Sabtu, 24 November 2012

Lawatan ke Siam

Lawatan ke Sekolah Krabi World Class.

Walaupun bergambar berlatarbelakang gambar Raja , kita diarah supaya duduk bagi menghormatinya.


Pakaian rasmi sekolah

Bertukar cenderahati

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan telah lama diamalkan di Thailand.  Contohnya kemudahan untuk rakyat seperti jalanraya sememangnya world class.  Sepanjang perjalanan dari Sungai Golok ke Krabi  
ini melalui jalan 4 lorong yang luas tiada lubang atau jalan bertampal dan tiada tol sejak berbelas tahun dulu lagi.
Sekolah yang di lawati ini pun world class dimana terdapat 9 buah diseluruh Thailand.  Pengisiannya memang  ke depan. Guru dan pelajar Islam pun ada.

Lawatan ke Phang Nga..
Sampai di Jeti Koh Panyee



Sebuah sekolah yang unit diatas laut...


Bersama En. Khazi pegawai Pelajaran dan En. Yusoff pegawai Bank. Berlatarbelakang pulau-pulau di tengah laut.  Sebenarnya perkampungan ini terdiri daripada 100 peratus penduduk Islam.  Disini terdapat sebuah sekolah, masjid, mini pos, restoran, dua buah padang bola terapung dan perkampungan. Cuma tanah kubur sahaja tiada di sini. Pengkebumian bila berlaku kematian akan dibawa ke tanah besar. Semasa Tsunami, pulau ini terselamat....alhamdulillah.  Maha besar Allah.





 Pulau James Bond



Selamat tinggal Koh Panyee......

Lawatan ke Phuket


Hotel penginapan Royal Palm, Patong Phuket.


Pantai Patong yang dilanda tsunami setinggi 30 meter.


Bas yang tercantik pernah dilihat.



Bangla street....ramainya orang bangla di sini sehingga jalan pun nama bangla. Berada di sini seperti tinggal di negara orang putih pulak bukannya Thailand.


Sepanjang 2 hari, di sinilah tempat kita makan minum berhampiran masjid ditengah bandar Phuket.

Trang.....perjalanan balik

Singgah di Hatyai...

Sampai di Sungai Golok 9.30 malam.  

Selasa, 23 Oktober 2012

Siam - Hari Pertama

Lawatan ke Siam.


Berkumpul di Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Rombongan seramai 28 orang ini terdiri dari staf SIC dan juga Sungai Kolok School.   Apa yang dibanggakan dengan orang Siam ini adalah ketepatan masa.  Van yang menunggu kami sudah sedia menunggu semenjak 7.00 pagi lagi sedangkan kami sampai hampir jam 9.00.....time Melayu.
Bersama rombongan ini juga konsulat Thai di Kota Bharu dan isteri.



Sepanjang perjalanan......Haadyai.

Emerald Pool.......destinasi pertama kami singgah.  Tak sempat nak menjelajah kawasan ini kerana hujan turun dengan lebat sekali sebaik sahaja kami hendak mula bergerak....




Thai Hotel di Krabi......perjalanan yang memenatkan.


Ahad, 16 September 2012

Kembar

Pejam celik pejam celik tak sedar dah masuk bulan Zulkaedah.   Bermakna dah sebulan blog ini tak dikemaskinikan. 
Info....Bulan Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang.

Mungkin ramai antara kita masih terkenang peristiwa dan kenangan semasa menyambut Syawal lalu.

Bagi Pak Nidus antara kenangan itu ialah bila mana ada orang berkata Pak Nidus ada kembar rupanya.  

Seingat aku dilahirkan sorang jer......bila pulak aku ada kembar.


Ini siapa?.........Haa3....




Dia dilahirkan selepas 9 tahun kelahiranku......



Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya



MAAF ZAHIR BATIN

Ahad, 22 Julai 2012

8 rakaat atau 20

Sambil-sambil menolong Makcu lipat kain Pak Nidus dengar 'tanyalah ustaz'  di TV9.....bila timbul isu nak kerja 8 rakaat atau 20 rakaat solat terawih, masing-masing ada hujahnya.
Kata Ustaz Syed Norhisyam yang penting adalah keikhlasan kita melakukanya.  Sebagai contoh bagi mereka yang melakukan 8 rakaat yang diselangseli dengan tazkirah itu juga ada kelebihannya.  Dan bagi yang melakukan 20 rakaat alasannya kerana sembahyang terawih hanya boleh dilakukan dibulan Ramadhan sahaja, buatlah yang terbanyak.....


Ada pula cerita lain.   Cari masjid yang melakukan 20 rakaat tapi bacaan ekspress dan yang lakukan 8 rakaat katanya ikut sunnah. 
Apa yang penting KEIKHLASAN.




Rabu, 18 Julai 2012

5 Catatan buat Abe,

Selangkah kita cepat
Tuah sepanjang hayat

Sehari kita berusaha
Kejayaan makin dekat dimata

Sepatah kita berkata
Terpamer bahasa ibunda

Sesaat kita alpa
Sesal sepanjang usia


Sekali kita solat
Rindu bertemu Allah terubat

                                                                                                        Pena Mutiara, KL



SELAMAT HARI LAHIR ABE AFIQ

Jumaat, 22 Jun 2012

Tanjung Kurus taada ke?

Besok nak ke Tanjung Gemuk, Port Dickson....


Biar saspen sikit baru best...tak payah google.


Laa....


Wow....boleh berendam.


