Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa

Pak Nidus, isteri dan 2 anak berbuka di luar. Sengaja nak bagi selera terbuka sikit. Sekurang-kurangnya lalulah makan.....

Di sebuah restoran Jalan-jalan Cari Makan. Makcu yang ambik order (dalam hati...mintak2 pesan yang ringkas dan murah...maklumlah Pak Nidus sepupu angkat Haji Bakhil..)

" Nak order apa makcik?". Aku buat tak tahu jer. Terserah pada makcu.

" Air sirap satu jug...". Alhamdulillah...jimat duit aku.
" Tomyam 2 orang makan..." Taapalah jarang-jarang.
" Ayam goreng halia...." Aikkk.
" Sayur goreng 2 orang makan..." ?????????
" Ikan siakap masak 3 rasa..." Nak kena makcu ni..dah lebih nampak.

" Pak..Abang Chik nak chicken chop.." Mintaaaklaaaah.
" Pak..adik nak KFC.." Woooh

KFC dan Hayaki dok sebelah restoran senanglah nak order untuk dua beradik tu. Kepala Pak Nidus dah naik gatal ni. Sabar...sabar..bulan puasa, tu pun jarang-jarang. Dengan anak bini pun nak berkira. Heee...hee..hee...betul-betul.

Sempat juga Pak Nidus ambik gambaq...buat kenang kenangan.

hentam ajerlah makcu...Pakcu yang bayar.


Nasib baik tak mintak Milo beng.


Tomyam 2 orang makan



Ayam goreng halia


Ikan Siakap 3 rasa


Sayur goreng


KFC Arif

SELAMAT BERBUKA PAK NIDUS..

Sabtu, 28 Ogos 2010

re-Ayah Dan Ibu

Buat tatapan anak-anak ku.

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




Muhd.Afiq Syimir (1988)




Muhd. Azri Syazwi (1990)





Muhd. Akif Syazwan (1994)



Muhd. Aidil Syahir (1996)



Muhd. Arif Syahmi (2002)



PERMATA HATI AYAHANDA BONDA




Abe






Ngoh











Chik



Nik















Adik

2010








Rabu, 25 Ogos 2010

Leopard bunuh ibu belai anak.

Kelembutan hati yang ditunjukkan oleh si harimau bintang, binatang yang ganas.
Video ini juga boleh menjadi iktibar kepada permasalahan pembuangan bayi yang semakin parah sekarang....hanya hati batu sahaja yang tidak tersentuh bila melihat video ini.

Selamat menonton.

Selasa, 24 Ogos 2010

Sumayya Al-Deeb



Tidak banyak maklumat yang ada tentang adik Sumayya Al-Deeb.
Setakat yang diketahui beliau berumur 13 tahun kelahiran Mesir dan merupakan pembaca Quran profesional dan kalau tak silap beliau juga seorang hafiz alquran. Kalau ada maklumat yang lain tentang gadis ini bolehlah kita kongsi bersama.

Masyallah..suara yang dikurniakan Allah kepada gadis kecil ini membuat semua golongan terpegun apabila ayat-ayat suci disampaikan oleh beliau.

Pak Nidus memilih bacaan surah Yaasin kerana kita sudah biasa mendengarnya dan kita dapat menilai sendiri kebolehan adik Sumayya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Juadah Berbuka Hari ke 12

Bimbang tak sempat buat n3, Pak Nidus pergi ke pasar lebih awal dari biasa. Pak Nidus naik motor buruk jer ke Kota Bharu. Tak jauh cuma 3 km. Hari ni Pak Nidus nak beli dua jenis kuih yang sedap-sedap. Manalah tahu tahun depan dapat jawatan Tok Siak tetap dan berpencen....heee3.

Ini motor C70 keluaran tahun1977. Barang antik.
Kuihnya tak banyak untuk 30 orang jer.



Ini adalah Akok Salor.
Kat tempat Pak Nidus ini memang sohor, kalau dapat makan akok ni kira bertuahlah..apa tidaknya beratur memanjang nak dapat giliran.



