Khamis, 14 Oktober 2010

Jurutebang

Agak susah untuk mendapatkan jurutebang sekarang. Kebanyakan anak-anak muda tidak mahu mewarisi pekerjaan bapa mereka kerana kerjaya sebagai jurutebang agak sukar dan membahayakan. Apabila ditanya kebanyakannya menjawab ‘GAYAT ‘.

O
leh kerana rumah Pak Nidus dikelilingi oleh pokok-pokok maka sering kali bumbung rumah dihujani oleh buah durian, kelapa dan manggis. Masalahnya pokok-pokok ini milik jiran sebelah- menyebelah. Walaupun tuan tanah membenarkan Pak Nidus mengambil buah-buah tersebut tetapi rasa tidak puas hati terhadap tuan tanah dan jiran empunya pokok2 itu menyebabkan “ kalu make pun, nok tele tok gi “. ( Itu dalam bahasa German…kalau makan pun, nak telan tak boleh…). Apa tidaknya….. atap rumah banyak yang serpih, daun2 tak larat nak sapu, buah durian dan manggis memburuk dan busuk dalam pagar kita… lalat, lebah dan semut datang bertamu. Waktu hujan ribut, lagilah takut. Silap2 tumbang pokok kelapa dalam bilik tidur. Dek kerana jiran, Pak Nidus sekeluarga membatukan diri.

Lima tahun dulu…. Pak Nidus pujuk2 tuan pokok kelapa masa minum2 kat kedai kopi. Acapkali memujuk, akhirnya berjaya. Tuan tanah mencari jurutebang dan Pak Nidus yang membayarnya. Jiran yang sorang ni pulak, kerana sayangkan buah durian, kerap memujuk pun tak berhasil.

Hari ini, ketika ini dan saat ini rasa nak lari sekuat hati pergi cari jurutebang kerana tiba2 tuan pokok durian suruh tebang pokok tersebut.

Sebelum Che Munoh berubah fikiran, Pak Nidus nak pergi panggil jurutebang. Di mana ya?

2 ulasan:

Mohamad berkata...

Salam pak..
Sekali baca N3 bapak nie.. macam susah nak cari juruterbang.. tapi kenapa hilangnya "r" tu. Juruterbang pun susah dicari dikalangan orang2 kita bukan saja jurutebang. Pekerjaan ini selain tidak pandai gayat, mesti ada kemahiran jika tidak perkara yang kita tidak mahu itulah yang berlaku.. silap haribulan.. habis. Ok.. pi lah cari jurutebang cepat2 sebelum diubahnya fikiran, tak jadi tebang pulak...

nidus2 berkata...

Salam Cikgu,
Patutlah ari ni nak pakai batik Sarawak, rupanya orang jauh bertandang ke sini.
Ialah cikgu hidup berjiran katakan....mentaliti orang kampung ni lain sikit, mungkin hujung minggu ni Pak Nidus nak cari jurutebang sebab di sini dah nak tiba musim tengkujuh...takut juga.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template