Jumaat, 26 Ogos 2011

Penderaan bermula......

Biasalah menjelang raya......dera mendera perkara biasa.


Pulanglah anak-anakku, jangan biarkan ayah didera begini.


Pertama bersih kawasan yang pernah dikuasai oleh predator.



Macam nak patah pinggang.....


Cukup untuk hari ini.


Siap....Apalah upah yang Makcu nak bagi ni...

Khamis, 25 Ogos 2011

Suatu Ketika...Berbuka di Bangkok

Bersahur di Battambang, berbuka pula di sebuah masjid ditengah-tengah kota Bangkok.  Mungkin masjid utama kerana ianya besar dan ramai jemaahnya.


Alhamdulillah, masih ada orang yang boleh berbahasa melayu bercampur dailek Kelantan dan Kedah. Kagum dengan sikap orang Islam Bangkok dalam menaikkan martabat dan syiar Islam di negara majoriti penganut Buddha itu.


Satu perkara yang menarik perhatianku semasa berbuka di sini.
Mula-mula jemaah berbuka dengan air sirap dan kurma.  Kemudian jemaah dipersilakan naik ke ruang solat untuk solat maghrib berjemaah di tingkat atas.  Selesai solat sekali lagi jemaah di persilakan turun semula untuk menikmati jamuan nasi.
Ketika itu dianggarkan terdapat lebih 100 meja dengan kapasiti 4 orang semeja. Kami 2 meja.


Semangat kerjasama nampaknya dititik beratkan di sini, sebab itu perjalanan majlis ini berjalan lancar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, kata AJK masjid ini.


Seperti kebiasaan di tempat kita, sebaik selesai makan kita akan bersiap seberapa segera untuk solat Isyak dan Terawih tetapi di sini kebanyakkan masijid melengahkan sedikit untuk memberi peluang kepada jemaah beristirehat sekejap.  Aku rasa itulah sebaiknya dalam mencari kesempurnaan dalam ibadat.



Sekali lagi aku berasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana kami di sini dihormati sebagai tetamu mereka walaupun kedatangan kami tidak diundang.




Masjid terletak berdekatan dengan Hotel 

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan di Battambang

Cerita lama....

Battambang sebuah bandar kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar di Malaysia adalah 20 tahun kebelakang.   Misi ketika itu adalah untuk mengagihkan alQuran , pakaian dan sedikit wang sumbangan dermawan dan juga organisasi kepada penduduk miskin di sana.

Perancangan ketika itu berkebetulan menyambut  Ramadhan. Jadi kena bersahur di hotel.  Persiapan menyambut Ramadhan dimulakan dengan sembahyang tarawih yang dilakukan di Lobi hotel . Ini kerana rombongan kita seramai 10 orang tak muat untuk solat dalam bilik hotel.  Walau pun nampak janggal matlamat kita tercapai.
Makanan bersahur disediakan oleh penduduk kampung yang dihantar ke hotel.


Ada satu kenangan yang menarik di sini iaitu lebih kurang pukul 4.00 pagi aku dikejutkan oleh bunyi bising yang datang dari sebelah pagar hotel.  Bising yang teramat.  Apa kerja dia orang ni memekak pagi buta ni.
Laaa.....bunyi muzik keagamaan dari kuil .  Mungkin kejutkan orang ramai untuk sembahyang.  Dah tak boleh tido....bunyi yang berterusan hingga ke pagi.  Tak ada pun yang komplain macam di Pulau Pinang.


Pintu masuk ke Battambang melalui Arangprathet di Thailand dan Poi Pet di Kemboja.


Depan hotel di Battambang


Perkampungan di Battambang

Bersambung......

Rabu, 10 Ogos 2011

Bila Hati Sudah Retak

Puan Sri Saloma pernah menyanyikan lagu ini. Ia menggambarkan tentang sekeping hati yang retak dan tidak boleh ditampal lagi walau dengan gam cap gajah sekali pun.


Begitulah diibaratkan dengan hati Pak Nidus. Semalam retak .....dan hari ini hancur luluh. Kecewa sungguh!!!


Pak Nidus telah menempah sepasang baju melayu berwarna kuning sebagai warna tema Aidil Fitri 2011, kemudian tempah juga dua helai baju melayu berwarna hitam dan putih. Sudah cuba dan rasa segak  apabila berbaju baru..... mundar-mandir di hadapan Makcu. Terangkat jugak apabila bini puji.( Puji baju, bukan puji tuan baju).


Lepas solat Tarawih, Pak Nidus rendam baju-baju itu. Sungguh gembira!! Lepas sahur, pegi tengok baju-baju yang direndam untuk dijemur.  MasyaAllah, SubhanAllah........... Sungguh pilu!!












Baju melayu hitam sudah "menurunkan" warnanya. Habis bertapung2, bertopok2 baju melayu yang berwarna putih dan kuning. Jahatnya Si Hitam ini. ( Oghe Klate kato,  kala dio doh ttakat) .


Adakah sesiapa yang boleh membantu Pak Nidus? Janganlah biarkan hati Pak Nidus yang sudah hancur ini berkecai.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Sambil menyelam....


Sambil bertadarus dengan digital Furqan dapatlah juga meng'update'kan blog yang hampir usang ni.


Ayat yang selalu dibaca apabila tiba bulan Ramadhan iaitu ayat 182 surah Al Baqarah Juz 2.....


Mengikut Tafsir Ibnu Kathir (dipetik dalam Syaamil Alquran)

......Ayat yang berisi perintah untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.....

Puasa mengandungi aspek sosial yang sangat tinggi. Dengan berpuasa seseorang berlatih kepekaan sosial.  Disamping itu puasa bisa membersihkan diri dari hal-hal yang buruk kerana ketika seseorang berpuasa, saluran dalam tubuhnya yang biasa dilewati oleh setan akan semakin menyempit.  Dengan begitu, setan tidak akan leluasa bergerak.  Dengan kata lain, puasa adalah zakat jiwa.
( lebih lanjut lagi lihat tafsir ibnu kathir...)

Sekali sekala jadi ustaz best juga. Jumpa lagi dalam tazkirah yang lain pula.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa


Kelmarin sepupu Makcu memberi cenderahati  berupa  sekeping CD mengenai kelebihan bulan Ramadhan, risalah dan kurma.  Insyaallah aku akan membacanya dan berkongsi apa-apa yang boleh dibuat pedoman untuk kita semua.

Terima kasih Rose Aida.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template