Khamis, 31 Mac 2011

Maafkan Ayah

Hampir terlupa dek kesibukan seharian yang entah bila ada penghujungnya.....Si Bongsu bertanya bila nak buat n3 harijadinya yang jatuh selang beberapa hari dengan hari jadi makcu.  Maafkan ayah Yeh.
Sambutan tetap berjalan seperti biasa, ada makan-makan dan juga hadiah.  Sebagai kanak-kanak sudah tentu barang permainan tidak boleh dilupakan.

Hmmm....Kenangan datang kembali dah...

Semasa umurku sebaya, tidak pernah ku merasakan begini.  Beruntung kau Yeh dan juga anak-anak sekarang.  Tiba je hari jadi sudah tentu ada hadiah dan juga ucapan.
Sejak dari anak sulong hingga kepada Yeh, setiap kali aku beli permainan untuk mereka aku terlebih dahulu mencubanya kerana nak lepas gian masa budak-budak dulu.  Maafkan ayah ye...

Seronoknya main kereta pusing-pusing...

Tak sedar rupanya si Yeh sedang memerhati,

Hah...nak kena tembak ayoh ni...


 Dapat baju baru, pistol, kereta funfair, tuala mandi, alat tulis, buku cerita dan 
topeng  hidung besar ala-ala Ahmad Nisfu,


Biarkan mereka bergembira, kerana ini ada dunia kanak-kanak...Aku yang tua ini hanya berdoa agar anak-anakku bila besar nanti jadilah orang yang berguna kepada agama, kedua ibubapa, bangsa dan negara.



Rupanya duniamu dan duniaku adalah sama...TIDO

Isnin, 28 Mac 2011

Suatu Masa

Anak bongsu Pak Nidus....si Yeh.

      Ingat lagi zaman aku kecik2 dulu, sekitar tahun awal 70an, diantara permainan semasa kanak-kanak seperti 'golek para, bola katok, dechok, main kereto tolok, chek jeng, main getoh, berambat' dan banyak lagilah kalu nak dibilang.   Itu tak termasuk acara 'polo air' kat sungai....apa pun semua itu sudah pupus ditelan zaman.

        Zaman sekarang, contoh si Yeh di atas dari satu sudut memang ini adalah masa dia.  Aku ingat lagi, masa umur 40an barulah dapat menyentuh komputer dan hingga kini dah 50an baru pandai sikit2. Berbanding si Yeh baru umur 9 tahun dah pandai berinternet. 
      Zon larangan 'terbang' memang telah diisytiharkan, cuma menaruh bimbang takut ianya dicerobohi. Pemantauan 'bangsa-bangsa bersatu' kadang-kadang tersalah pandang, adakala sedikit lalai. Dalam situasi sekarang, bagi yang sudah bergelar bapa apakah langkah terbaik yang boleh kita ambil supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dari kemajuan dunia ini.

Bukan Salah Ibu Mengandung

Sabtu, 26 Mac 2011

Hadiah buat Makcu

Dah jadi tradisi setiap kali hari jadi tak kira siapa diantara kami, sedikit sebanyak mesti ada jamuan dan hadiah. Hari ni hari jadi Makcu yang ke 48, kira tak berahsia lah tu...

Ditakdirkan tahun ni anak-anak tak ada kat rumah, masing-masing di asrama.  Kesian Makcu.  Adalah juga beli kek hari jadi buat Makcu ni.  Semalam sempat beritahu anak-anak supaya mengucapkan selamat pada mama mereka, itupun dua beradik yang besar kat utara je yang dapat berbuat begitu.  

Kagum juga dengan kemajuan teknologi kini, dunia yang luas ini terasa sempit lagi dekat.   
 Ngoh mengucapkan selamat hari jadi denn caranya.


Hadiah hari jadi Makcu yang tak seberapa.




Abe Afiq Syimir pun buat video call dengan mamanya.

Tengahari nanti nak ke Kuala Terengganu....kesian sekali lagi kat Makcu, tak sempat nak jumpa.  Pagi-pagi lagi dia dah keluar bertugas.
  
"Balik nanti Pak Nidus beli Keropok Goter deh".

Isnin, 21 Mac 2011

Buah Dada


Filem retro dari seberang....
Kenapa tajuk sensasi menjadi pilihan. Saja-saja.  Sebuah filem Indo keluaran tahun 1974 ini juga sebuah filem box office.
Aku sendiri pun dah lupa jalan ceritanya, tapi lagu dari tajuk filem ini sampai sekarang aku masih ingat. Filem ini menjadi kontroversi semasa pemilihan pelakonnya iaitu Christine Hakim.  Orangnya cantik, memang layak menjadi heroin filem ini tetapi oleh kerana beliau mempunyai buah dada yang kecil, tak nampah gah ada yang mengatakan tak cukup pakej sebagai heroin. Kesitu pulak perginya. 
Pak Nidus pun masa tu baru berumur 14 tahun, tak faham apa-apa, sekarang  baru faham sedikit.....sedikit je tau.
Masa tu ada juga berangan-angan nak jadi pelakon cilik macam Rano Karno, tapi bila tengok dalam cermin hidung macam pelepah nyior baru sedar diri ini yang tak seberapa.

Kalau macam Pak Nidus ni layak jadi sebagai apa hah?




Binawe

Makcu teringin sangat nak makan 'buah pauh siam' macam orang.....buah manggalah tu.  Tanpa banyak tanya aku terus ke pasar malam Wakaf Che Yeh tak jauh mana dari rumah.  Sekarang memang musim buah pauh siam.  Macam-macam nama ada...."Ini pauh mas itam Pak Chik (bila pulak aku kawin dengan makcik dia? )  Yang ini pulak pauh siku raja ( buahnya memanjang dan tajam macam siku Raja Serama )...hah yang ini pauh samseng, pauh Che Ana."..... dan macam-macam nama aku sendiri pun tak ingat.

