Khamis, 30 September 2010

Makcu oh Makcu...

Dah dua hari Pak Nidus dua beranak makan nasi bungkus. Sejak Makcu bersama staf pejabatnya ke Penang dan Cameron Highland kerana lawatan ‘penanda aras’ terasa sangat ketiadaannya . Baru tahu betapa perlunya seorang isteri disamping suami…

Alah bukanlah Pak Nidus ni emosi sangat cuma ada kalanya untuk menghadapi suasana kelam kabut ni nak mandikan si bongsu waktu pagi, nak sediakan sarapan , nak gosok baju, itu…ini…dan macam2 adegan yang tak ingin dilihat…

Lepas tu hantar ke sekolah…tengahari pergi ambik…beli nasi lagi…balik temankan dia mandi…cari baju salinan….(maaf yer makcu, tak sempat nak hantar sibongsu ke kelas fardhu Ain..heeee3)

Bak malam lagi haru, keluar makan …perjalanan balik si bongsu dah tertidur atas kereta…kena angkat pulak…atur kencing lagi dan……..huk..huk..huk….yang tak tahannya tidur bersama bantal peluk.

Kunci jam…tambah lagi dengan alarm henpon takut tak terjaga nak kerja besok tapi tak juga terlelap teringat……

Pulanglah Makcu.



Isnin, 27 September 2010

Raya Peringkat SIC

Sambutan Hari Raya peringkat SIC disambut meriah setiap tahun. Main menu ialah laksa Kelantan atau laksa kuah lemak. Pada masa dulu orang kata kalau nak bagi sedap kuahnya, masukkan belut sebagai salah satu ramuannya. Memang sedap pun bagi yang suka...tapi kena fikir juga bagi yang tak boleh makan. Sebab tu sekarang taada lagi...

Selain tu ada macam2 kuih dan juga buah-buahan...satu yang sedap bagi Pak Nidus ialah 'tapir beras'...tapi awas, silap hari bulan jadi penghuni tandaslah jawabnya...cerah perut.

Sempat juga Pak Nidus rakamkan gambar (guna hp jer)....





Bersama Cikgu Reza...Guru bahasa Nippon. Handsome orangnya.
















Sebahagian dari guru-guru perempuan yang sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya bersama pelajar SIC.








Suasana dalam Dewan.....muzik iringan oleh pelajar kelas muzik SIC.

Apa yang pasti, Pak Nidus hanya sempat memakai 3 kali sahaja baju raya ni (baju melayu) iaitu hari raya puasa...kedua, majllis sambutan hari raya dan hari raya haji. Lepas tu terpaksa simpan untuk anak-anak lelaki ku...undang-undang DO RE MI.

Jumaat, 24 September 2010

Filem Kita Wajah Kita



Tajuk Filem : Rumi Dan Juli
Sutradara : Ayie Andre




Waktu muda-muda dulu Pak Nidus tidak pernah bercinta dengan Makcu . Tidak seperti pasangan lain yang bercinta dahulu sebelum kawin. Kawin pun orang padankan.

Terasa juga nak bercinta.

Hari raya yang lepas Pak Nidus duduk-duduklah dengan Makcu gaya orang bercinta, mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata maka mak dara pun tersenyum malu.


Rabu, 22 September 2010

Passionate of Love


Sebelumnya dikenali sebagai Pantai Passionate of Love atau Pantai Cinta Berahi. Nama itu kemudian diubah menjadi Pantai Cahaya Bulan yang bermaksud "Moonlight Beach".
Teringat diwaktu kanak-kanak PCB dikenali juga sebagai Pantai Semut Api kerana ia terletak di kampung ini.. Dibatasi oleh alunan ombak dan lambaian pohon nyior, menyediakan tempat yang ideal untuk berkelah, berkhemah dan relaksasi. Ini merupakan tempat yang sempurna untuk dunia bersantai dan menenangkan minda untuk seketika.
Pagi tadi serombongan pelajar dari Maktab Sultan Ismail datang untuk merelak minda menjelang PMR selama 2 hari 1 malam di Perdana Beach Resort.

Pantai ini membentang sekitar 1.2km jelas merupakan daya tarikan yang popular di kalangan warga tempatan dan pelancong luar untuk mandi dan berjemur di bawah matahari dan menghargai ketenangan yang ditawarkan oleh keindahan alam Pantai Timur. Kelimpahan kedai seni, kraf dan budaya menghiasi jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan menambahkan lagi keunikan negeriku ini.

Kesempatan ini Pak Nidus abadikan dengan gejet e72 seadanya untuk tatapan kita semua.










Isnin, 20 September 2010

Maha suci.....



Mulanya Pak Nidus nak postkan n3 ni sebelum raya, kemudian ubah fikiran selepas raya bila perantau balik ke tempat kerja, tangguh lagi dan hari ni baru berani 'update'kan.
Bukan apa, Pak Nidus takut mood raya kita hilang angkara video ni.

