaf ya guna sedikit bahasa penjajah), romantis jauh sekali (jangan marah makcu mu) tapi nun jauh di lubuk hati masih tersimpan sedikit perasaan...sayang?..penyayang?...kasih?

Bila teringatkanmu, sebak rasanya.
aduh...biarpun baru tadi kita berpisah rasa hibanya hati ini. Bersamamu hatiku bahagia, tak pernah aku merasakan kehebatan sebegini. Setahun lebih aku menggilap, menjaga dan menyelimutmu di kala malam. Perasaan yang berkecamuk di kala berjauhan, hilang kekusyukan di kala sembahyang. Badanmu yang besar lagi bertenaga jauh berbeza dari yang kedua dan pertama, tapi akhirnya yang pertama juga kekal selamanya.


Abe, jagalah dia baik-baik dan untuk ngoh pun begitu juga, tak pernah ayoh membezakan antara anak-anak ayoh. Ayoh sanggup baiki motor buruk bawah rumah demi kamu semua. Adakalanya ayoh nampak rock, ada juga tangkap leleh tapi sebenarnya...Waa....Waaaaaaaaaa.......(ayoh sayang anok-anok ayoh)


Petang tadi pos motor ko Abe Afiq dengan Nationwide Express. Terpaksa bungkus bagi mengelak dari tercalar.


Memanglah ambo sayang ko motor ni, pertama baru yang kedua 135c.c


" aloh pok cik, comelnyo bukus, tapi tayar jange bukus nanti tok gerok" . Aku tahu lah mek wei.



Ingatkan nak balik dengan bas, pukul 6.30 baru bas nak berlepas, jadi ronda-rondalah dulu

Belakang flat Buluh Kubu nak cari 'bubur'. Kalu nak tahu bubur kacang adalah makanan yang paling aku minati selepas naaaasii.



Ini ore panggil kedai 'pati dale gudang.
Tuan dia, promosi dalam internet seluruh dunia dan ado yang maghi cari bila datang ke Malaysia.
Kedai 'pati Din Tokyo di sebelah Hotel Temenggong. Gi lah sekali boleh make moktabat.
Akhirnya jumpa nga Farid dan bergendong balik ke rumah.
Hai Hagemaru.










Yang pertama



Yang kedua



Yang ketiga

Isnin, 22 Februari 2010

Teratai

Malam ni tak ada kerja yang boleh dilakukan. Kedai kopi...ehemm, lama dah tak pergi lagipun makcu tak tidur lagi. Makcu ni kalau Pak cu dok kat rumah mintak apa pun dia bagi (jangan salah faham) . Teh, kopi atau apa-apa pun beres. Nak berkaraoke pun tak apa, asalkan aku dok depan mata dia. Tapi lama juga tak melalak ni. Malam ni aku nak cuba.

Teringat pula kat 'Teratai'.

Ehem..hem...hemmmm.

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama kau ku rindukan
Wahai teratai.........

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Tiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai ........indah


Sempat juga aku abadikan dalam klip video ni.




Ini lagu tahun akhir 70an. Album pertama Sweet Charity, satu diantara kumpulan band yang aku minati. Mereka yang sezaman dengan Ramli Sarip termasuk aku ni kebanyakkannya tak boleh nyanyi dah dengan penuh perasaan. Dengarlah...

Makcu kata macam itik telan spirit. Kwa..kwa...kwa....kwa





Rabu, 17 Februari 2010

Ayah dan Ibu

Buat tatapan anak-anak ku.

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




Muhd.Afiq Syimir (1988)




Muhd. Azri Syazwi (1990)





Muhd. Akif Syazwan (1994)



Muhd. Aidil Syahir (1996)



Muhd. Arif Syahmi (2002)



PERMATA HATI AYAHANDA BONDA




Abe






Ngoh











Chik



Nik















Adik

2010








Selasa, 16 Februari 2010

Masjid 'Beijing'

Bab 1
Aku pernah sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Beijing. Pada mulanya terasa juga kejutan budaya memandangkan senibina masjidnya ala kecinaan. Memang lah budaya tidak dapat dipisahkan dengan sesuatu kaum itu. Sesetengahnya terdapat ukiran naga pada atap/serambi masjid (no komen), ada juga terlintas dihati, ini tokong ke atau masjid? Apa pun di Melaka juga terdapat masjid mirip rekabentuk cina. Betulkan?

Ini gambar selepas solat Jumaat.



Bersama Ayahanda......(terlupa)


Senario yang sama dimana-mana masjid, di Beijing juga terdapat peminta sedekah. Mereka juga seagama dengan kita , bagi aje lah. Dapat pahala. Ikhlas.


Bab 2
Sabtu lalu, bersempena dengan cuti panjang CNY, Makcu ajak aku ke Golok. Lama tak pergi rasa ingin juga ke sana walaupun sekadar menemani Makcu. Dia ni kalau dapat beli selipar dengan beg tangan, jangan tegur biarkan . Aku hanya sekadar memerhati dari jauh, tengok-tengok jam dah pukul 3.00 petang. Alamak sembahyang Zohor belum lagi. Terpaksa lintang angin Makcu, nasib baik tak mengamuk. Selepas check out kami terus mencari masjid untuk sembahyang Zohor.
Eh..masjid Beijing? Ya ke?

Pintu Gerbang masuk ke masjid Beijing, Rantau Panjang.


Diantara wajah-wajah masjid yang dapat dirakamkan dengan hand phone jah, sebab tu gambar kurang cantik. Kira OKlah tu.

Masjid ini di beri nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang telah di rasmikan dalam bulan Ramadhan lalu. Masjid Beijing atau masjid cina , mercu tanda baru bagi penduduk Rantau Panjang, Kelantan. Juga dikenali sebagai masjid pelbagai budaya dengan mengambil contoh senibina Pagoda di China dan senibina Thai. Difahamkan apa yang menarik mengenai masjid ini antaranya, menggabungkan seni budaya Cina dan Thailand yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Kelantan serta diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke Ajk.
Semoga dengan terbinanya masjid ini dapat membuka minda kepada semua masyarakat bahawa dalam usaha dakwah, Islam itu bukan untuk satu kaum sahaja tetapi untuk semua umat manusia yang beriman kepada Nya . Syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam membangunkan Islam. Allah akan tetap bersama dengan orang-orang yang menolong agama-Nya.

Lihat lagi gambar yang sempat dirakamkan:


Menara dimana terdapat 25 nama Nabi . Sebelum ruang solat, terdapat dikiri kanan tempat mengambil wuduk muslimin dan muslimat.


Lantai yang sentiasa dijaga dengan bersih oleh petugas-petugas masjid





Ruang solat juga menunjukkan ciri-ciri cina dan menarik.


Binaan awan larat dan serambi yang unit. Gambar dirakamkan dari arah tandas dan tempat wuduk muslimin.


Nun jauh disebelah kanan masjid adalah Bandar Rantau Panjang di sekitar Stesyen Petronas.
Tidak hairan semasa berada di ruang solat terasa angin yang nyaman meniup masuk kerana masjid ini berada di kawasan yang tinggi.



Dari sudut yang berlainan. Ke tingkat bawah tanah/bawah yang menempat kan bilik-bilik syarahan dan sebagainya.



Satu lagi yang harus dipuji, tandas yang sentiasa dijaga bersih


Sebelum balik ke rumah Makcu belanja aku makan pulut pauh di Restoran Thai Malay. Dia ucapkan terima kasih kerana membawanya ke Golok tanpa 'beronar' juga kerana memperkenalkan masjid Beijing.
Dia kata bila nak gi Beijing? kwa..kwa...kwa....kwa.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template