Khamis, 16 Jun 2011

Bil oh bil



Bagi setengah orang jumlah ini begitu kecil bagi mereka.  Tapi bagi aku yang kerja kais pagi, kais tengahari untuk makan sebulan ni memang besar jumlahnya.

Aku belajar setakat SPM jer...teori-teori Ekonomi ni aku tak pandai.  Apa alasan atau rasionalnya tarif elektrik dinaikkan aku tak tahu.  Yang aku tahu sampai masa due kena bayar, kalau tidak kena potong.

Dulu setiap penggunaan 200KWJ pertama cuma 0.218 seunit
Kemudian penggunaan yang melebihi 400 unit kena bayar 0.286 seunit
Tarif baru aku pun tak reti nak kira sebab banyak sangat sen per unit hinggakan 0.416 seunit

Yang aku tahu perbezaan dari penggunaan biasa melebihi RM 40.00

Barang lain yang telah naik dah tak terhitung tambah lagi bayaran elektrik dan sehari dua lagi mungkin ada barang lain yang akan naik lagi.

".....Alah Pak Nidus ni...negara lain lagi teruk, bersyukurlah hidup di Malaysia ni, negara makmur, aman dan ....."
"Ya..ya..ya... betul...betul...betul."

Isnin, 13 Jun 2011

Musibah Kecil

Jumaat lepas Anjung Selasih ditimpa musibah.  Kepada yang ingin menghulurkan bantuan sekadar yang termampu bolehlah berbuat demikian ke akaun seperti yang tertera.
!@#$%^&*( ******)

Syukur Alhamdulillah...semuanya selamat.  Pada masa kejadian kita sedang bersarapan.  Tanpa hujan, tanpa ribut tiba-tiba bunyi benda jatuh yang kuat mengejutkan Pak Nidus sekeluarga.  Sebatang pokok Kandis dari tanah jiran sebelah terserepih dan menimpa bahagian bilik tidur.  Kerosakan hanya sekeping penutup atap yang pecah.

Terima kasih kepada mereka yang datang menolong.   Setiap kejadian itu ada hikmahnya tersendiri.  Pak Nidus reda.











Jumaat, 10 Jun 2011

Meggi Ketam & Sotong....

Balik dari Ganu singgah kejap kat Cherang Ruku , Pasir Puteh untuk merasa buat kali pertama apa yang dikatakan Meggi Ketam (adik beradik Meggy Z Semut Merah kot).  Sohor serata negeri, jadi nak cuba dan rasa.


OK, ringkaskan cerita......ini dia .

Hah, siap dengan alamat sekali.  Kalau tak jumpa juga boleh tanya Pak Nidus tapi kena belanjalah.



Ketam Nipah yang masih hidup.....boleh pilih.


Model jalan-jalan cari makan...Makcu B.


Sajian Lima Bintang di restoran terpencil.


Cara-caranya....asingkan ketam ke dalam pinggan.


Guna 'playar' khas untuk kopek kulit ketam.


Makanlah kamu sebelum kamu di.......taapa Makcu B belanja.

Selesai makan Makcu B bayar bil untuk 3 hidangan Meggi Ketam + 2 Meggi biasa + Air berjumlah sebanyak yang tersebut iaitu RM 45.00 sahaja.  Lain kali Makcu B boleh belanja lagi.


Sampai rumah ada rezeki dari Bachok....sotong.   Makcu B goreng je buat makan malam.  


Terima kasih kerana sudi menyediakan masakan kesukaanku.

Selasa, 7 Jun 2011

Ratah...Liga Super




Gol-gol yang dihasilkan oleh pasukan pelawat....

Gol pertama

Gol kedua

Gol ketiga

Nasib baiklah aku tak pandai nak komen, kalau tidak banyak juga yang boleh diperkatakan terutama pengulas tu......hee3.  Jenal...Jenal.

