Selasa, 28 Disember 2010

Terbang Bersama

Ni nak jawab soalan Sally dan Makcu B….n3 diganggu kenangan semalam.

Bersama kawan ada juga baiknya dan bersama isteri lagilah baiknya. Betulkan?

Setelah berfikir begitu Pak Nidus pun ubah sedikit minda supaya isteri lebih diutamakan…Macamana Makcu B?

Menyokong jawapan Pak Nidus, di sini bermulanya:

Selama ini tak tahu pulak yang Makcu ni pun suka makan angin….hai.


Sekali bawa nak pergi lagi…Pak Nidus bawa ke Jakarta/Bandung

Bersama Wan Dir, CC dan Boss serta isteri2.


Nah..bawa lagi bersama Yeh ke Kota Kinabalu.


Wah …ini dah lebih. 6 beranak ke Kuching.


Makan tengahari di Kuala Lumpur….Haa…haa…haah.


Kita berhenti di Batam.



Sekadar hiasan...no komen.

Isnin, 27 Disember 2010

Diganggu Kenangan

Semasa membelek-belek album lama, terkenang beberapa peristiwa yang kadang-kadang nak ketawa sendiri dan ada juga terfikir kenapa ini boleh terjadi. Semuanya tidak dirancang, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Semua ini berlaku di negara orang yang ada antaranya tak dapat berkomunikasi dengan jelas atas faktor bahasa. Apa pun peristiwa itu telah berlaku dan kini hanya tinggal kenangan buat renungan dan pengajaran.

Pengalaman kali ini yang berlaku di Airport….

Beijing….tercicir boarding pass (sudah cerita dalam n3 2 minit)


Jordan…..Semasa transit di Amman kita menginap di Hotel Alia. Ketika nak keluar melawat sekitar Amman Pak Nidus tidak dibenarkan keluar dari Hotel disebabkan tiada cop transit. Aduss, terpaksa ke Airport semula untuk bertemu pegawai berkenaan . Kerenah apa tak tahu sehingga jumpa 4-5 pegawai tak juga selesai sampai 3 jam. Sampai naik bengang, balik semula ke Hotel tanpa penyelesaian.

Akhirnya jumpa pengurus Hotel, tak sampai 5 minit selesai. Apa sebenarnya masalah.

Binawe… mamat penjaga pintu pagar Hotel yang memandai-mandai tak benarkan sebab tu pegawai Airport tak tahu dan pengurus Hotel tersenyum termeweh…


Chiang Mai…..Semasa booking tiket dulu tak perasan perbezaan masa Malaysia dan Thailand adalah satu jam kita terdahulu. Semasa penerbangan balik, connection flight ke Kota Bharu hanya berbeza 45 minit. Hah macamana nak berlari dari terminal A/bangsa ke Domestik, urusan pasport dan bagasi lagi. Tak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

Pihak Airport membenarkan Pak Nidus dan seorang rakan mengambil seat Ekspress dimana kita orang pertama naik K/terbang dan orang pertama turun.

Jadi VIP kali ni. Bila semua penumpang naik, kapalterbang berlepas 5 minit lebih awal dan semasa dalam penerbangan pengumuman dibuat oleh Pilot bahawa penerbangan ini berkelajuan 850km/jam.

Tak rasa laju pun tapi bila hampir mendarat pengumuman sekali lagi dibuat bahawa penerbangan ke KL ini tiba 25 minit lebih awal dari jadual.

Alhamdulillah….kerana penumpang VIP semua urusan disegerakan dan kami berdua terus berlari ke kaunter check in .

Laaa….kapalterbang ke KB delay 3 jam. Kwa…kwa…kwaa.

Jumaat, 24 Disember 2010

Kisah Anak Beranak

Kalau nak dikira ada lebih kurang 20 helai. Tadi semasa nak bersiap-siap ke masjid tercari-cari dimana letaknya kain pelikatku yang bewarna cokelat . Bukan taada kain pelikat lain tapi nak matching dengan baju melayu.