"Berapa sekilo?", 3 kilo sepuluh rial.  OK lah, pendapatan hasil  ' menukang kayu' hari ini mampu untuk membayarnya.  Seperti selalunya aku memang tak pandai nak memilih yang mana masak, yang mana boleh terus makan, yang mana kena peram dulu.  Last sekali suruh si Mamat tu yang pilih.

" Dek bagi yang molek-molek deh!"....OK pakcik, beres...kita campur tiga jenis untuk sepuluh rial."
Sampai di rumah berlakulah adegan yang tak ingin dilihat dan didengar.  
"Heh!..Pakmu, buah gapo lagu ni? 
Buah pauh...
Ya lah buah pauh..
Pah tu...
Hah tengok.."


Binawe......patutlah dia pergi ambil disebelah lain, rupa-rupa ni kerja dia orang.  Pamer buah yang elok, bila ada peluang dibagi buah yang macam ni....heee.

Namun begitu rezeki masih ada.

Campuran 3 jenis buah pauh...siku raja, mas hitam dan samseng.

Ahad, 20 Mac 2011

Nasib

Petang tadi saja-saja jalan kat stadium Sultan Muhammad ke IV, tengok suasana menjelang perlawanan Kelantan menentang KL Felda FC.  Kelantan selaku pelawat dan Felda sebagai tuan rumah.  Kutipan hasil jualan tiket melebihi tuan rumah, maklumlah ini perlawanan ke2 timbal balik meskipun berlansung di tempat yang sama.
Tiket sejak  tengahari lagi dah habis tapi nasib menyebelahi Pak Nidus kerana ada penyokong Felda memberi satu tiket percuma, astaka lagi.  Tak percaya....nah ini tiketnya;


Tapi ada syaratnya mesti sokong Felda FC....mana boleh, Pak Nidus ni penyokong tegar The Red Warriors.  Taadalah yang bagi tiket pun penyokong Kelantan juga cuma kerja je dengan Felda.

Tahniah untuk Kelantan kerana berjaya melangkah ke  separuh akhir menentang Selangor.

.....dan tahniah untuk diri sendiri kerana dapat juga menyaksikan perlawanan yang menarik ini biarpun secara tak dirancang.  Dan lagi nasib baik malam ini  kerana dapat bersalam dengan pemain Daudsu Jamaluddin.


Haaa....terlupa satu lagi keputusan sebenar perlawanan;

Kelantan 3 - KL Felda FC 0

Khamis, 17 Mac 2011

Sarapan pagi bersama keluarga 9W2URY In Cyber World

Bukan senang nak dapat peluang bersarapan bersama ahli keluarga seperti ini.  Tambah lagi keluarga yang berpasangan dengan negeri lain. Kalau di hari raya pun terpaksa bergilir ke negeri masing-masing.  Inilah kesempatan terbaik Pak Nidus ambil bersama mereka.  Sarapan pun cuma 'nasi berlauk' je....ada nasi kerabu, lauk ikan, ayam, nasi himpit campur pulut pagi dan kuih muih.  Keluarga ini pun seorang blogger yang selalu Pak Nidus singgah.  Orang yang dimaksudkan ialah  9W2URY In Cyber World.


Orangnya hensem tetapi sedikit pemalu...




Ala kadar sahaja tapi bermakna.



Ahad, 13 Mac 2011

Sejarah Tak Akan Berulang@Jenakaria


Pantang datuk nenek aku kalau nak jadi ahli muzik....aku mahu kamu jadi doktor ke, lawyer atau engineer.
Dulu ayah bercita-cita nak jadi engineer tapi tak kesampaian....angan-angan mengalahkan Mat Jenin.
Glasgow dan Ohio menjadi khayalan destinasi menyambung pelajaran, akhir sekali tukang kayu juga menjadi kenyataan.


Sekarang kamulah yang akan menyambung cita-cita ayah itu.


 Abe dan Ngoh ...cuti semester.

Selasa, 8 Mac 2011

Akhir Sebuah Impian






Tajuk yang tiada   kena mengena dengan diri ini, sekadar mengingat kisah lampau ketika  usia di bangku sekolah menengah rendah.  Sebuah filem muzikal box office Indo tahun 1973 lakonan Emilia Contessa dan Broery Marantika
Teringat ketika itu belum ada lagi video tape mahupun VCD tetapi dialog keseluruhan ceritanya terhafal dengan sendiri dek kerana acap kali mendengarnya melalui piring hitam yang diputarkan oleh abang.
Pada awal tahun 80an RTM telah menyiarkan dalam slot filem Tayangan Minggu Ini dan itulah  baru dapat melihat visualnya.
Lagu dalam filem ini sehingga sekarang masih tidak jemu untuk didengar.


< >>>Belajar mengedit video cut & joint dan terhasil video di atas.

Sabtu, 5 Mac 2011

Nukilan rasa

Buah cempedak sibuah nangka
Daripada tidak baiklah ada....

Lama sudah tidak beradik kakak di laman  maya...tup tup terjumpa satu madah atau kata-kata, tapi bagiku sama sahaja kerana kedua-duanya aku buta.
Manalah aku tahu kalau bertukang kayu tahulah aku.

Ni sajak yang ditulis oleh Azie buat aku tak faham apa dia daerah ungu dan cinta biru.


Maaflah Azie, Pak Nidus sekadar ingin menyelami dunia sajak yang kadang-kadang membuat kita menggunakan imaginasi tersendiri untuk mentafsirkannya.  Adakalanya lain yang ditafsir lain pula maksudnya.
Pak Nidus ni selain itu buta color.....biru atau ungu tak dapat bezakan....hee3.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template