Memaparkan catatan dengan label Adengan yang tak ingin dilihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adengan yang tak ingin dilihat. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

Kasihanilah Mereka



Inilah penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak yang belum mengenal apa-apa erti kehidupan sebenar, kebuluran, pelarian, penderaan dan kezaliman.

Isnin, 26 April 2010

Cemas Berlebihan

Mengikut kajian, daripada empat kejadian panik yang berlaku disekeliling kita, nisbahnya adalah 3 wanita berbanding lelaki.

Apa lagi kalau wanita itu bekerja. Panik adalah keadaan yang dialami pada setiap orang, kalau ianya datang hanya sekali itu adalah biasa tetapi jika cemas atau panik itu datang berulang dalam kekerapan yang tinggi sehingga mengganggu aktiviti harian, anda harus berwaspada dan seterusnya terjadi gangguan fizikal. Antara lain, mual, tubuh gemetar, pening kepala, konsentrasi dan daya penglihatan terjejas.

Bagaimana ini boleh terjadi, aku ada terbaca : seseorang mengalami kepanikan kerana dirinya mempersepsikan sesuatu secara berlebihan. “Padahal, pada kenyataannya, situasi yang dihadapi belum tentu seburuk yang ia yakini itu,”

Keperibadian seseorang juga turut menentukan muncul atau tidaknya rasa panik. Mereka yang sering berimajinasi berlebihan, berkeperibadian kurang baik atau berpendirian kaku, biasanya lebih terdedah diserang panik, begitu juga mereka yang selalu ingin mengawal terhadap sesuatu.

Selain itu, faktor-faktor dalaman seperti genetik dan kesihatan fizikal turut memain peranan. Mereka yang punya keturunan dalam keluarga yang memiliki situasi ini kemungkinan lebih besar mengalami serangan panik.

JANGAN MENUMPANG KALAU ISTERI ANDA MEMANDU DALAM KEADAAN PANIK BEGINI..

Isnin, 28 Disember 2009

Melencong


Nak update blog pun tadok angin, komputer beronar semace. Ambo gi lah jalan-jalan tapi sungguh tak disangka aku rupanya dah berada di NAGOYA. Kah..kah..tengoklah sendiri Nagoya kat Jepun ke atau kat mana? Nagoya Tektil. Tak kisahlah asal bunyi Jepun jadilah.



Ini Nagoya Tektil Kota Bharu. Yang aku dok ambik gambar ni kerana orang panggil pening kepala kali ke 2, kali pertama rayo baru ni, yang ini kerana anak nak sekolah. Mak ngan anak dok dalam kedai baju aku buat do no jah, biarkan Maknya melayan kerenah Mat Akie nga Arif.


Mama Hagemaru cakap tak payah susah-susah nak masuk Mc D, kita beli ayam sekor kita goreng kat umah, lagi banyak ketul boleh makan . Betulkan Hagemaru. Kah..kah..kah


Kedai BATA ni pun tak payah masuk, Mama Hagemaru kata kat Pasaran Ekonomi lagi berkualiti dan murah....hai Hagemaru


"mama", apa lagi hagemaru ni, " Mama tengok sana ada Parkson Dan Giant kita shoping kat sana", "Ala tak payah lah Hagemaru, Mama sakit lutut ni , tak boleh naik tangga, lain kali aje lah ya"



Tapi yang ini Bapak Hagemaru nak masuk, tapi tengok aje, tak mampu nak beli...keh..keh..keh. Hai Hagemaru.

Dalam usia yang meningkat ini masih lagi minat kat lagu-lagu yang sezaman dengannya , aku rasa tak salahkan? Sorry Abiey..
Lagu ni boleh ke?

Ratuku.

Sabtu, 19 Disember 2009

Peristiwa 6.45pagi 19/12/09 di Stesyen KTMB Seremban

Aku kira perjalananku ini dapat merakamkan kenangan manis atau setidak-tidaknya mengisi 'keboringan' sepanjang cuti sekolah ini. Perjalanan dengan keretapi ini adakalanya suka, adakalanya membosankan tetapi perjalanan yang bermula di Pasir Mas ini sungguh tidak terduga difikiranku begini akhirnya. Aku sempat merakamkan beberapa photo untuk tatapan, akhirnya kubatalkan kerana aku tidak sanggup untuk mengenangkanya entah sampai bila. Ringkasnya begini....Sesampai di Stesyen Seremban aku, Zaidey dan seorang guru bersama anak lelakinya turun dari koc ke platfom, hanya kami berempat sahaja yang turun dari koc di belakang, siibu dihadapan dan sianak yang baru berumur 3 tahun dibelakang. Keretapi hanya berhenti 2 minit sahaja. Ada seorang tua menghisap rokok dilaluan mengganggu kelancaran kami untuk turun. ,.;'[&<~ bengong punya orang tua. Ya Allah.....sianak terjatuh ke landasan, aku, Zaidey terkejut, hendak ditarik tangan budak tak kesampaian, masa semakin suntuk, aku lihat pengibar bendera hendak mengangkat isyarat berjalan, aku kira tak sempat hendak berlari memberitahunya. Dalam situasi sedemikian......subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...Allahuakbar...Zaidey sempat memegang baju dan terus menarik budak ke atas. 20 saat kemudian keretapi terus bergerak......... Tuhan masih menyayangi hambaNya...Aku, Zaidey bersyukur yang amat sangat, tak terkata....sebak, aku fikir kita semua pun begitu...syukur alhamdulillah. Moralnya di sini, kenapa si bapa lambat sangat nak mengambil atau menunggu isteri dan anaknya? Siibu, dukunglah sianak kecil itu, orang tua tu pun satu hal, buat dok. Semuanya adalah gerak geri tuhan belaka. Bagaimana kalau kami berdua tidak ada ketika itu? Hanya Allah yang tahu. Pada saat aku dan Zaidey beredar meninggalkan siibu bersama anaknya, kelibat bapanya masih belum kelihatan. Aku tak tahu apa yang berlaku seterusnya...
(Ketika ini aku sudah pun berada di Kota Bharu, aku bertolak dari Seremban jam 1.00 tgh sampai di rumah pukul 2.00 pagi, sekarang jam 3.30pagi, Aku tidak dapat nak pejamkan mata bila terkenangkan peristiwa itu...)

Ahad, 13 Disember 2009

Wau....keranamu wau.




Kelmarin pergi kat abe Nik, lepas tu pantai seri tujuh, sibongsu tengok kapalterbang polisterin dia nak. Beli boleh tapi 'adengan yang tak ingin dilihat' ialah nak main. Kalu main sekejap taapa, ini tak mahu balik. 'Gayo punya gayo' bolehlah, tapi esok kena mari pulak. Kemana?...pantai yang boleh mandi...wau..pantai Irama, Bachok. Aku bawa wau tu, tapi sampai bukan dia yang main tapi bapaknya, sibongsu lebih suka main air...wau.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template