Ahad, 30 Mei 2010

Kumpulan Les Fentones


v>

Kumpulan Les Fentones merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Lagu yang popular di masa kegemilangan Les Fentones ialah Di Saat Bahagia nyanyian A. Manaf. Pernah merakamkan lagu ke piring hitam dengan penyanyi utamanya A. Karim Jais, Fatimah H. S., A. Manaf, A. Azman, dan M. Ahmad.

. Les-Fentones juga turut mengiringi penyanyi M.Osman. Kumpulan ini pernah muncul dalam filem `Playboy` arahan Noordin Ahmad tahun 1967 keluaran CKF lakonan Noordin Ahmad dan Datin Rosnani Jamil.

M.Ahmad ataupun S.M Ahmad menyanyikan semula lagu 'disaat bahagia' pada pertengahan 80an selepas kebangkitan pop yeh yeh. Penyanyi Karim Jais juga diiringi oleh Les Fentones dengan lagu popularnya Julaidah. Pada konsert Masih Ada yang Sayang beliau sempat menyampaikan 2 lagu bersama The Zurah.

Kemuncak dari itu penyanyi M. Osman merakamkan lagu ke piring hitam dengan iringan oleh band Les Fentones pada tahun 1964 yang kemudian memashurkan nama beliau dengan lagu Suzana dan Kasih Berduka.

Begitu juga Fatimah H.S bersama Les Fentones dengan lagu hit Pengorbanan dan Hati Luka.

Sabtu, 29 Mei 2010

Pop Yeh Yeh Pt.1

Aku rasa nak ubah selera kepada irama Pop Yeh Yeh kerana inilah muzik yang mula-mula aku kenal sejak dilahirkan. Apa tidaknya, masa aku umur 5 tahun irama ini mula diperkenalkan sehingga berumur 11 tahun. Sempatlah aku lihat abang-abang aku dengan gaya pop yeh yeh dengan idola mereka seperti Jefryden, A.Ramlie, J. Sham, A. Halim dan ramai lagi sambil menyanyi lagu kegilaan masing-masing.

Pop yeh-yeh merupakan sebuah genre yang popular di Malaysia, Singapura dan Brunei ketika era 1960-an. Irama pop yeh-yeh menguasai dunia muzik Melayu dari tahun 1965 hingga 1971. Pop yeh-yeh merupakan kesan pengaruh hebat daripada kumpulan British, The Beatles ke atas industri muzik Melayu zaman itu. Malah, istilah pop yeh-yeh diambil daripada judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh.

Pop yeh-yeh boleh dikatakan sebuah genre gabungan. Ia merupakan gabungan irama Melayu klasik dengan rock and roll dan juga R&B.

Sebagai pengenalan aku rasa setakat ini dulu. Selamat mendengar dan tengok-tengoklah slaid tu.

Selasa, 18 Mei 2010

Cerita Lama 2


Kalau kita minat kat seseorang ke , kepada benda ke atau apa-apa pun, pada pandangan kita semua yang dibuat atau apa yang kita pandang semuanya baik dan indah belaka.
Hah...inilah yang terjadi, mungkin pada aku ataupun sapa-sapa...alah mengenai Kumpulan Sweet Charity(SC) ni dia nyanyi lagu apa jenis pun peminat setianya juga turut minat pada hal kalau penyanyi lain nyanyi lagu yang berentak asli ..huh aku rasa tak minat pun.


Aku ingat ketika tu setiap album yang dikeluarkan lagu wajib yang mesti ada ialah lagu joget. Sepanjang yang aku tahu SC tak ada lagu joget dalam albumnya tetapi lagu asli ada dimuatkan dalam album "Penunggu"( silap tolong betulkan).

Satu-satunya kumpulan rock yang menyanyikan lagu asli ialah SC.

Lagu 'Apa khabar Sayang'dengan suara serak-serak basah Ramli Sarip sungguh mendayu
dan menikam kalbu(sorry, ini peminat setia Ramli Sarip/SC)




Jumaat, 14 Mei 2010

Cerita Lama



Sedikit info yang setakat aku dapat bagitahu, itupun google dulu baru dapat.
Dari kiri, Syed Hassan (gemullah) pemain bass .Dalam reunion di Stadium Merdeka 1996, Ramli Sarip memanggilnya " dari Afghanistan, Syed Hassan". Men-introduce anggota lain menyertai SC seperti Wan Ahmad ( tiada dalam gambar) selaku pemain lead guitar kedua.

Ramli Sarip, vokal...melalui album pertama 'teratai' jualan mencecah 50,000 tidak termasuk cetak rompak. Album kedua 'Pelarian' memuatkan lagu hit Kamelia sebuah lagu ciplak Ebiet G. Adi, Musibah, Zakiah dan banyak lagi. Selepas album 'Berita Gempa', Ramli menyanyi solo dengan lagu jikalau berkasih dan seterusnya menjadi komposer kepada beberapa artis seperti Ella, Khaty, Lefthended dan Lovehunter. Ramli sendiri meminati penyanyi rock David Gilmour dari Pink Floyd.

Rosli Mohalim lahir september 1954 adalah pemain lead gitar dan menyertai SC semenjak 1977 bermula dengan bermain bass. Pernah mengiringi Othman Hamzah untuk lagu Gadis Melayu. Beliau merupakan graduate dari Universiti Nanyang Singapura dalam jurusan seni iaitu Universiti yang sama dengan M.Nasir dan S. Amin Shahab. Selepas SC berpecah beliau menubuhkan kumpulan Reeha sehingga 2007. Menyertai reunion 1995 di Singapura dan 1996 di Stadium Merdeka.