Kerana dah lewat jadi pakai je lah mana yang ada.

Dalam masa nak ke kereta baru perasan rupa-rupanya 4 beradik ni yang kebas. Sudahlah dulu seluar kecik aku dia orang juga yang ambil. Mujur tak ambik yang Mama punya. Harulah jawabnya.

Begitu juga dengan motor dan kereta, masing-masing ada hal nak guna. Remote astro hancur dah sekali kerana berebut nak pilih channel kegemaran, ada nak tengok bola, ada nak tengok movie, sibongsu nak tengok katun dan Mama dia nak tengok Bollywood.

Itu baru 5 anak lelaki, tak tahulah bagaimana kalu ada 10.

Rupa-rupanya begitulah agaknya ibubapa kita dulu, macam Pak Nidus ni ada 7 adik beradik lelaki dan 2 perempuan.

Bersabarlah untuk seminggu lagi sebelum dia orang balik ke kampus dan juga asrama.

Masa tu barulah tahu bila tinggal 3 beranak….Heee3.



Kain pelikat masih ada sekerat almari lagi...sapa2 yang datang ke rumah, Pak Nidus bagi satu. Ambil jangan tak ambil.




Tok Mudim



KAMPUNG BAHARU – Meskipun berkhatan kaedah moden di hospital atau klinik semakin meluas tetapi masih ramai yang memilih kaedah tradisional.

Kaedah berkhatan atau bersunat cara tradisional masih popular menyebabkan perkhidmatan tok mudim masih diperlukan walaupun bilangan mereka sudah berkurangan.

A Kadir Mahmud, 62, atau lebih dikenali Haji Hadi ialah salah seorang tok mudim yang masih aktif melakukan khatan dengan kaedah lama ini.

Menurutnya, setakat musim cuti persekolahan hujung tahun ini sahaja lebih kurang 100 orang kanak-kanak berkhatan dengannya.

“Dalam sehari, saya mampu mengkhatankan seramai 70 kanak-kanak tetapi kini saya hanya mampu mengkhatankan setakat 30 orang sahaja. Masa diambil untuk mengkhatankan setiap pelanggan hanya antaralima hingga 10 minit.

“Saya masih mengamalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan batang pisang, pisau lipat tajam dan penyepit. Tanpa bius dan jahitan,” katanya.

Haji Hadi berkata, walaupun tidak dibius tetapi pelanggan tidak berasa sakit kerana dia menggunakan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sakit.

“Ramai yang memilih berkhatan secara tradisional kerana kaedah ini dapat menjadikan bentuk alat sulit yang cantik, kekuatan tenaga batin dan kanak-kanak cepat dewasa (matang).

“Saya akan biarkan darah dari kemaluan keluar dalam tempoh seminit sebelum ‘disekat’. Hikmah keluar darah ini adalah untuk kesihatan kemaluan dan suara kanak-kanak akan berubah bermula lima hingga 12 bulan,” katanya.
(Petikan dari Sinar Harian)

# Bagi yang pernah mengalaminya tentu tersenyum bila membaca berita ini.
Bila dikenang kembali peristiwa itu...aduhh, tolong Mak ..tolong Ayah. Betul, semasa 'potong' tidak sakit umpama digigit semut, tapi bila malam menjelang dan pagi menjelma...Tobat. Apa lagi setiap kali membersih luka dan menyapu ubat..tuhan saja yang tahu...Sakittt. Tempoh untuk sembuh mungkin sebulan atau lebih.
Apapun seperti kata Tok Mudin Haji Hadi...Cantikk.

Rabu, 22 Disember 2010

Sehari di Kota Bharu….

Kebetulan hari ni taada program dan anak-anak semua ada kat rumah, Makcu cadangkan kita orang semua ronda-ronda Kota Bharu. Katanya ada pameran Proton kat Stadium Sultan Muhammad IV , bolehlah tengok model kereta Tuah, Jebat dan seterusnya lagenda Melayu tu.

