Jumaat, 30 Julai 2010

Shell Game

Setelah berpenat lelah selama 2 hari akhirnya saat mendebarkan menanti pula. Para peserta telah menamatkan pertandingan ala pembelajaran ini dengan jaya dan rasa puas hati.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri YB Ahmad Baihaqi selaku exco sukan dan NGO.


Turut sama dalam majlis tersebut terdiri dari wakil-wakil Jabatan dan agensi-agensi yang terlibat termasuk Pengurus Shell Kawasan Timur, Pn. Martinah.
Dalam ucapan beliau, diantara kandungan yang disampaikan menyentuh mengenai peranan guru, JKKR, JPN, MPKB BRI dan NGO yang lain dalam menjayakan program pendidikan 'Shell game' yang telah pun berusia 53 tahun. Dalam tempoh tersebut seramai 1 juta lebih para pelajar telah mendapat 'ijazah' hasil dari program yang bermanfaat ini dalam mendidik para pelajar selok belok pendidikan dijalanraya. Dengan itu Shell telah membelanjakan sebanyak RM12 juta setahun untuk program ini.
YB Ahmad Baihaqi dalam ucapan perasmian penutup menyeru kepada para hadirin betapa pentingnya kita sebagai umat Islam membaca bismillah sekurang-kurangnya semasa menaiki kenderaan apalagi doa subhanallazi sakhorolana....supaya keselamatan kita dipelihara oleh Allah swt.
Banyak lagi yang disentuh oleh beliau tapi aku tertidur sekejap..sori ya.

Majlis penyampaian hadiah.


Johan keseluruhan berpasukan peringkat sekolah rendah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas.


Johan kategori sekolah menengah pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti. Dengan ini bermakna sekolah ini telah memenangi 3 tahun berturut-turut. Syabas dan Tahniah.


Aku pulang dulu...jumpa lagi

Rabu, 28 Julai 2010

Pemandu Berhemah

Seperti tahun-tahun sudah Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell/MKJR diadakan bertujuan mendidik pelajar dalam semua aspek keselamatan jalanraya. Pejam celik pejam celik sudah 53 tahun pertandingan ini telah dijalankan seiringan dengan kemerdekaan negara kita.

Huh...satu jangka masa yang begitu lama melebihi umur aku sendiri. Ini juga bermakna begitu ramai individu yang telah terdidik hasil dari pertandingan ini. Apa dari segi realiti ianya terjadi?
Mungkin ramai yang malas nak menjawab soalan ini kan?

Kalau begitu kita lihat adengan para pelajar dalam pertandingan tersebut yang diadakan pada 28 hingga 29 Julai 2010 yang sempat dirakamkan.





Para peserta sedang mengambil kedudukan masing-masing dalam kategori Pedal car, basikal dan pejalan kaki,


Pertandingan akan dimulakan..para peserta bersiap sedia...


Aikk..ni dah lebih bang Polis..apa bagi no HP..saman jer lah


Bakal pemandu F1 negara 2020.



...apa?..dalam banjir pun mahu saman ke?

Isnin, 26 Julai 2010

Kempen Denggi

Mula-mula tu tengok sekeliling rumah takut-takut ada tempat nyamok bersarang dan bertelur. Tak ada pulak..tapi kalu di petang hari banyak nyamok berkeliaran. Cari punya cari teringat septic tank. Hah..betul..rupa-rupanya kat sini dia orang bertelur.

Dah terlanjur buka tangki najis, aku selongkar semua 'chamber'..(tuu lah… junction dari tandas ke tangki najis)...Masyaallah....ini bagi aku dah kes berat.

Tengok...LIPAS. Bukan main banyaknya, anak ada lipas ..mak ada..nenek ada..hingga tak terbilang.

Apa yang bahayanya dibandingkan dengan nyamok yang boleh membawa maut tu?

Begini ajerlah..kalau lalat hinggat kat makanan sudah tentu jijikkan? Hah...kan sama tu..cuma lipas merayap di waktu malam memasuki segenap pelusuk rumah walau sekecil mana ruang hingga ke tempat simpanan makanan. Hei jijik...kalau tak percaya cuba buat apa yang aku lakukan tu…tengok sendiri.

Selamat mencuba.

Klip Animasi Jaga Kebersihan.


Sabtu, 24 Julai 2010

Motor Second Hand

Biarlah orang kata syok sendiri pun..ni nak mengimbau kenangan lalulah konon. Daripada mengata orang baik aku mengata aku sendiri.

Bermulanya aku pakai motor adalah jenis HONDA CB 100, itu pun mampu beli yang second jer...manalah mampu beli yang baru, gaji ketika tu..alahai cukup untuk hidup orang bujang.




