Isnin, 30 Mei 2011

Selamat Pengah tin Baru Pak Nidus

Cuti persekolahan sudah bermula.  Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
'Mejenge'...dibina sebagai tempat Raja Sehari.  Pelbagai bentuk, pelbagai tema.  Ikut suka tuan punya badan.

Bilik tidur pun dihias sama.
Macam ni.....


Malam ni sedaplah Pak Nidus tidur atas katil yang bercadar baru.

Yahoo...ya...beda...beduuuuu.

"Gapo gak Pak mu, nak belake pare ko?"




Khamis, 26 Mei 2011

Patat Siput

Patat siput adalah satu istilah untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai bakat semula jadi dalam sesuatu kemahiran. Kalau dilihat pada patat siput sebenar, terdapat satu putaran yang menarik dan cantik pada siput tak kira dari spesis mana sekalipun.

Berbalik kepada seseorang yang mempunyai patat siput ini,  apa saja hasil kerja yang dilakukan menyerlahkan bakat mereka .  Hasil kerja mereka ini memang cantik dan menarik.

Lihat contoh hasil kerja orang yang ada patat siput ini;



Ini pula contoh mereka yang kureng ada patat siput;


Memang terdapat perbezaan diantara dua hasil kerja ini , yang ada patat siput lebih cantik  dibandingkan dengan yang kureng tadi walaupun umur mereka adalah sebaya.

Cuba check jari kita samada ia dari jenis ada patat siput atau tidak.


Yang pasti jari Pak Nidus ada patat siput....hee3. 

Nota kaki//....Lukisan di atas adalah hasil tangan anak Pak Nidus.


Ahad, 22 Mei 2011

Kan Dah Kata Dulu....



"Apalah lah Yeh ni....kan ayah dah kata nak buat ****** ******, apa pulak nak buat rumah anjing tu"...


"Taapalah Yeh, bila siap nanti tahulah apa sebenarnya ayah nak buat.  Silap hari bulan dengan Yeh sekali ayah masukkan ke dalam ni, baru padan muka".

Aku pun tak tahu bila nak siap projek ni.  Kalau upah tukang yang pro tentu dah lama siap. Maklumlah buat 2-3 jam sehari manalah nak siap cepat.  Janji apa yang kita buat adalah hasil kemahiran sendiri....betulkan?
Sabar je lah Yeh.
                                                                                                  
                                                                                          
....Sukanya Pak Nidus nak buah rumah kita....


p/s....Inilah pengaruh Cartoon Network , Tom & Jerry dalam jiwa anak-anak....

Selasa, 17 Mei 2011

Sorry Tak ambil Upah.


Lama betul tak tunjuk skil pertukangan depan anak-anak.  
Ini bukan sebarang tukang tau. Hah tukang yang memiliki diploma pertukangan.  
Dek tercabar oleh si bongsu, aku akan tunjukkan bagaimana terrornya bapak kau ni.  Tapi tak boleh cerita  lagi apa projek yang hendak dibuat.  Bukan apa, takut tak menjadi...lain yang hendak buat, lain pulak yang jadi.
Tapi kalau ikut sejarah, tak pernah gagal.

Dulu, masa kecik2 ramai ibubapa tak bagi anaknya berkawan dengan Pak Nidus.  Bukan kerana jahat atau nakal tapi kerana bakat semulajadi yang ada dalam diri ini membuat rakan2 sebaya jadi jeles.  Yalah, semua benda Pak Nidus buat sendiri, dia orang suruh bapak masing-masing.  Kan jadi haru kalau bapaknya tak pandai buat sedangkan Pak Nidus menjadi dan cantik pulak tu.  
Orang kata ada nilai komersil.

Hee3....angkat diri pulak Pak Nidus ni.  
Nanti siap projek ni Pak Nidus akan tunjukkan ye.

Rabu, 11 Mei 2011

Binawe

Belum disahkan lagi ori atau tidak gambar ini.

  Kenapa sampai bertindak begini?

Kalau berita ini betul tentu akan keluar dalam berita atau akhbar nanti....Tunggu dan lihat.

Selasa, 10 Mei 2011

Penyokong Fanatik


Suasana di dalam Stadium Sultan Muhammad ke IV sebelum perlawanan .  Keadaan ini sama sekali tidak akan disiarkan oleh mana-mana media kecuali bila ada keganasan penonton atau penyokong Kelantan yang merusuh.  Tidak timbul soal masuk stadium awal kerana kewajipan umat Islam mendirikan solat boleh didirikan di mana-mana.  Begitu juga kalau kaki ponteng sembahyang kalau berada di rumah pun begitulah sikapnya.

Syabas penyokong The Red Warriors.

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Terharu membaca mesej ucapan Hari Ibu daripada anak-anakku......


Selamat hari ibu. Semoga trus mnjadi ibu yg trbaik utk anak2. Amin
( Abe )


SELAMAT HARI IBU untuk maa! Terima kasih krana melahir dan membesarkn saya.  Terima kasih Tuhan kerana memberi maa sebagai ibu saya.  Hatta jika ada kehidupan lain selepas kehidupan ini saya tetap  mahu maa menjadi ibu saya, di sisi saya selamanya.  Selamat Hari Ibu......( Ngoh )





Slamat myambut hri ibu, ma tbaik!  Kie syg ma! Tlg doakan kejayaan Kie dan adik beradik yg laen d dunia mhupun akhirat,,   ( Chik )


Ayah bangga mempunyai anak-anak seperti kamu....
Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Isteriku.














Khamis, 5 Mei 2011

Air


Dimana-mana taada air.
Puas mencari ...kat R&R, Masjid, Hotel dan merata-rata tempat.
Susah ye kalau macam ni.  Besok nak mandi, nak makan minum.

"Hei sedara,  memang kat sini taada AIR...kat sini ada AYAQ.   
"Ooo sorry  ye, aku terlupa...."

Semalam di Aloq Setaq.....Hee3, jangan marah orang Kedah no.


Isnin, 2 Mei 2011

Syukur Kami KepadaMu, Ya Allah!



Majlis Konvokesyen Permata kali ke 4 telah berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Lundang Kota Bharu.
Perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Tema : AL-HUFFAZ MEMBINA KHAIRA UMMAH.


Seramai 180 graduan dari seluruh negeri di Malaysia telah berkumpul untuk menerima sijil tamat menghafaz 30 juzu' Al Quran serta diperakukan oleh mana-mana Madrasah Tahfiz Al Quran.




Terasa kerdilnya diri ini ketika berada bersama mereka.  Tersentuh hati dek pengorbanan, ketaatan, kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi dalam sanubari anak-anak ini.  
Dalam usaha melahirkan lebih ramai hafiz/hafizah, Pak Nidus turut berasa bangga ( bukan bangga diri ) apabila salah seorang daripada graduan ini adalah anak Pak Nidus.



Dialah satu-satunya pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Tumpat, Kelantan yang berjaya menamatkan 30 juzu' Al Quran dalam usia 15 tahun.  SYUKUR KAMI KEPADAMU YA ALLAH.




Semoga Majlis ini Mendatangkan Manfaat Kepada Semua Demi Syiar Islam Amnya dan Khususnya Mendaulatkan Golongan Huffaz Yang Semakin Menyerlah.










 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template