Ahad, 20 Februari 2011

Sama tapi tak serupa

video

...butang baju melayu aku mana, Pah?


Satu hari di majlis maulidul rasul...

....samping baju melayu aku mana, Pah?

Sama-sama tak lengkap.   Tak serupa kerana dia tipu bini nak pergi kawin, Pak Nidus nak pergi baring.  Hee3...jangan marah Makcu ye.


Sabtu, 19 Februari 2011

Lubuk



Betul ke ni lubuk?

Lubuk, istilah yang selalu digunakan untuk memberitahu di sinilah tempat ikan termasuk mak ikan, bapak ikan, datuk ikan dan bermacam-macam ikan ada.  Ho….begitu.
Ini tentu cerita hal memancing lagi. Memang pun…selagi aku tak puas hati, selagi tak dapat apa yang dihajati…hah tunggu kau.

Hampir dua jam menunggu, tak nampak kelibat cucu ikan yang datang menggoncang batang kail aku.  Balik rumah lebih baik, hari pun dah nak masuk maghrib.
Sampai rumah mak, kelihatan anak saudara yang berusia 9 tahun ada di rumah.  Anak saudara yang bongsu sekali. 
Tengok je muka aku terus menangis, sebelum ni tak pulak gitu.  Apasal? Apa muka yang begini hensem pun takut juga.
Jangan-jangan anak saudara aku tu tengok muka ni lain macam je….manalah tahu, budak-budak ni dia ada rasa lain dari kita.  Sampai sehingga isya’ budak ni kalau tengok muka aku terus nangis.

Apo kono jang.

Pesan orang-orang tua kalau kita baru balik dari tempat-tempat begini, sebelum masuk ke dalam rumah, berdiri dulu sebentar dan bacalah ayat Kursi sehingga habis agar ‘mereka-mereka’ yang menumpang tu tak masuk sama.

Jumaat, 18 Februari 2011

Pencarian

Terima mesej dari anakanda,


"Malam ni tengoklah Forum Perdana secara langsung dari UTP...."

Tunggu tunggu punya tunggu, terus kojol...

Yang sempat hanyalah hujungnya sahaja....








Maafkan ayahanda.....

Sabtu, 12 Februari 2011

Itu Dulu...


"Inilah kampung tempat ayah membesar.  Ini semua kalau nak diceritakan memang banyak.  Tengok di sana, tempat ayah mencari ikan di musim tengkujuh, ikan haruan, keli dan juga puyu.  Kalau ayah tak turun ke bendang alamat bisinglah mulut orang tua tu....."   Aku bercerita kepada Ngah semasa memancing dulu.  "Kenapa ayah melarang kami ke sini?"   "Itu dulu.....





"Inilah dunia ayah semasa kecil.  Bermain, mandi dan juga menangkap ikan serta udang.  Ikan seluang, lampan, jogho, tilam, baung, beleda semuanya ada.  Waktu pagi, ayah mandi sungai, nak ke sekolah, mandi petang semuanya di sungai ini.  Nenek selalu suruh ayah cari kayu hanyut di waktu air sungai pasang, boleh buat kayu api.  Sejak kecil lagi ayah sudah pandai berenang dan berperahu".  Ceritaku kepada Abang Chik dan Yeh.  "Kenapa ayah tak suruh kami jadi seperti ayah?"  Itu dulu....


"Di belakang rumah tu ada pokok langsat, duku, kecupu, manggis dan setar.  Kalau  musim buah, alamatnya di atas pokoklah ayah bertenggek.  Seronok betul, berpindah dari satu dahan ke dahan macam....."
"Kenapa ayah tak ajar kami memanjat".  Itu dulu.......

Duniamu dan duniaku jauh berbeza.  Aku banyak mengenal dunia ini melalui pengalaman dan kemiskinan.  Aku belajar mengenai hidup dari kesusahan.  Kamu hidup dalam dunia hari ini yang lebih realiti.  Dunia yang penuh dengan perlumbaan.  Hanya mereka yang berani menghadapi segala rintangan dan cabaran yang akan berjaya.  Bila kau dewasa dan pandai nanti, pengorbanan yang ayah lakukan, kaukan mengerti.  Teruskan anak-anakku, jangan kamu mengimbau dunia silam ayah yang penuh dengan kesusahan dan kepayahan. 