Sebelum tu kita makan dulu…..

OK…semua setuju untuk menjamu selera di sini.

“Ehhh…ini restoran yang Mazidul datang tuu…” kata si Yeh.

Inilah Restoran Nasi Ulam Cikgu yang tersohor itu.

Memang masa ni, lebih kurang jam 2.00 tiada tempat kosong hingga ada yang berdiri sementara menunggu yang lain selesai makan. Pak Nidus bernasib baik kerana di bangunan satu lagi ada satu keluarga baru saja selesai makan.


Pelayan part time Restoran Cikgu...Che Ngoh and Makcu B.

Menu ringkas je...ikan patin, ikan keli, ayam dan tidak ketinggalan budu dan ulam...


Hidangan untuk 7 beranak.


Kos untuk 8 pinggan nasi, 3 ketul ayam, 3 ekor ikan keli, 1/2 ikan patin, budu+ulam+ikan tawar, sayur lemak dan 2 teko air bandung+sirap.


Wajah kekenyangan


Selesai makan kita bercadang nak ke pameran Proton tapi jalan dalam bandar sesak teruk, jadi kita ubah rancangan ke Mydin hypermarket Kubang Kerian. Juga jalan sesak sehingga perjalanan 7 km mengambil masa hampir 1 jam. Mungkin semua nak membeli belah menjelang sesi persekolahan tak lama lagi.

Badan pun dah rasa penat jam 6.00 terus pulang ke teratak Anjung Selasih kami.

Selasa, 21 Disember 2010

Amalan dan Petua

Dalam usaha menjaga kesihatan pada usia separuh abad ni, banyak amalan dan juga petua-petua yang telah diamalkan selain menjaga kesihatan yang lazim mengikut perubatan sekarang. Ini termasuk juga senaman-senaman yang telah diajar oleh orang-orang tua dulu.

Setelah 20 hingga 30 tahun kemudian baru nampak keberkesanannya. Secara ringkasnya amalan minum air suam semasa bangun dan sebelum tidur, petua semasa makan jangan minum air sebelum selesai makan, amalan membuang air kecil/besar dan banyak lagi.

Senaman ringkas seperti senaman hulubalang, geliat harimau/kucing, regangan dan sebagainya.

Satu lagi amalan yang dapat menghindar dari sakit tulang belakang, buasir, semput, uluran dan sebagainya ialah urut tapak kaki.

Mengurut tapak kaki atau reflexologi merupakan amalan yang sekarang telah dikomersalkan dengan penciptaan alatan moden yang banyak terdapat dipasaran sekarang.

Diantaranya yang Pak Nidus guna:

Pemberian dari kawan


Yang paling mujarab. Nyocoh

Selamat mencuba dengan tanggungan sendiri.

Khamis, 16 Disember 2010

BERSAMAMU......

Setiapkali apabila makan bersila di atas tikar, anak-anak akan bercakap sesama sendiri “macam BERSAMAMU” . Kemiskinan menyebabkan kebanyakan keluarga dalam rancangan BERSAMAMU terbitan TV3 makan bersila tanpa alas.


Sebenarnya bukan kemiskinan yang menyebabkan kita bersila tatkala menjamah hidangan makan malam kerana hanya pada waktu inilah kita semua dapat berkumpul dan makan BERSAMAMU duhai anak-anak…..


Apabila BERSAMAMU, meja berkerusi 6 tidak memadai kerana kita sudah bertujuh sekarang. Bukan ayah tak mampu nak beli meja berkerusi 8 tapi ruang dapur agak sempit.

Seronok jugak apabila dapat BERSAMAMU pada musim cuti sekolah begini, Kamu pun sudah melebihi ketinggian ayah dan makan pun berselera betul. Kita berlumba-lumba untuk “ternak body”.

Nah, tengok! Apa yang ayah beli ketika BERSAMAMU? Makanan ini tidak pernah ayah nikmati semasa ayah diusiamu .



