Khamis, 28 April 2011

Hantu Bunga

Cerita hantu juga yang jadi pilihan.

Hantu ini rupa-rupanya berada dekat sangat dengan aku.  Nak kata seram tu tidak pulak...nak kata serabut juga tidak.  Di mana-mana disekitar rumah aku ni pasti akan terserempak dengannya....siang, malam tak kira waktu. 

Sebagai seorang yang pro dalam kerja foto memoto ni sempat juga aku menangkap gambar untuk tuntunan ramai.  Nak dikategori menakutkan ke...cantik ke...hodoh ke  tak tahu lah.  Cubalah lihat sendiri.

 Hah... bermula di sini....



Hantu bunga di kolam.....




.....tiang rumah..

....pagar....

....tepi rumah....


....belakang rumah....


....tepi longkang....


....dan lagi.....


....dan lagi....

lagi...


Pisang emas pasu suasa
Buat makanan anak Garuda
Wahai Makcu jangan terasa
Pak Nidus cuma bergurau senda

Betul ke pantun aku ni......maklumlah pantun situkang kayu.




Khamis, 21 April 2011

Hantu ( Sambungan )

Hantu Mat Gobeng
Orang tua-tua selalu menakut-nakutkan budak dengan mengatakan ..hah, pergilah ada hantu Mat Gobeng tuh.  Macamana rupanya tak terlintas pada fikiran aku  tapi yang nyatanya ia tentu menyeramkan.


Hantu Air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.(sumber google)

Cerita ayah,  pernah terserempak ketika hendak mandi di sungai waktu subuh…seorang perempuan sedang mandi seorang diri, bila ditegur ia menghilang diri.
Cerita dari datuk saudara , pernah berjumpa dengan hantu air ini ketika dia mengambil wuduk di sungai ….tiba-tiba dia melihat dalam kesamaran subuh kelihatan air bewarna hitam.  Bila diperhati betul-betul rupanya rambut yang panjang dari hulu sungai dimana hantu tadi sedang mandi.
Pernah seorang kawan masa kanak-kanak dulu berenang ketengah sungai untuk mendapatkan acak yang hanyut, bila balik ke rumah dia terus demam untuk beberapa hari sehingga terpaksa panggil bomon untuk memulihkannya.


 Hantu Kopek Lanjut

Bunyinya lucu, tapi kalau disebut dengan namanya mahu terkencing.   Arwah ayah  menceritakan hantu ini adalah seorang perempuan yang kopeknya tersangat lanjut.  Kerana malu dengan keadaan ini,  mukanya berpaling kearah belakang.  Biasanya berkeliaran di waktu petang. Paling ditakuti oleh kanak-kanak ketika itu bilamana hantu ini menangkap kita dia akan sorotkan di bawah kopeknya yang lanjut itu.  Dua tiga hari orang kampong cari tentu tak jumpa….hee3 seronok juga kalau begitu ye.  (Kopek = buah dada )

~~~bersambung~~~

Rabu, 20 April 2011

Nama-nama Hantu

Cerita dari arwah ayah yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan berbagai jenis hantu.  Ada setengah cerita nya diceritakan oleh kawan-kawannya.  Masa kecik dulu, arwah dan kawan-kawan hanya berborak diberanda rumah je, tidak macam sekarang mesti dikedai kopi.
Jadi aku banyak jugalah dengar cerita-cerita dia orang.  Cerita hantu akan menjadi tajuk yang mesti diperkatakan. Mungkin untuk menakutkan rakan-rakan yang akan pulang nanti. Dari perbualan mereka itu aku dapat mengingati beberapa jenis hantu.

Hantu Raya



Hantu yang paling popular diperkatakan…Menurut cerita selain dari dapat menyerupai manusia ia juga boleh menakutkan manusia dengan usikan dan jelmaan yang menyeramkan umpamanya melindungi laluan dengan ‘buahnya’ yang besar.  Pokok kayu yang menunduk hingga ke bumi, menabur pasir dan berbagai kerenah lagi.
‘Kebaikan’ membela hantu ini juga untuk menjaga kepentingan tuannya seperti menjaga harta dan ‘pelindung’ keluarga.  Inilah zaman jahiliah masyarakat kita.

Hantu Pari

Baunya yang semerbak. Banyak menyerupai perempuan cantik dan menggoda lelaki hidung belang hingga ke’ bilik tidur’ padahal itu semua hayalan simangsa sahaja dan seterusnya membawa kepada aib diri sendiri selepas diperdayakan oleh iblis ini.
 Awaslah kalau berjumpa perempuan cantik beserta bau yang harum. Anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.

Hantu Bungkus


Nama lain bagi pocong.  Hantu ini biasanya berjalan terhinyut-hinyut,  melompat, bergolek dan ada juga yang melayang.  Pernah diceritakan oleh arwah ayah yang dia sendiri pernah berjumpa sewaktu pulang dari rumah kawan. 
Ceritanya lagi, waktu itu lebih kurang pukul 1.00 tgh malam tak lojik dik akal ada orang sedang mengusung jenazah.  Ayah bertanya sendiri siapa yang mati. Dari ramai-ramai orang akhirnya tinggal 4 orang yang mengusung keranda.  Ayah merasa pelik, belum habis berfikir tak semena-mena tinggal dua orang yang mengusung dan seterusnya tinggal seorang duduk ditengah-tengah keranda dan membawa jenazah ke atas pokok. 

Hah!! Hantu bungkus…ayah terus berlari sekuat hati.
                                                              