Bagi mereka yang berani nonton silakan.....


Sabtu, 18 September 2010

Adegan Selepas Raya

Anak-anak pun dah mula balik ke asrama. Semalam yang sulung dah balik ke IPPerlis. Petang ni giliran no.3 ke Falahiah & no.4 ke MTS Tumpat pula. Malam nanti yang no.2 balik ke UTP Tronoh. Tinggal yang bongsu di rumah.

Dalam keseronokan berhari raya, habis sakan pun tak kira sangatlah...setahun sekali. Tapi bila dah lepas raya, barulah nak berkira itu ini. Pak Nidus memang dah bersedia dengan perbelanjaan dia orang.
Keperluan dapur dah mula surut, bil-bil biasanya melambung bulan ni....tapi yang perbelanjaan 'luar musim' yang tak tahannya.



Yang ini sekali ia 'bersin' apa lagi kalau 'demam'...ratusan RM mahunya.


CUBAAAAN

Jumaat, 17 September 2010

Pahala

Setiap pagi Jumaat Pak Nidus balik kampung, tak jauh dari rumah cuma 10 km jer. Sekadar menjenguk orang tua dan pusara arwah ayah. Pada mulanya sebagai rutin mingguan semenjak kematian ayah. Bila terbaca dalam satu artikel tazkirah oleh seorang ustaz, Pak Nidus merasakan suatu usaha yang sepatutnya dapat dilakukan oleh semua dalam mendapatkan pahala mudah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.
Antaranya....

Memandang wajah ibubapa kita
Itu belum lagi pahala kita berbakti kepada mereka.


Memandang wajah orang alim

Itu belum lagi kita mendengar ceramah mereka yang mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.




Melihat Kaabah
Kalau pergi ke Masjdil Haram untuk beribadah, carilah tempat di mana kita dapat melihat Kaabah, pahala berjalan walau dengan tengok jer..



Melihat Al Quran

Apa lagi kalau kita membaca, memahami dan menghayati maksud serta mengamalkannya.




Melihat laut

Menghayati keindahan alam dan mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.

Rabu, 15 September 2010

In20years.com

Inilah wajah Pak Nidus ketika berumur 71 tahun.

Mata dah jadi kelabu...peranakan kucing Parsilah katakan....
Hidung sedikit mancung, dulu macam pelepah nyior....lebar dan besar.
Bibir sedikit nipis.
Misai jarang-jarang.
Janggut kadang-kadang.

Alhamdulillah...

Pada usia separuh abad ni Pak Nidus belum lagi didatangi penyakit yang teruk... Minta dijauhkan. Masih sihat, dapat bekerja dan dapat melakukan ibadat yang sepatutnya.
Bahagia dengan kehidupan sekarang. Mudah2an sehingga ke akhirnya.
Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan...Amin.

Selasa, 14 September 2010

Raya ke-5

Hari ni Pak Nidus ada kesempatan untuk 'mengayuh' setelah lebih sebulan tak berbuat demikian. Alhamdulillah lutut pun dah baik sikit selepas puasa...mungkin itu adalah kelebihan berpuasa. Makcu pun dah mula bekerja, anak-anak masih lagi bercuti.
Pak Nidus mengayuh basikal ke destinasi biasa...kawasan sekitar tepi sungai Kelantan , dataran Lembah Sireh dan juga Tesko, lebih kurang 7 km pergi balik.


Sungguh nyaman dengan panorama pinggir sungai berlatarbelakang Pelangi Mall










Anak-anak perantau mula kembali ke tempat kerja masing-masing. Suasana di terminal bas ekspres mula sesak...teringat masa Pak Nidus belajar kat KL awal 80an.



Trafik Light menghala ke Jambatan Sultan Yahya yang sentiasa jem di waktu perayaan dan waktu puncak...Alahai gertok Sultan Yayo..

Bercakap tentang Jambatan ni pun satu hal...bukan main gah lagi rakyat Kelantan, lebih-lebih lagi pengguna tetap kerana jambatan kedua ini dibina dengan empat lorong menjadikan enam lorong kesemuanya.
Semasa perasmian pembukaan dulu yang diumumkan oleh mantan PM pada 2007...katanya boleh disiapkan pada Dis 2009...Dis 2010 hampir tiba...Dis 2011 akan menjelang....Dis 2012 pasti tiba....dan..


Inilah kemajuan pembinaan setakat hari ini

Bila siap nanti, lanskap bandar Kota Bharu pun turut berubah dengan terdapat satu fly over disepanjang jalan Hamzah dan jalan Sultan Ismail tamat di stesen bas Langgar.

Ini adalah sebahagian daripada lebih 500 pre-cast beam yang diperlukan untuk pembinaan jambatan tersebut

Selamat Hari Raya

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa.

Harap dimaafi segala-galanya.

"SELAMAT HARI RAYA"

Maaf Zahir & Batin.

Semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T sepanjang masa...
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template