Yang sering dihidangkan adalah…….


Bersyukurlah anak-anak dengan rezeki yang melimpah ruah. Bahagi sama rata, sedap sama merasa.
BERSAMAMU memberi semangat untuk ayah terus berusaha demi membahagiakan kamu dan ibumu.

INGAT: Jika Miasara ada papadom, kamu ada papadus.

Isnin, 13 Disember 2010

Tea O Sedap


Kebetulan dah berada depan note book sambil-sambil minum tea o bersama budak2 di depan TV terus saja jari ini menaip untuk jadikan n3 terbaru. Idea sejak dua mejak ni tak menjadi. Betullah, bukan semua orang dapat menghasilkan nukilan yang indah untuk tatapan semua.

Memadai dengan kebolehan Pak Nidus yang hanya pandai dalam bidang pertukangan tentu hasil persembahan sekeras bahan tukangannya.

Oppps....dah lari dari topik sebenar.

Lepas makan tadi terlintas nak minum tea o. Asyik-asyik tea o uncang, sekali sekala nak minum tea o serbuk.

Biasalah, sendiri minum sendiri buat.....bukan-bukan, memang lepas makan malam Pak Nidus nak suruh Makcu relax, biar kerja-kerja begini Pak Nidus yang buatkan.


Tea yang dibeli semasa ke Cameron hari tu masih belum terusik lagi.


OK...dah siap. Mari anak-anak, minum dulu.


Adusss....tambah lagi satu jug. Sedap betul tea o yang ayah kita buat ni...


Pesanan penaja:// Jangan sekali-kali nak tunjuk pandai kat rumah, baik apa kerja pun. Akibatnya seumur hiduplah kena buat...heee3. Jangan marah Makcu.

Sabtu, 11 Disember 2010

Geram..Letih & .....

Pagi yang terang membolehkan Pak Nidus menjalankan aktiviti kegemaran ‘gateh basikal’ seperti biasa. Lebih kurang jam 8.00 pagi dah mula mengayuh basikal ke destinasi biasa di pinggiran sungai berhampiran Pasaraya Tesco Kota Bharu. Lebih kurang setengah jam mengayuh dengan jarak 6 km , Pak Nidus berhenti rehat sambil membuat senaman ringan dan aktiviti renggangan.

Lebih kurang pukul 9.00 dah mula bersiap untuk pulang melalui jalan yang satu lagi. Memang dah biasa jalan ini memang selesa tetapi entah apa yang tidak kena sampai sahaja di satu tempat yang agak sunyi tetapi keadaan sekitar yang terang tiba-tiba rasa mengantuk yang amat sangat. Pelik betul.

Pak Nidus berhenti mengayuh sambil menyorong basikal, terasa nak tidur di situ juga. Terfikir nak menelefon anak supaya datang ambil dengan motor. Bila difikirkan sebelum ini pernah Pak Nidus tak jumpa jalan balik semasa memancing di bendang waktu siang, ini sudah tentu ada suatu kuasa lain yang cuba ‘ bergurau’.

Yang peliknya sebaik sahaja melepasi ‘kawasan’ tersebut rasa mengantuk terus hilang. Apa lagi, terus pecut basikal sekuat yang boleh.

Ahhhh....

Laluan ditenggelami air paras paha di depan. Adusss.....ini dah kes adegan yang tak ingin dilihat.

Terpaksalah berpatah balik. Nun di depan nampak jalan yang terpaksa dilalui.

Alamak!!!.....jalan ini pun dinaiki air jugak.

Melalui jalan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua. Semakin jauh terpaksa ditempuh.

Heee...geram betul. Jalan yang ini pun tak boleh dilalui kerana ada kerja-kerja penggalian yang sedang dijalankan.

Ahhh tak kisahlah ...sekarang kau naik aku pulak, selama ini aku naik kau.

Apalagi Pak Nidus kena pikul basikal supaya tidak memanjangkan jarak sejauh 5 km kalau ikut jalan yang lain.

