Isnin, 29 Mac 2010

Pesanan Buat Kekasih

Kisah cinta tragis ini berlaku 480 tahun yang lalu. Wanita itu harus membayar mahal dengan jiwanya sendiri. Dan kejadian tragis tersebut ianya terjadi bukan dalam istana yang indah, tapi di tengah sebuah medan perang yang dahsyat . Disaat dia mengikuti suaminya yang sedang sibuk berperang untuk meluaskan jajahan taklukannya.
Sebelum meninggal , dia masih sempat meninggalkan 4 buah pesanan. iaitu:

1. Dia ingin dimakamkan disebuah makam yang paling indah di dunia ini.
2. Suaminya tidak boleh menikah lagi.
3. Suaminya harus sayang dan bersikap lembut terhadap anak - anak hasil cinta mereka.
4. Juga harus menjenguk makamnya, setiap kali ulang tahun kematiannya.

Pesanan 1.
Ternyata Suaminya dapat memenuhinya. Untuk memenuhi keinginan arwah isterinya, dia membangun sebuah makam dari marmar putih. Bersegi delapan. Besarnya tak terhingga. Karana lebarnya mencapai 130 kaki dan tingginya 200 kaki. Makam yang mirip istana itu dirancang dengan teliti dan indah sekali. Hingga untuk membangunnya saja memakan waktu 22 tahun lamanya. Padahal yang mengerjakannya 20,000 orang. Untuk menggambarkan cinta kasihnya kepada isterinya, bangunan itu dibuatnya dari batu pasir merah, perak, emas, carnelian, jasper, batu bulan, permata jade, lapis lazuli, dan batu karang. Tak heran bila makam yang dikelilingi taman ala Parsi dan kolam air, nampak begitu indah, agung, putih berkilau dan berdiri megah, seperti dalam cerita dongeng 1001 malam saja. Pesanan pertama sudah terlaksana, meskipun harta benda kerajaan dan rakyat semakin berkurangan.

Pesanan 2.
Berjalan dengan sendirinya. Karana sejak kematian isterinya, dia menjadi sangat murung. Hingga rambutnya menjadi putih beruban hanya dalam waktu berapa bulan saja. Jadi begitu hebat kesedihan yang dialaminya. Bagaimana pedihnya rasa kehilangan wanita yang dicintainya itu, sampai rambutnya jadi putih semua. Ini benar-benar gambaran sebuah cinta yang suci dan tulus, yang tak akan pernah terjumpa lagi pada zaman ini. Dan sejak itu pula, hidupnya hanya dihabiskan untuk mendirikan sebuah makam yang melambangkan cinta kasih kepada isterinya. Hingga dia melupakan urusan negara dan rakyatnya. Bahkan mengabaikan perhatian dan kasih sayang untuk anak-anaknya sendiri.
Jadi pesanan ke 3 tak dapat dilaksanakan dengan sendirinya.

Pesanan ke 4 juga tak dapat dilaksanakan kerana anakandanya menggulingkan beliau kerana kesibukan membangun sebuah makam yang indah buat isterinya, ternyata membuat kos negara kosong dan rakyat jadi melarat. Dia juga melupakan tugas sehari-hari sebagai penaung sebuah negara yang besar.

Semasa dalam tahanan, beliau dapat mengingati semua kenangan manis tentang keindahan kisah cinta mereka berdua, dan saat terakhir pemergian isteri dari sisinya, sehinggalah dia sendiri menyusul ke alam baka dan dimakamkan disamping cinta dan belahan jiwa isterinya.

Mengapa kita kemudian mengenal bangunan ini sebagai lambang ataupun monumen cinta? namun kisah romantis Shah Jahan dan Mumtaz Mahal menjadi sejarah paling kuat yang berlatar belakang bangunan dengan tinggi sekitar 60 meter ini.
Sebagai gambaran bagaimana mendalamnya rasa cinta Shah untuk isterinya ia mengerahkan ribuan gajah untuk mengangkut marmar putih dan berbagai material lainnya dari seluruh negeri. Untuk memenuhi keperluan batu pasirnya, didatangkan dari Fatehour Sikri, lalu marmar putihnya dari Raja Jai Singh di Makrana, Rajasthan. Permata jasper berasal dari daerah Punjab, sedangkan permata jade dan kristal dibawa dari Tiongkok. Permata pirus dari Tibet, batu lapis Lazuli dari Afghanistan, batu safir dari Srilanka dan carnelian dari semenanjung Arab. Ditaksir sekurang-kurangya ada 28 jenis batu permata yang digunakan sebagai bahan pembinaan Taj Mahal ini.
Kalau nak diceritakan memang panjang, aku pun tak larat nak copy and paste..hahaha..

