Rabu, 20 Oktober 2010

Kampung Boy





Semasa mengemas setor, terjumpa satu kotak photo lama. Bila dibuka terdapat photo-photo tahun 60an dan 70an dalam hitam putih. Rasa nak ketawa dan lucu sekali dengan keadaan dan aksi-aksi bergambar. Maklum aje lah Pak Nidus ni dah separuh abad menjadi penunggu planet ni, macam-macam peristiwa pahit manis telah ditempuhi.

Bila dibandingkan suasana sekarang yang serba moden ni Pak Nidus ketawa sendiri. Masih ingat lagi waktu belajar di kampung yang serba kekurangan dibandingkan dengan asrama di bandar. Kejutan budaya memang tidak dapat dipisahkan. Di situ ku kenal lagu dan irama, bergaya dengan seluar jeans Levis, Amco, Texwood, Lee dan Bell Bottom. Berbaju Grand Slam, Manhattan, Arrow dan Montagut. Berkasut Adidas Rom, Amsterdam dan Clark.

Pertama kali menjejak kaki di asrama Sekolah Menengah Teknik Trengganu tahun 1976 memberi seribu kenangan yang nostagik. Nak buang air menggunakan tandas tidak seperti di kampung pakai hentam dalam semak atau sungai. Lampu, petik ajer suis dah cerah memancar. Mandi, pulas kepala paip tidak payah ke perigi atau sungai. Tidur berlapik tilam dunlop berbanding ‘gelegar’ buluh. Makan berlaukkan ayam dan daging tidak lagi berbudu dengan ikan ‘darat.’.

Boleh dikatakan semuanya berbeza.

Berbanding dengan anak-anak sekarang, celik aje mata dari perut bonda disambut oleh bidan yang comel lote di bangunan yang serba moden. siap air cond lagi berbanding tangan bidan tua menyambut kelahiran di masa lalu. Tiada pampers atau Lactogen melengkapi kelahiran . Itu semua menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

Di situlah bermulanya hidup penuh dengan harapan walaupun sesetengah harapan tinggal harapan. Bercita-cita tinggi menggunung untuk menjadi seorang ‘ engineer’ sandaran Ohio juga Glasgow sebagai angan-angan. Nasib tak menyebelahi hanya menjadi lilin penyuluh kegelapan.

Hai dah nak beremosi nampaknya.

Sebagai akhir kalam Pak Nidus ingin berpesan kepada anak-anak sekalian: Masa belajar adalah masa yang paling indah untuk dikenang. Permulaanmu di situ untuk mencorakkan hidup di hari mendatang. Ayuh usah pandang kebelakang, kejari cita-citamu secara berulang-ulang semoga pesanan Pak Nidus ini sebagai pedoman. Hidup dengan penuh kasih sayang.

Coretan ini juga adalah yang pertama kali ayahanda Pak Nidus titikan buat anakanda Afiq, Azri, Akif, Aidil dan Arif.

Ingat pesanan bonda , tiru semangat ayah jangan ikut perangai ayah...?????

10 ulasan:

marinahunny berkata...

hahahahaa jgn tiru perangai ayah...! hahahamesti nakal nih...

Hairil Rizal berkata...

Sungguh nostalgik Pak Nidus...

Waktu Pak Nidus sudah sekolah di asrama, saya baru dilahirkan.

Sememangnya saya dan generasi muda tidak dapat merasa kepayahan yg dirasa tu.

Mungkin sbb itukah generasi skrg kurang bersyukur? Mungkin...

Tanpa Nama berkata...

wahhh! semua hero malaya! :)

cheqna berkata...

salam
jangan tiru perangai ayah???lalalala
eh..semua hero...jadi menantu boleh???(sambil tutup2muka sebab malu..pang diri sendiri..hahahaha)

Sally berkata...

" Ingat pesanan bonda , tiru semangat ayah jangan ikut perangai ayah...?????"....tersenyum Sally dgn pesanan itu...

Suka tgk keluarga Pak Nidus..kacak2 belaka anakanda Pak Nidus dan Makcu.

nidus2 berkata...

Marina,
Pak Nidus pun tak faham apa maksud yang tersirat oleh makcu, mungkin.....

nidus2 berkata...

Hairil,
Umur je lebih, tapi hati tetap muda..manfaatkan umur sebaik mungkin.Yang lepas biarkanlah, harap anak2 dapat mengerti hasrat ayah & ibu.

nidus2 berkata...

Makdara Terdiva,
Nak bermenantu atau berbisan? Pilihlah mana satu jejaka idaman..

nidus2 berkata...

Cheqna,
Malu konon...
no.1 minat menyanyi macam bapak dia,
no.2 minat gadis cantik macam cheqna,
no.3 minat bolasepak,
no.4 minat jadi ustaz & tahfiz
no.5 seorang yang kreatif macam bapak
dia juga.
Jangan tiru perangai ayah...no komen.

nidus2 berkata...

Sally,
Biasalah perangai ayahnya tu....tiiiidoooo...haaa3.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template