Isnin, 25 Oktober 2010

Ole-ole

Semasa ronda kat Pasar Payang sambil mencari sesuatu yang boleh dibuat ole-ole selain dari keropok gotel aku ternampak benda ni.

Hah, lama betul aku cari, sekarang baru dapat. Memang susah nak dapat benda ni. Seingat aku masa kecik2 memang benda ni mudah didapati. Beli 10 sen boleh dapat 3.

Diperbuat daripada tepung beras, kelapa dan gula. Boleh dijadikan sebagai makanan ringan ketika menonton perlawanan bola antara Kelantan dengan Negeri Sembilan nanti.

Hah ada satu lagi…..

Ini pun susah nak dapat. Diperbuat daripada tepung gandum gula dan pewarna. Masa kecik2 dulu bila makan benda ni habis mulut terlekat color putih dan merah tepung gandum disekeliling mulut. Bila dihembus habis berterbangan melekat di baju kawan2.

Tempat lain Pak Nidus tak tahu kau orang panggil apa.

Di sini kita panggil ‘Sagun dan Senma’.


6 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Haha, saya tau... mmg susah nak cari skrg.

Suka tgk kawan-kawan makan dulu tapi saya tak suka makan.

:)

LiNda berkata...

Since saya ada di Terengganu , semua makanan yang pak nidus sebut, saya tak lepaskan peluang - makan !. Esok lusa bila kena balik KL , taklah saya keempunan .

dulu saya tolong emak buat sagun jual kat sekolah . dlm plastik eskerem ..

pss.. keropok gotel ..hahaha sama spesis ngan suami saya . Suka cakap keropok gotel !

cheqna berkata...

sagong....dulu2..dalam suratkhabar...lening canggih sket...
hehehe
kepok gote....=)

nidus2 berkata...

Hairil,
Nak makan susah sikit, kena 'lenggok'.(kepala dongak ke atas).

nidus2 berkata...

Linda,
Keropok gotel kerana masa buat tu kena getel. Memang tempat Pak Nidus popular dengan panggilan 'gotel'.
'Lekor'sesuai keropok yang panjang-panjang.

nidus2 berkata...

Cheqna,
Sagong bukus denga suratkhobar cina.
Gote...dah nama dia macamtu...heee3.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template