Dizaman sekarang pun ada juga mereka yang membuat sesuatu untuk melambangkan cinta terhadap orang yang tersayang. Mengikut info yang diterima untuk membuat 'monumen' ini ianya mesti dilakukan di waktu malam selepas isya', lama masanya sepanjang ramadhan dan mesti dilakukan oleh seorang tukang saja pada satu-satu masa. Tukang ini pula dikalangan mereka yang masih solo...difahamkan pada masa Shah Jahan tukangnya dikorek biji mata, betul ke?

Kalau zaman itu dah ada kamera, tentu gambaran begini dirakamkan untuk tatapan kita.



'Monumen' ini anak-anak aku sok sek sesama mereka,
"Ini adalah lambang cinta Ayah kepada Ma"
Tersentuh jua hatiku...rupa-rupanya anak-anak lebih memahami, aku hanya membina mini kolam ikan untuk hiburan semata-mata, tapi kerana kesungguhan membinanya tidak kira masa mereka menganggap ini kesungguhan Ayah membuktikan cinta terhadap Mama...weit........ weeittttt.

Pembinaan 85% siap.


Dengan ini, terbinalah sebuah taman yang diberi nama
'Dataran Jayawaris'.

Khamis, 18 Mac 2010

Sekerat Hari Melawat Kelantan

Fuuhhhh...penat macam ni, mana boleh melawat Kelantan dalam sekerat hari! Kita cuba dulu.
Kesian juga tengok muka anak-anak lain macam aje, sepanjang cuti ni dok kat rumah..boring..muka pun macam sadin jer. "OK bersiap semua, kita akan 'melawat Kelantan' tapi ingat sekerat hari jer". Eleh melawat sekerat hari. Tapi kalu dihimpun yang dulu-dulu tu dah jadi banyak hari jugak. Ini dah masuk kes 'mama Hagemaru' ni.
Aku bertolak dari rumah menuju Ke 'Kelantan' pukul 9.15 pagi, sampai di sana lebih kurang setengah jam kemudian.
Kali ini anak sedara dari Kelang ada sama, dia satu kereta, bawak bersama mak mentua dan aku sendiri enam beranak.
Destinasi kali ini ialah Taman Perbandaran Tengku Anis, anak-anak belum pergi lagi jadi ini kali pertama bagi mereka tentulah seronok, siap bawa makanan dan kasut joging. Engku Zaleha (makcu aku) tersenggih hingga nampak gerahang bongsunya kerana suka sangat dapat bawa anak-anak buah makan angin.

Ini adalah salah satu lanskap di Taman Tengku Anis



Ini adalah replika masjid-masjid yang terdapat di Kelantan dan juga tempat-tempat lain di Semenanjung, juga bangunan Pejabat Tanah di Kelantan.
Sayang sekali, kerana kurangnya ataupun tiada penjagaan dari pihak tertentu keadaan replika ini ada yang sudah rosak dan terbiar.

Alkisah anak-anak aku, mereka semua ada yang berjoging (biarpun doh tengah hari bole)
ada yang bermain di taman permainan dan yang tua relax aje lah.
Aku mengintai si bongsu sedang buat apa....Ooooo..bukan main lagi budak ni...tengok tu!



Mencuba sesuatu yang baru baginya.


OK, kita minum dulu...


Kita 'Relax' dulu bersama Black Dog Bone...Hah tulang anjing hitam..takut woo.

Sambil-sambil minum tu lihatlah lanskap yang dapat dirakamkan di sini, sejuk mata memandang.


Adoi...'anak perempuan' aku ni tak puas lagi...tak mau balik...abih kemana? jom ikut ayah Chik.

Kita ikut signboard ni,Pantai Cahaya Bulan




Ehh...dah sampai pun


Mengimbau kenangan lalu...dahulu pantai ini cukup mendamaikan, dengan alunan ombak menghempas pantai bukannya batu penghadang, dengan chalet yang berderet-deretan, pohon nyior yang melambai tenang...kini semuanya telah hilang....hilang ditelan ombak yang mendatang.


Kita rehat sekali lagi untuk menikmati Kopi Dangdut bersama Fahmi Shahab

Dalam perjalanan pulang seperti biasa beli jagung rebus kat gerai Som kat Penambang.


Heh, Engkao orang ni tinggal kat mana? Kat Kota Bharu Daa

Isnin, 15 Mac 2010

Begitu, begini

Dulu......begituBold
MU'AZ BIN JABAL

Kini.......begini



HAK KEPUNYAANNYA


Dulu........begitu






HASIL KARYANYA


Kini.....begini
BUSTANUL ARIFFIN


Chik dan Nik dah lama jadi orang. Teruskan menjadi orang-orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada diri dan kebanggaan kepada keluarga.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template