Itu dulu......

Jumaat, 11 Februari 2011

Di mana-mana saja BOLEH ! DAPATnya tidak.

Januari 2010,
Atas desakan no.2, Pak Nidus terpaksa akur.  Lengkap berpakaian dan membawa peralatan memancing, kami meredah tali air.  Kata no.2 "Di sini pun boleh ayah."
" Harap-harap dapat."


Pak Nidus pergi memancing,
Bawa bersama berbagai alat;
Perut buncit banyak cacing,
Gigi rongak dimakan ulat.


11 Februari, 2011
No. 3 dan No. 5 mendesak pula. Kebetulan  Pak Nidus dan Makcu balik kampung.  Kami pun membawa peralatan memancing bergerak ke pinggir Sungai Kelantan, di belakang rumah Mak. 

Kata No.3 " Di sini pun boleh ayah."
"...Harap-harap dapat"   

Kata No.5, "Eiii...geli , selut lembek"
Kata si baju hijau.." Boleh ke Pak? Selalunya umpan habis, ikan tak dapat-dapat"

Cacing terakhir....


Jom! Balikkkkkkkkkkkkk.....


 AWAS.....ada orang sedang memerhati di sana......( Misteri Nusantara )




Rabu, 9 Februari 2011

Pengguna Rasional


Barulah tenang perasaan sekarang.  Dah boleh tengok TV baru setelah hampir dua bulan tersadai tepi dinding.  Terima kasih Warlord Hairil....kalau tidak kerana ugutan ke Tribunal Pengguna, Pak Nidus rasa sampai sekarang kes ini tertangguh begitu saja.

Bila kita nak buat aduan kat Tribunal tahu pulak dia orang takut dan keesokannya  kedua-dua pihak penjual dan agen TV terus selesaikan.


Beberapa perkara yang perlu kita tahu Hak sebagai seorang pengguna :
  • Mengenal pasti hak dan tanggungjawab pengguna
  • Mengenal pasti tujuan dan kepentingan menjaga hak sebagai pengguna
  • Agensi-agensi yang terlibat berkaitan dengan pengguna
  • Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna
  • Bentuk-bentuk penyelewengan yang sering dilakukan oleh pengeluar
  • Cara membuat aduan
  • Peranan persatuan pengguna
  • Mengenal pasti peranan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang dan melindungi hak pengguna
  • Menentukan hak pengguna dalam peruntukan undang-undang
  • Bentuk perlindungan pengguna dari segi pendidikan, persatuan dan undangundang
  • Penerimaan masyarakat terhadap gerakan konsumerisme


Jadilah seorang pengguna yang rasional.

Khamis, 3 Februari 2011

Kedah Lagi.....


        Vs      
                                                
   2                                     1

Ini bukan keputusan Piala Liga atau Piala  Malaysia.  Orang Kedah janganlah pulak berkecil hati dengan keputusan 2-1 ni.  Mereka patut berbangga dengan keputusan ini.  Warna pun dah sama merah. Semerah hati.

Esok Pak Nidus akan  ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan di antara anak sepupu dengan orang Jitra.  Ini merupakan kali ketiga Pak Nidus mengeratkan talian  kasih antara 2 negeri.  Sebelum ini dah dua adik Pak Nidus  berkahwin dengan orang Kedah.  

Jodoh pertemuan, Tuhan tentukan.
Tidak ada soal batas kenegerian atau pun orang luar dalam kamus bertemu jodoh ini.  Kita terimalah dengan penuh keredhaan dan bersyukur kepadaNya.

Hmm...maksud 2 tu ialah adik Pak Nidus lelaki  dan 1 itu anak sepupu perempuan yang berjaya ditawan oleh jejaka Kedah.  Kan betul begitu.

Sesiapa yang pernah mengikat tali silaturrahim dengan orang Kedah, sila angkat tangan.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template