Masrom Abd Hamid atau panggilan Yong, joint SC untuk album 'pelarian'1980. Sekali lagi joint SC menggantikan Ahmad Jaafar yang bertugas di Brunai sebagai pemain Keyboard. Meninggalkan SC tahun 1983 bila AJ kembali dari Brunai untuk mengeluarkan album 'Batu'.

Rahman Sarbani, anggota paling tua ketika itu . Lahir 1953. Bersama Ramli sarip menubuhkan Fungky Jewel tahun 1969 dan kemudian menubuhkan SC. Sebagai pemain drum beliau banyak dipengaruhi oleh John Bonham dari Led Zeppelin dan Ian Paice dari Deep Purple,

Tiada dalam gambar, Wan Ahmad selaku pemain kedua lead guitar yang menyertai SC pada tahun 1982.
Ahmad Jaafar (AJ) bersama SC semenjak 1977-1979 sebagai pemain Keyboard dan vokal kedua. Lagu hit beliau 'bagaikan bermimpi' dan 'terharu'.

Konsert pertama Sweet Charity di Kota Bharu pada tahun 1985. Ketika tu Kelantan masih membenarkan Kumpulan Rock mengadakan persembahan. Banyak juga kumpulan -kumpulan lain dan penyanyi solo ke sini. Battle of the Band juga pernah di adakan di sini.
Aku suka dengan kumpulan ini bukan apa, pertama kerana ia merupakan kumpulan rock melayu yang ada klas. Kedua, pemain lead Rosli Mahalim dia punya skill, alamak terangkat!. Ketiga, dia punya rock sesuai dengan citarasa melayu....lagi...dan banyak lagi.
Kemudian itu barulah muncul kumpulan-kumpulan rock lain macam cendawan.

Pada konsert tersebut aku masih ingat kata-kata Papa Rock Ramli Sarip. "Rock memberi kita kesihatan mental dan fizikal", betul ke? dan katanya lagi "Gua hari ni suara ada lari sikit, tadi gua pergi Rantau Panjang makan buah pauh siam (mangga) banyak sangat".

Lagu pilihan aku 'Hilang Gelap Timbul Terang'.
Lagu ini tidak sepopular 'Kamelia', 'Jangan Tunggu Lama-lama', Sejuta Wajah dan yang lain-lain yang selalu kita dengar. Bagiku lagu ini menampakkan kehebatan dari segi vokal dan susunan muzik yang baik, tidak salah aku letakkan sebaris dengan kumpulan dari Barat (bagi naik sikit kita punya muzik).

Mp3 tak dapat google, jadi embed dari youtube. Audio asal lagi best.

Isnin, 10 Mei 2010

Blues Gang

Aku minat kat lagu blues ni masa belajar di KL. Ketika tu tahun awal 80an, ini kira cerita lama la. Masa dok kampung aku tak tahu apa pun tentang blues ni.

Dari segi penampilan aku rasa gaya blues ada daya tarikannya sendiri. Satu-satunya kumpulan blues di Malaysia yang popular ialah Blues Gang. Setiap kali album Blues Gang keluar dipasaran, aku mesti beli punya dan sampai sekarang kaset mereka masih lagi ada dalam simpanan buat kenangan.







Dari kanan sekali Ghani, pemain keyboard & gitar juga ketua, Julian pemain lead gitar, Ito bermain harmonika dan penyanyi, Sheikh Karim kaki pukul (pukul drum daa..) dan penyanyi bersuara emas, Jim Madasami pemain bass dan penyanyi juga pengasas kumpulan ini. Yang sekor lagi tu aku tak kenal.

Aku pilih lagu 'Bunyi Gitar' berentak blues yang lagu asalnya dinyanyikan oleh P.Ramlee


Lagu-lagu lain bolehlah cari sendiri seperti ibu, terkenang, ceritaku , apo nak dikato dan banyak lagi lagu-lagu popular mereka.

Sabtu, 8 Mei 2010

Pada Syurga Diwajahmu

Ada kawan bertanya, pernahkah dengar lagu Nash berjudul Pada Syurga Diwajahmu. Pernah, kenapa?

Sejauh mana? macam tu...Dia kata aku tak menghayatinya, hanya sekadar dengar jer.

Tadi aku cuba menghayati lagu tersebut. Nak menangis dibuatnya.....
apa tidaknya....kau dengarlah dan hayatilah sendiri, baru tahu...Huuk...huuuk...






Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Rupanya baru ku tahu ada juga unsur-unsur jiwang dalam diri ini...rasanya dah rock sangat...apa pun hanya tuhan yang pasti mengerti

Kasih Sayang

Tak tahu mengapa lagu ini menjadi pilihan kali ini. Dalam menyiapkan kerja-kerja yang entah apa-apa, terdengar lagu ini dari Gom player yang sengaja terpasang begitu merdu dan mendayu. Sedap didengar.




Favourite's Group

Kasih Sayang

Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenang
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

( korus )
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

( ulang dari korus )

Remaja patah hati ( 2X )

Jumaat, 7 Mei 2010

Kasihanilah Mereka



Inilah penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak yang belum mengenal apa-apa erti kehidupan sebenar, kebuluran, pelarian, penderaan dan kezaliman.

Rabu, 5 Mei 2010

Rainbow

Terkenang kisah lama bila mendengar lagu ni.
Tahun 1976 masa tingkatan 4 di SMTTrg.

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template