Jumaat, 10 Disember 2010

Sejuk

Tengok wiget cuaca ni membuat Pak Nidus tak senang duduk. Hari ni 25° C. Kelmarin cuaca sampai 23° C. Maklumlah musim tengkujuh di Pantai Timur, kadang-kadang tu pagi panas petang hujan. Ada kalanya melarat 2-3 hari.

Pak Nidus adalah jenis spesis yang tak tahan sejuk. . Dengan cuaca sebegini pun mahu dua tiga lapis baju sebagai penahan sejuk. Nak buat kerja pun taada mood, asyik nak tidoo je.

Kedua cuaca begini membantut kerja-kerja yang sepatutnya dapat dibuat dalam keadaan cuaca panas dan kering. Bila cuaca dah OK, baru nak start buat kerja, cuaca berubah hati pulak...nak buat macam mana.

Itulah pencarian sampingan untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Tapi dalam keadaan begini juga membuat Pak Nidus merindui saat-saat keseronokan memancing ikan haruan di bendang. Inilah kemahiran yang diwarisi turun temurun dari orang tua dimana sekarang ini boleh dikatakan jarang benar yang tahu kemahiran ini.

Tapi sampai sekarang batang kail masih di situ...cuaca tak mengizinkan lagi. Kalau hujan betul-betul lebat dan berpanjangan, alamatnya makan ikan daratlah....

Ada satu pekerjaan yang boleh dilakukan tak kira cuaca hujan ke panas .....ini dia.

Tiga perkara ini gerenti Makcu tak akan marah...betul ke?

Lagu Dikir Barat - Ikan Darat.....

Selasa, 7 Disember 2010

Kassim Selamat Jr.

Eksen je tu....
Pak Nidus minat sangat dengan benda begini.

Sebenarnya dalam mengogel tadi terjumpa atau tersengaja mencari video ibu mertuaku. Dapatlah info ini :

...Yang meniupkan solo tenor saxophone utk lagu ini dalam ibu mertuaku ialah Yusoff B.
sumber drpd buku2 biografi P Ramlee serta kredit utk filem Ibu Mertuaku.
Perkara ini tidak disembunyikan P Ramlee cuma ramai peminat yg tidak tahu.
P Ramlee boleh bermain saxophone dan bnyk lg alat muzik termasuk piano ttp tidak semahir bermain biola.
Namun, ramainya penonton yg yakin bahawa P Ramlee yg meniup saxophone itu.
Ini membuktikan betapa hebatnya lakonan seorang Seniman Agung. =)

OK lah kita layan dulu lagu instrumental 'Jeritan Batinku'


Pak Nidus selama ini pun perasan yang tiupan tenor sax adalah oleh P. Ramlee sendiri bukan orang lain. Rupa-rupanya tiupan yang mendayu itu adalah tiupan solo Yusoff B.

Video ni, Pak Nidus tak pasti adakah ia tiupan sebenar Yusoff B atau lakonan semula.


Khamis, 2 Disember 2010

Salah Siapa

Kronologi di sebuah dewan peperiksaan....

Jam menunjukkan kurang lima minit pukul lapan pagi. Ketua pengawas memaklumkan semua calon sila masuk ke dewan peperiksaan. Lihat apa yang ada...tempat duduk calon di bahagian depan masih lagi kosong.

Lihat di luar dewan...
Kelihatan pelajar lelaki masih lagi macam itik pulang petang.

Pukul 8.15 dah ada yang tidur....

Jam 8.20 masih ada lagi calon yang baru masuk dewan

Jam 8.30 tak kira lelaki atau perempuan dah di alam malakut

Apa yang berlaku di bilik sebelah......lagi haru.
Jam baru menunjukkan pukul 8.45 hanya tinggal beberapa calon sahaja walaupun waktu tamat peperiksaan jam 9.15

Bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa, cuma marilah kita renungkan bersama nasib anak bangsa kita kalaulah begini jadinya.

Sedih.....
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template