  ~~~~bersambung~~~

Ahad, 17 April 2011

Asthalin HFA Inhaler

Hari ni MC....kurang sihat tahap tinggi.
Masih mampu bawa kereta ke klinik.
Tapi klinik kerajaan, nak jimatkan kos.
Klinik taraf pusat kesihatan kecil.
Jimatlah 2-3 hari buat beli nasi berlauk pagi.

Sampai pukul 8.00 pagi rupa-rupanya orang dah ramai.
Kerana penyakitku ini agak serius, dapatlah jumpa HA dulu.
Adusss, kenapa jadi begini.....


Mengikut adatnya, anak-anak yang kena penyakit ni kerana mereka pangkat cucu.
Aku sepatutnya tidak kena..his tak percayalah.
Terpaksa menghadap teropong bagi senang nak bernafas.
5 minit selesai dan selesa.
Pegawai bertugas suruh pula jumpa  Dr bertugas untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ambil ubat dan surat cuti.

Tunggu sampai 3 jam baru dapat jumpa Dr.
maklumlah ramai sangat...sabar je lah.
Kalau klinik swasta gerenti cepat walau pun orang ramai.

Tapi aku puas hati kerana Dr. memeriksa dengan teliti.
Kalau Dr. swasta kerana nak mengejar bilangan pelanggan hanya sekadar tanya penyakit dan bagi ubat.
Terima kasih tuan Dr. atas keperihatinanmu itu.



Banyaknya ubat......


Eh...apa ni Pak Nidus?
Inilah penyakit baru aku.....sepatutnya ini tak terjadi tetapi Dr. yang mengesahkan aku terpaksa pakai benda ni ( memang pun patut,  umur dah melebihi separuh abad ).  Percayalah dalam hidup ini hanya beberapa kali je aku mengidapnya. 

Kata pegawai farmasi yang menunjuk cara penggunaannya kerana ini kali pertama aku dapat."...En. Nidus pakailah bila perlu, lepas tu simpan je lah kalau tak mahu pakai, tapi ingat benda ni boleh membantu En. daripada terus  kojol..."hee3.  Terima kasih semua. 



Selasa, 12 April 2011

Nostalgia Bola



Perlawanan bolasepak antara Kelantan dengan Perak malam ini yang pastinya menarik.  
Semua aktiviti malam ni kena KIV  untuk mengadap TV. Nak mengulas tentang bola ni bukanlah pandai sangat cuma nak ceritakan di sini pengalaman menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Perak pada tahun 1974 di Kota Bharu.