Ini nama dia 'Tahi Itik'
....betul!...orang Kelantan panggil kuih tahi itik dibuat dari putih telur. Tak mahal satu RM0.60



Yang ini makanan kegemaran Pak Nidus. Bubur kacang daa..



OK lah Pak Nidus kena pergi masjid dulu. Jumpa lagi..bye...ehh..ehh...Salam.

Mati Dalam Sujud

Aku paparkan di sini buat iktibar kita semua sempena bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan, penuh kesabaran dan penuh keinsafan ini.

Subhanallah.

Rabu, 18 Ogos 2010

Tarawih

Pejam celik..pejam celik dah lapan hari kita berpuasa. Ini bermakna dah 8 malam kita bersembahyang sunat tarawih.

Bukan apa, sebagai Tok Siak di masjid kat kampung ni tahu sangatlah perangai ahli jemaah kita tu. Sebagai orang yang menyediakan tikar dan peralatan lain di masjid, pada malam pertama tak cukup ruang dipenuhi jemaah sampai terpaksa dihampar tikar di beranda lagi...aku sendiri pun sembahyang di luar. Sebagai AJK masjid, senario begini membanggakan sekali kerana pada Ramadhan kali ini jemaah sudah bertambah dari tahun2 sudah.

Pada malam kedua..."ehh, kenapa pulak berkurang ni...mungkin dia orang pergi ke masjid lain kot".

Malam-malam seterusnya semakin berkurang, apa lagi selepas 8 rakaat ...ikut sunnah lah tu.

Beginilah semangat orang kita, 'panas tahi ayam' atau 'semangat air lemonade'....Lihat di warung atau kedai 'colek'..fuuh...penuh sampai tak cukup kerusi meja....bak kata orang sebulan berniaga boleh makan setahun.

Pak Nidus harap pada akhir Ramadhan terutama 10 akhir Ramadhan diharap ramai ahli jemaah datang ke masjid untuk menghidupkan sunnah dan yang penting mencari malam Lailatul Qadar.

Amin.

Selasa, 17 Ogos 2010

Gian

Dah 6 hari puasa terasa juga gian nak main benda ni. Makcu jeling2 masam...tak berani pulak aku.
Apa kalu main kurang pahala puasa ke?
Bolehlaa...Kejap jer.
Tak Boleh!
Hmmmm....taapalah, lain kali ajer.




Nampak gayanya Terpisahlah Irama & Lagu..

Sempena bulan yang mulia ini, aku gantung sementara hobi 'rock and blues'ni. Lepas Raya nanti bolehlah kita buat konsert gegar satu Malaya dengan preview Pak Nidus.

Selamat Berpuasa kepada semua kaum muslimin.

Ahad, 15 Ogos 2010

Juadah Berbuka Hari ke 5

Ada lagi masa nak buat n3 ni sebelum ke masjid.

Menu hari ke 5 ni ringkas jer macam biasa...3 biji kurma + kuih apa hah? + Air.

Pak Nidus siapkan di rumah, masukkan dalam polistrin..makcu tolong sama. Sebelum buat n3 ni semua dah ready untuk dibawa ke masjid. Dekat jer.
Semua ni adalah hasil kerjasama ahli jemaah Masjid Darul Ulum menyumbangkan
sedikit wang ringgit supaya sama-sama mendapat pahala memberi makan kepada orang yang berbuka berpuasa.

Insyaallah Tuhan sahaja yang akan membalasnya.



Setakat ini sahaja untuk kali ini, Pak Nidus ke masjid dulu...salam.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Cara Aku

Sudah masuk empat hari kita berpuasa. Alhamdulillah...ingin aku berkongsi pandangan dan pengalaman dengan anda semua. Hanya sekadar pengalaman, jauh sekali nak mengajar anda semua.

Khasiat Kurma :

Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu. Hadith (Bukhari-Muslim)

Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa danfraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air,2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.

Ini adalah menu berbuka setiap hari.

Apa yang aku lakukan ialah berbuka di masjid.
Kurma disediakan bersama air mineral dan tea o.
Lepas berbuka apa yang penting kita semua dapat berjemaah.
Balik rumah....hentamlah apa yang ada.
Kemudian datang kembali untuk bertarawih.
Kalau rajin dan ada kelapangan kita bertadarus.
Balik..tiduuur.
Kul 5.00 Makcu kejutkan untuk bersahur....begitulah seterusnya...

