Jumaat, 8 Oktober 2010

Panggilan.

Hallo, assalamualaikum...Pak Nidus ke?...ni Mak Aji....Allo, Pak Nidus ke? ...ni Pok Cik Ud....Hello,...Abe Li nih....

Pak Nidus memang kenal betullah dengan suara-suara dan nama ni. Mereka adalah di antara AJK Khairat Kematian di Mukim Pak Nidus tinggal. Suara ini bermaksud ada kematian di dalam kawasan mereka..Setiap kematian, Persatuan akan menyumbangkan wang sebagai derma khairat sebanyak RM300 samada ahli atau tanggungan yang meninggal dunia.

Tergerak di hati nak buat n3 ni kerana baru semalam Pak Nidus berbincang dengan AJK mengenai duit tunai tiada di tangan. Rupa-rupa hari ni ada dua kematian berlaku. Sebagai Bendahari Pak Nidus ditugaskan menghantar derma khairat kepada mereka yang dalam kedukaan, sekurang-kurangnya derma itu dapat meringankan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Hari Jumaat dan Sabtu, bank tutup. Jadi terpaksa keluarkan wang sendiri dahulu, maklumlah orang kampung tak biasa guna cek. Taapa kerja kebajikan secara sukarela memang kena berkorban.

Teringat blog seorang sahabat Abiey69 mengenai 3 panggilan dari Allah, salah satunya ialah 'panggilan kematian'

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.

Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insya Allah syurga adalah balasannya..’


Apa yang tersurat dan tersirat di fikiran Pak Nidus ialah dalam menguruskan persatuan ini setiap tahun di kawasan khairat Pak Nidus yang tak seluas mana ni berlaku kematian antara 20 hingga 30 orang setahun, bagi Pak Nidus ia adalah jumlah yang besar berbanding ahli yang ada.
Sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas ini, ingat mengingat dalam membuat perkara kebaikan adalah dituntut oleh agama.

Pak Nidus yang telah hampir 30 tahun dalam persatuan ini terasa sangat dengan panggilan Allah yang semakin hampir ini, apa lagi umur pun dah lebih separuh abad...rumah kata pergi, kubur kata mari.

2 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Sedeh la plak baca nie... tapi terima kasih atas peringatan itu Pak Nidus.

nidus2 berkata...

Baguslah Hairil, sama-samalah kita ingat mengingati...berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template