Kita jumpa lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 hb  nanti.  Kita pergi tanpa sponsor...kita jual Si Jalak dalam reban tu...haa3.

Ahad, 5 Jun 2011

Dah Siap

Setelah tertangguh seketika projek yang Pak Nidus buat tempoh hari, sekarang dah siap.


Sarang burung Serindit (Budgie)



Yeh kata nak bergambar depan sarang burung....Nah, bergaya bersama bapaknya.

Aduss...Penat betul melayan Si Bongsu ni. Menyiapkan sarangnya satu hal, nak cari burung pun satu hal.  Kalau nak bela burung gred A memang mahal jadi cari yang gred C RM 30 sepasang.
Nak jadika cerita belilah sepasang ,  jantan berwarna biru dan betina warna hijau.  Nasib tak baik tak sampai satu hari Si jantan terlepas, apa lagi menangislah Si Bongsu.  Bila nak beli sebagai ganti tuan punya burung tak nak jual katanya burung sedang menetas (...yang jantan ke menetas? )


Hari ni ada orang yang baik hati memberi percuma seekor budgie jantan...terima kasih Zul.

" Ayoh.... tolong masukkan dalam blog ayoh deh burung Yeh ni"

"Hee3...kalau Yeh tak malu , Ayah boleh masukkan."  ( Budak-budak mana faham...)











Hoo, siap dengan nama burung dan lukisannya sekali.....bagus anak ayah.

Green Wind &; Blue Sky

Rupa-rupanya si Yeh lebih tahu bagaimana nak mengenal yang mana betina yang mana jantan.  Kalau atas paruhnya berwarna biru itu adalah jantan.

Pak Nidus senang je, ikut ilmu Nujum Pak Belalang...kalau yang jantan mesti mengekori yang betina.

Tapi burung yang ini..... yang betina mengekori yang jantan.....kah3.



Sabtu, 4 Jun 2011

Terima Kasih Anakku dan.....

Ayahanda memberi peluang kepada si Tengah bagi mewakili anak-anakku yang lain dalam menyatakan perasaan kamu terhadap ayahanda  di Hari lahir yang ke 51 ini. 

Perasaan itu dilahirkan dengan membuat header bertemakan Hari Lahir ku.  

Terima kasih kerana kamu semua sayangkan ayahanda dan ayahanda bangga mempunyai anak-anak seperti kamu.

Tidak lupa kepada bonda kamu yang selama ini menjadi tonggak di belakang kehidupan kita semua.  Ayahanda  bangga mempunyai isteri seperti bonda kamu ini.

Disebalik pembalut kertas surat khabar lama ini walaupun tidak seberapa namun ayahanda menganggapnya sesuatu yang tinggi dari segi nilainya.  Bukan emas bertimbun, bukan wang berjuta yang dipinta, bagi ayanhanda ini cukup bermakna  sebagai bukti kita masih dalam 
' Satukan diantara hati-hati kami'.



Ayat power isteriku......



Terima kasih semua








Khamis, 2 Jun 2011

Senandung Buruh Kasar


Wahai anak-anakku,
Sanggupkah kamu berpanas, berpeluh seperti ayahmu ini,
Ayah rasa kamu memang tak sanggup,
Penat jerih ayah sudah tempuhi sejak dulu lagi,
Tak terhitung keringat yng menitis,

Ayah bukan seorang jutawan,
Seperti semua orang impikan,
Juga bukan seorang cendikiawan,
Hanya kata-kata keinsafan yang mampu ayah berikan,
Semoga hidupmu nanti lebih baik daripada ayah sekarang,

Pelajaran itu penting,
Dan ayah telah berikan,
Gunalah dengan penuh yakin
Kerana ia membezakan 'kolar' seseorang.













Rabu, 1 Jun 2011

Sesusuan


Ingat tu...Kamu tak boleh kawin.


Kamu tu adik beradik sesusu.....

***Hari ni taada kerja,  jadi hentam apa yang ada...hee3.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template