Ahad, 8 Ogos 2010

Terkejut Beruk

Update belog....Untuk ku tertawa sendiri..

Nak berkongsi silakan..tapi awas kalau yang ada lemah jantung jangan tengok..nanti jadi apa-apa pulak.



Apa macam?

Jumaat, 6 Ogos 2010

Carta Organisasi



Tengok burung yang atas sekali senyum memanjang jer, mungkin boss kot..
tingkat kedua..ketiga..keempat dan... apa macam? Yang putih tu tahi ke salji? Hey kawan, kalau salji yang atas pun kena juga..ni dah sah lah tahi. Kesian ya mereka yang di bawah sekali tu..haa....haa...haa.

Dunia-dunia...bermacam gambaran yang boleh kita buat dengan photo ni. Terserah.

Rabu, 4 Ogos 2010

Red Warriors

Kalau nak dikira dah berbelas tahun tak tengok bola kat stadium. Lepas kawin tak pernah tengok...Aik, itu bukan berbelas..dah berpuluh.
Tapi kesian kat sibongsu mahu tak mahu terpaksa ikut..
Petang tadi masa ambil tiket dia terpandang baju 'red warriors'..OK beli satu, dah terpandang topi pula...beli. Nasib baik masih awal bulan.

Bila berada dalam stadium, rupa-rupanya gelagat manusia masih tak berubah seperti puluhan tahun dulu. Mengapa? Biasalah, kalau bola tak masuk gol habis disumpahnya ..tak pandai main..kaki bangku..ayam daging..tukar orang lain dan macam-macam lagi. Lebih mengharukan, disokong pasukan lawan. Hai, bola..bola.

Aku sendiri pun masih macam dulu, perlawanan belum habis dah keluar stadium...takut traffic jam.

Sampai rumah.....


Sibongsu tertidur dengan baju Red Warriors. Selamat malam anakku.

Ahad, 1 Ogos 2010

Tukar Takir

Walaupun aku bukan seorang guru bahasa, tapi ingin mencuba setakat yang mampu menterjemahkan maksud tajuk di atas.

Dalam Kamus Dewan perkataan tukar tu ada berbagai maksud bergantung kepada tujuan penggunaannya contohnya bertukar barang, memberi dan menerima ganti, berubah, berpindah tempat dan banyak lagilah.
Perkataan 'takir' mengikut kamus dewan ialah bekas air dan lain-lain (daripada daun pisang, daun kelapa dan lain-lain), timba dari daun pisang atau upih.

Baru aku tahu , jadi guru BM ni susah juga rupanya...aku ingat senang jer sebab kita ni bangsa melayu, cakap melayu dan semuanya melayu.

OK..bila dua perkataan ini dijadikan bahasa berganda (betul ke cikgu BM?) lain pula maksudnya. Aku cari dalam kamus dewan tak ada pulak. Tapi aku selalu guna perkataan ini untuk situasi yang kelam kabut, bertukar ke sana , ke sini.....apa lagi hah?.

Ceritanya.


Hah..dua benda ni lah membuat aku tukar takir...Kadang-kadang aku baru beli, esok lusa dah taada...beli lagi minggu depan taada. Eh..apa ke jadah ni, takkan toyol nak curi.

Hooo...baru aku ingat..cuti semester dan cuti sekolah anak remaja semuanya pulang bercuti..apa lagi bila dia orang tengok barang baru, apa lagi dia orang ambillah..Yang biru untuk kau..Yang merah untuk aku..Yang putih untuk aku...Yang hijau untu engkau..Yang buruk untuk Bapak kamu..Bibuat macam cerita P. Ramlee.

Kenapa jadi begini Bang Kassim...

Yang sulong Muhamad Afiq
YangTengah Muhamad Ayie
Yang Ketiga Muhamad Akie
Yang Keempat Muhamad Aidi
Yang Bongsu Muhamad Yeh


Hanya sorang jer perempuan...Makcu....Waaaaa..waaaaa...waaa Kembalikan seluar kecik akuuuu!!!!
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template