Pada masa tu umur baru 14 tahun.  tiket harga 50 sen je, berseluar pendek, main waktu siang. Stadium Sultan Muhammad belum ada astaka lagi, masih dalam pembinaan. Apa yang menarik nak diceritakan ialah perlawanan pada hari tu pengadilannya berat sebelah, menyebelahi pasukan Perak. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengadil.
Kerana tak tahan dengan kerenah tersebut para penonton secara spontan meluru ke dalam padang beramai-ramai. Pada masa tu ketinggian pagar stadium paras pinggang je.  Suasana sudah terkawal lagi...kelam kabut, perlawanan dihentikan.  Kemarahan penonton  tertumpu ke arah pengadil yang sudah sedia maklum berlari ke bilik persalinan. 
Apa yang berlaku seterusnya tak dapat diketahui kerana Pasukann FRU telah melepaskan gas pemedih mata diseluruh pelusok stadium.  Terkejut dengan keadaan tersebut di mana ramai yang tertiarap ditengah padang menahan kepedihan gas.  Nak keluar stadium pintu masih berkunci, mujurlah pagar kayu tempat pembinaan astaka dapat dirobohkan.  


Dulu...hanya pagar kayu sebelum astaka siap tahun 70an


Semua berlari ke arah bandar, tapi masih kena kesan gas pemedih mata.
Itulah pengalaman pertama merasai kepedihan gas tersebut.  Apa yang berlaku selepas itu tak dapat dipastikan .
Kesan daripada itulah semua stadium diwajibkan membina pagar yang tinggi melepasi paras kepala.  


Kenangan hampir 40 tahun itu masih terlekat lagi dalam ingatan. Semoga perlawanan malam ini dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. 

Selamat menonton.

Isnin, 11 April 2011

Buah Cenerai & Caplong

Carian google


Buah cenerai boleh dimakan tetapi  rasanya memang tak sedap sebab tu semasa kita budak-budak dulu buah ni dibuat 'peluru bedil'.  Bedil pula dibuat dari buluh peleting iaitu sejenis buluh yang batangnya kecil.  Buluh duri boleh juga digunakan tapi batangnya besar dan berat.

Carian google

Sesetengah tempat dipanggil caplong.....Selain dari buah cenerai pelurunya boleh dibuat daripada kertas yang dibasahkan dengan air.  Permainannya macam 'combat'....main perang.  Satu geng jadi jahat dan satu lagi jadi hero.  Kalau peluru dari buah cenerai tertembak dibaju alamatnya baju yang kita pakai habis kena getah buah ini dan takkan tanggal...rosak terus.  Balik rumah, tentu kena marah.  Bagi yang terror buat bedil ni, ia menghasilkan bunyi yang kuat dan laju.  

Rasanya Pak Nidus masuk dalam kategori ni.
Carian google


Teknik membuatnya ada skil tersendiri.  Jarak basi batang gocoh dengan bahagian kedap udara mesti bersesuaian kerana ia akan menghasilkan tekanan yang maksima untuk kelajuan dan bunyi yang kuat.  

***Rasa nak buat bila balik kampung nanti....

Khamis, 7 April 2011

Cynometra Cauliflora




Cynometra Cauliflora

Itu nama saintifik....kalau di kampung aku  orang panggil buah katak puru.
Buah katak puru merupakan sejenis buah dari spesis pokok herba,  kata orang boleh buat ubat darah tinggi. .Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan dengan  rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Pak Nidus memang tak berminat  dengan buah asam macam ni...hee, tak boleh langsung nak letak dalam mulut.  Mungkin kerana itu anak-anak Pak Nidus semuanya lelaki.  Habis kenapa ditanam? Orang tua-tua cakap sebagai tanda kita menduduki sesebuah rumah, tanamlah apa-apa pokok samada kelapa, durian dan sebagainya. Pokok ini emak  yang tolong tanamkan.

Umur pokok ni dah hampir 13 tahun


Sekali pandang memang macam si katak puru...dua kali pandang macam karipap pun ada.
bagi yang berminat rupa tak jadi masalah, rasanya yang masam-masam kelat campur sedikit manis itu yang penting. 
Di tempat lain orang panggil apa ye?


Lompat si katak lompat.................







 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template