Tapi tak bawa Makcu....tak bestlah.

Rabu, 20 Jun 2012

Abe, Chik, Ngoh dan Mail

Kasih sayang seorang ibu.....walaupun engkau telah besar panjang peluk cium ibu tetap seperti dulu. Ingatlah ibumu walau pun dimana bumi dipijak.  

Picc

Arau
 

Kerteh
Selamat menempuh alam baru wahai anakku.


......Eh!!, nak kena si Mail ni main pegang-pegang......


Setelah berpuluh-puluh tahun baru berkesempatan masuk pawagam.

Rabu, 30 Mei 2012

Idolaku.......

Walaupun tak dapat melihat lagi aksi beliau di kaca TV namun aku bersyukur kerana idola guitaris tersohor ini telah memilih jalan yang lebih baik untuk dirinya.  
Adat mulut manusia begitulah......perubahan kepada yang lebih baik itu selalunya tidak disenangi oleh sesetengah golongan.



Ahad, 13 Mei 2012

Ibu

Selamat Hari Ibu buat insan bernama ..........


Ibu melahirkan aku ketika berumur 27 tahun........


Ibuku.......





Sabtu, 5 Mei 2012

Perkongsian Ilmu

Jeffrey Lang.....dari Atheis kepada Islam.



.......Jeffrey memiliki tiga anak, dan bukan sesuatu yang pelik jika anaknya memiliki rasa ingin tahu yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari Jeffrey ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Asar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka soalan itu keluar dari mulut anak yang berusia lapan tahun. Saya tahu jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tidak ingin bercerita pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sukar menjelaskan kepada anak kecil. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan memahami, namun ayah akan cuba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu.”

‘Dengar sini anak ayah. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi. Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukuh.

Misalnya, anak ayah tahu yang ibu dan ayah ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.’

‘Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?’ Dia bertanyaku.

‘Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah "disentuh" dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kuat ikatannya, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin rkongsikannya dengan mereka yang ada disekelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian. Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat.

‘Saya faham apa yang ayah maksudkan,’ jawab Jameelah.

Kemudian dia memeluk saya dan berkata, ‘Dan saya sayang sangat kat ayah!’

‘Ayah pun sayang padamu.’

Ahad, 22 April 2012

Sekil dan Skill

Sekil adalah alat untuk mengukur samaada jarak, panjang, tinggi dan sebagainya.  
Sesuailah kalau dikatakan sekil aku dengan budak ni jauh bezanya.  Budak ni kemetut banding dengan aku......haa3.  Ada hati nak ajak aku berlawan bola dengannya.



Skill.......tentulah kemahiran aku dalam 'meniting' bola ni.......haa3.  

Akibat dari aksi ini, sudah 3 hari aku sakit pinggang ........tolooooooggg.

Jumaat, 20 April 2012

Hijau

Nasib yang berwarna hijau.........




Lebih kurang 40 buah .....semuanya rosak.  Hairan juga, jarang-jarang digunakan tapi dah nak kena buang.  Yang berwarna biru tidak pula rosak.  Ni yang aku nak tergelak ni.....kah3.

Yang di luar sana tu, jangan marah yer dengan Lawak Bodoh ni....kah3.



Ahad, 1 April 2012

Kesunyian

Cerita dulu-dulu........

Bila kesunyian melanda, ada yang menemani....
Bukan terkenang, cuma merindui saat itu....
Tidaklah pandai sangat tapi sekadar menghibur....
Sedap....tidak juga.

Jadi, nak menunjuk-nunjuk.....
Bukan...bukan....bukan.
Habis?????
Ku kehilangan cinta 3 dimensi.
Haa...haa...haa.....

Bila nak hantar gitar aku tu.......

Khamis, 29 Mac 2012

Selamat Hari Jadi Yeh



Yeh,  

bila besar nanti jadilah seorang yang beriman,
jadi seorang anak yang soleh,
seorang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara,
juga Yeh menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi hidup ini.

Ingat yer pesan Ayah ni........

semua keluarga kita mendoakan Yeh menjadi seorang yang terbaik.






Ooo.......
inilah hadiah misteri.....jeng..jeng..jeng..



Selamat bermain bola......





Rabu, 28 Mac 2012

Sinar Banar

Perkataan berganda.......nak menunjukkan sesuatu yang melampau dari segi sesuatu sifat.  Sinar banar di sini nak menunjukkan kepala Pak Nidus yang botaknya memancar-mancar sinarnya.   Apakan tidak baru kemarin baru sambut hari jadi Makcu, lusa nak sambut hari jadi Yeh pulak.....mahu tak bersinar kepala aku.


Nak berkiralah tu.......nasib baiklah bulan baru nak timbul, kalau tidak sori morilah.


Aku dari kecil sampai tua, orang panggil kaki bangku.....tak pandai main apa-apa pun kecuali tido.
Mungkin mewarisi bakat adik beradik lain si Yeh ni minatlah juga bersukan.  Jadi untuk hadiah hari jadinya dipaksanya kali ni hadiah yang dipilih sendiri.


OK.....kita pergi beli di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.  
"Bukanlah ayah..... kita ke sini !'


Hah.......al-ikhsaN





Naik kereta keliling desa
Hajat hati ke kampong Kota
Apa ada dalam beg dia
Kalau pandai cubalah teka






Selasa, 27 Mac 2012

Antara Dua Jaman



Aku dan Kenangan..                 
                                         
                                          


Abe,  Jadilah insan yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template