Isnin, 18 Oktober 2010

2 minit


Beginilah nasib Pak Nidus di negara orang.


Kesalahan yang dikira kecil bagi kita tapi lain pula perkiraan pihak berkuasa. Tak sangka suka yang dicari duka pula yang tiba. Mengayuh beca di negara orang yang tak tahu cakap melayu. Duit pun tiada. Saudara mara jauh di mata. Apa yang yang terbayang adalah keluarga di kampung sahaja. Oh..nasibku.

Itulah yang terbayang oleh Pak Nidus ketika itu.
Tak perasan bila ianya tercicir. Mungkin masa ke tandas. Tahu-tahu bila beratur nak naik pesawat boarding pass hilang. Pak Nidus ditahan dan dibawa ke bilik pegawai yang bertugas. Katanya, tunggu sehingga semua penumpang naik dan kalau tiada apa-apa Pak Nidus dibenarkan menaiki pesawat.

Alhamdulillah...2 minit lagi sebelum pesawat nak berlepas Pak Nidus dibenarkan naik. Kalau tidak gambar di atas mungkin menjadi kenyataan.

10 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Haha, kelakar la Pak Nidus nie!

Betul betul hilang la ke Boarding pass tu?

nidus2 berkata...

Hairil,
True story...cakap mat salih..heee3.
Berlaku kat Beijing tapi lupa tahunnya.

LiNda berkata...

alaa....
kalau benar terjadi
suruh keluarga keluar paper
insyallah
ramai rakyat malaysia prihatin
beli tiket tambang balik
pastu yg lebihnya buat shopping

hahaha

kakcik berkata...

Dah lama tak baca cerita Pak Nidus..

Semoga selamat semuanya.:)

luahfikiran berkata...

SALAM,
ALHAMDULILLAH, TAK ADA MASALAH BESAR KPD PAK NIDUS. MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YG BERLAKU. ALLAH SWT MENGETAHUI

nidus2 berkata...

Linda,
Betul tu...boleh beli batu jade yang besar2, bagi kat Linda 2 biji...haaaa3

nidus2 berkata...

Kakcik,
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Pak Nidus tak miss ikut n3 Kakcik cuma tak sempat nak komen jer.

nidus2 berkata...

Salam kembali Dato',
Hikmahnya, dalam apa perkara yang kita lakukan restu dari isteri amat penting.
Pak Nidus rasa LF pun setuju dengan pendapat ni.

♥ manje ♥ berkata...

salam pak nidus

masa ke sana sorang2 ke?
syukur selamat naik ~

nidus2 berkata...

Salam kembali manje,
Dengan kawan2, cuma masa kejadian yang lain tak dibenarkan menemani Pak Nidus..itu yang berdebarnya.
Kalau apa2 terjadi memang Pak Nidus keseorangan di sana...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template