Harga tak ingat, tapi ansuran sambung bayar RM80 sebulan, terpaksalah ikat perut sikit sejak pakai motor tu. Bagi budak-budak sekarang dia orang dah tak jumpa lagi motor ni, dah
lama berkubur. Ketika tu motor ni kebanyakannya milik kerajaan seperti posmen dan kakitangan Talipon. Cerewetnya motor ni starternya pakai bateri, kalau bateri lemah alamat kena tolaklah jawabnya. Akhirnya aku jual..selesai masalah.


Sekitar tahun 80an, model scrambler menjadi kegilaan remaja ketika tu. Sebagai permulaan aku pinjam motor kawan..ini dia...


Pakai motor ni rasa nak tergelak sendiri...motor SUZUKI TR250 Srambler..besar sangat banding dengan aku yang kurus kering, lagi pun motor ni layak untuk penyeludup ayam kerana ia power dan sesuai untuk offroad.

Masih status barang second, aku beli Yamaha Enduro125...harga boleh tahan cuma RM300..baiki habis RM350..cat di bengkel sendiri..siap..woooi, kemana aku bawa mesti ada yang jeling..tak tahulah jeling meluat ke, terliur ke, menyampah ke..apapun aku bahagia.


Inilah motor yang paling aku sayang, pertama suspension jenis monoshock, jadi kalu korner baring pun tak terbaring..kedua, 6 kelajuan..laju wooo, ketiga boleh main banjir kerana dia tinggi..keempat boleh wheeling tapi tidak sampai jadi macam Mat rempit sekarang, aku wheeling pun offroad..tak adalah orang marah.
Dalam dok syok begitu, Mak aku suruh aku kawin..aduhhh..sekali lagi aku terpaksa jual motor kesayanganku ini..memang pun patut sebab perempuan mana boleh membonceng motor begini.

Haa...haaa...haaa.....

Kalu Enduro motor kesayangan, ini adalah motor idaman..yang sekelas dengannya. Harga ketika tu RM3700..mahal woo. Hee..hee.heee pinjam yang adik punya. Manalah tahu kalu isteri suka naik motor ni aku bayar balik. Sedih rasanya, isteri pulak tak berkenan..apa pun aku dapat guna lama jugak..kira OK jugak motor ni.

Masa terus berubah, tapi aku masih tak berubah..masih beli motor second..tak mampu bro. Inilah motor seterusnya.....


HONDA CUP C70..RM800 model tahun 1977. Kenangan gambar..bersama anak sulong Apik.
Anak aku sekarang pun dah besar panjang, tapi dia bangga mempunyai seorang Ayah yang ada komitmen dengan barang second ni..haa...haa...haaa.
Sampai sekarang motor ni masih aku pakai buat ke Masjid. Jangan terkejut RM3000 belum tentu nak jual. Barang antik katakan..penuh nostalgia.


Kalau ada yang minat..aku sambung lagi.....

Khamis, 22 Julai 2010

Copy Paste

Betul juga kata mereka, kalau kita asyik copy paste artikel dari berbagai sumber tambah lagi copy paste lirik lagu macamana n3 kita nak mendapat sambutan. Cubalah cari idea sendiri yang boleh menarik para pembaca meminati blog kita.

Itu kata mereka. Bagi aku yang BM dapat C6 ni macamana nak menghasilkan artikel atau n3 yang baik...bahasa lintang pukang, ejaan tak betul...aku rasa baik tutup ajerlah blog ni.

Ehh..ehh..sayang lagi.

Ini adalah kata-kata hikmat guru aku, walaupun tak sehaluan tapi matlamatnya sama..Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seseorang itu mestilah mempunyai daya kreativiti yang tinggi...inovatif, mengubahsuai kearah yang lebih baik...bijak mengambil peluang dan berani menghadapi risiko.

Ini adalah generasiku, aku rasa mereka lebih kreatif dari aku....










Isnin, 12 Julai 2010

Isra' dan Mikraj

Sempena dengan Isra' Mikraj ni, aku berpeluang mendengar ceramah oleh seorang Ustaz. Apa yang menarik dia menggunakan pendekatan yang lain untuk menarik perhatian ramai.

Diantara pendekatan itu diselitkan video ini......





Moral daripada video ini mengajak kita terutamanya anak-anak jangan abaikan pelajaran, kerana dengan ilmu sahajalah kita akan beroleh kejayaan baik di dunia maupun akhirat...wassalam

Jumaat, 2 Julai 2010

Hukum Musik Dalam Islam

Di sini dipaparkan beberapa fatwa berkaitan hukum muzik didalam Islam.Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru untuk abad ini ialah Al Marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor Al Azhar dalam koleksi Fatwanya, Al Fatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga.

(Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur'an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha' terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A'raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?..... hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara 'amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.

Kesimpulan dan tarjih:

1.Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan
melalaikan dan maksiat

2.Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

3.Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
Nota: Semua Ulama Salafi Wahabi Mengharamkan Nyanyian Yang Beriringan Dengan Muzik. Hanya Yang Dibolehkan Adalah Nyanyian Tampa Muzik Dan Diiringi Rebana Dan yang seumpamanya.

Wallahualam.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template