Isnin, 31 Januari 2011

Marah ni...

Kalau nak ikutkan hati yang panas ni, rasanya nak aku pijak-pijak sampai hancur. Belum cukup satu purnama kau dah buat onar. Hee geramnya, ni betul-betul marah ni. Selama ini pun aku cuma buat-buat sabar, tapi dalam hati ini tiap kali aku tengok muka kau rasa nak terajang. Berapa banyak duit dah aku belanja untuk kau, begitu juga masa aku korbankan semata-mata nak mengembirakan semua orang. Ke hulu ke hilir, tapi tak ada penyelesaian. 

 Aku malu…malu, malu pada semua orang lebih-lebih lagi Makcu B.

Aku nak pesan pada adik kakak semua, buatlah keputusan yang bijak jangan jadi macam Pak Nidus ni. Ketahuilah hak kita sebagai pengguna. Pak Nidus merayu kepada mereka di luar sana yang tahu cara nak menyelesaikan masalah ini bolehlah kita kongsi bersama.

Beli TV tak sampai 2 minggu dah rosak. Buat aduan kat Kedai yang kita beli tu, Sen Heng KB Mall. Tunggu sehingga masuk minggu ke 3 taada respon. Buat report kat Sen Heng KL, lepas seminggu…senyap, minggu ke 2 baru ejen TV datang tengok. Katanya ‘Cut Off’ rosak kena order. Sekarang masuk minggu ke 2 taada apa tindakan pun.

Tadi telefon ejen kat KB, dia kata akan call balik….habuk pun tarak…puihhh.

Kau tengoklah sendiri apa jenama aku tak nak baca kat sini, nanti dia orang saman aku….takut juga aku. Baiklah TV SONY tu (mana tahu Sony bagi offer TV baru) dah masuk 10 tahun masih steady.


Hidup SONY.

Jumaat, 28 Januari 2011

Formen Malam

Nak kena jual ni…..asyik nak meragam je. Tapi kalau dikenangkan jasanya memang tak terhitung, maklumlah dah hampir 10 tahun bersama ada yang pahit dan juga yang manis. Keranamu juga Abe, Ngah dan adik2 semuanya mendapat khidmat baktinya.
Kita manusia pun adakalanya macam ia juga, ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Aku minta maaflah ya kereta.
Kereta ni semalam buat onar, water pump bocor. Nasib baik mekaniknya adik sendiri, dapat diselesaikan segera. Alang-alang dah masuk bengkel semua kerosakan yang kecil2 juga dibaiki. Dari water pump ke tukar minyak enjin, minyak auto dan filter, brake dan juga bering.
Terkejut juga tengok bilnya. Mahu juga dekat 1K.


Boleh bagi tabik spring kat pomen ni. Tak pernah tengok bagaimana cara mengisi semula air ke dalam radiator. Cara mudah katanya nak tahu cylinder head ‘nyetok’ atau tidak.
Kerja tanpa henti dari petang hingga tengah malam

Dengan cara ini juga katanya, kekosongan akibat gelembong udara dalam radiator dapat dipenuhi secara perlahan dan memenuhi keseluruhan ruangan yang sepatutnya. Air ini juga menolong melancarkan segala sistem enjin termasuk aircond. Akhir sekali biarkan ia beberapa jam dan buat langkah yang sama sehingga betul2 penuh.


Macam aku pulak pomen….heee3.

Dah pukul 1.00 pagi.   Aku balik dululah pomen.  Esok kita selesaikan semua.

"Opp...tunggu dulu.  Esok kena tukar keempat2 tayar ni, semuanya dah hampir botak".....toing!






Lama Tak Jumpa...


"Kalau kau aku dah benci, keturunan engkau pun aku tak mahu...tau.."
Itu diantara dailog  ibu mentua kepada Kassim.....kesian ye.



Klik untuk besarkan


Cetek betul pemikiran kawan Pak Nidus tu ye .....

Ahad, 9 Januari 2011

Buta Ayam

Sepanjang minggu lepas, tanpa perasan Pak Nidus pakai baju yang warnanya seakan-akan sama. Jadi ada seorang kawan tegur tentang warna kegemaran Pak Nidus. “ Biru” . Dia tersenyum, apa yang tersirat dan apa yang tersurat tak tahulah. Dia bertanya lagi, lain-lain warna selain biru…..kelabu, hitam dan putih. Dia tersenyum lagi.

Sambil menunjukkan satu warna pada sekeping kertas dia bertanya sambil menyoal. Apa warna ni? Sambil tersenyum Pak Nidus jawab “biru”. Kali ini dia tidak tersenyum tapi ketawa .

"Sahlah kamu ini seorang yang buta warna....". Betul, tapi kenapa kau ketawa? Ini bukan birulah , ini warna purple. Heee3.

Betullah bagi seorang yang buta warna atau rabun warna, warna kegemaran dia ialah biru, kelabu, hitam dan putih.

Warna kompius ialah warna merah dengan hitam, kuning dengan hijau, biru dengan purple dan banyak lagi yang kadang-kadang membuat orang ketawa.

Orang tua kata penyakit ini dipanggil buta ayam. Masa kecil dulu bila penyakit ini datang, pada malam hari dunia jadi terbalik atas ke bawah. Sebab itu kalau nak tangkap ayam lakukan di waktu malam. Dah tua begini taada lah. OK dah.

Masa umur belasan dulu pernah minta masuk EME school di PD. Oleh kerana masalah ini cita-cita menjadi jurutera askar tak menjadi. Mungkin kalau berjaya Pak Nidus dah jadi pegawai besar dalam tentera.

Masih ingat lagi bentuk soalan yang ditanya…..

Apa nombor color dalam punye? Tanya seorang pegawai India.

( jawapannya tak boleh beritahu…malu )

Khamis, 6 Januari 2011

Mesej Tahun Baru


Malas betullah nak update entry ..Mungkin tahun 2011 ni membawa mesej tertentu.

Apa yang dapat dirasakan, tenaga semakin kurang, umur Pak Nidus pun semakin meningkat.

Teringat satu mesej yang dihantar oleh seorang sahabat sempena tahun baru..

Membaca semakin jauh..

Dulu pakai minyak wangi, sekarang gosok minyak angin.

Dulu 12 kali sebulan, sekarang 12 bulan sekali..

Dulu suka makan angin, sekarang banyak buang angin..

Dulu darah muda, sekarang darah tinggi..


Biarpun sudah terlambat, Pak Nidus mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template