Alhamdulillah…
Itulah ucapan setiap kali bila melihat perkembangan pembinaan masjid baru ni. Tak perlu lagi Pak Nidus sebut di mana lokasinya. Bukan untuk meminta bantuan atau derma, hanya sekadar melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dengan limpah kurniaNya pembinaan masjid yang menelan belanja RM350,000.00 ini hampir mencapai matlamat.
Pembinaan yang bermula pada 5 Julai lalu setelah dirancang pada penghujung tahun lepas oleh Pengerusi dan tuan punya tanah yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan ini.
Dengan kerjasama dari Tuan Imam, Bendahari dan Pak Nidus serta AJK lain sama-sama menggerakkan hasrat dan tujuan yang mulia ini.
Konsep pembinaan adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli jemaah dan koriah kampung merasakan ini adalah masjid kita …sama-sama menyumbang ke arah itu mengikut kadarnya.
Kepentingan politik kepartian diketepikan.
Setakat ini belum ada meminta bantuan secara khusus dari badan-badan tertentu kecuali meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga dermawan yang ingin membuat kebajikan yang berpanjangan hingga ke akhirat.
Jumlah terkumpul setakat ini melebihi ¾ dari kos pembinaan.
Sumbangan yang banyak diterima ialah pada Ramadhan yang lepas sempena bulan yang penuh dengan keberkatan.
Kapasiti dianggarkan 200 jemaah untuk satu ketika dan terdapat dua tingkat iaitu perempuan di tingkat atas dan lelaki di tingkat bawah.
Insyaallah jika ada bantuan yang difikirkan perlu untuk memohon sumbangan, Pak Nidus akan beritahu untuk sama-sama melabur dalam saham akhirat ini.
Masjid lama yang akan dirobohkan setelah siap masjid baru yang lebih selesa dan luas.
Gambaran masjid baru bila siap nanti.
20 ulasan:
SALAM,
TAHNIAH ATAS KERJA KEBAJIKAN YANG DIJALANKAN OLEH PAK NIDUS. AMAT BESAR GANJARANNYA, INSYALLAH !
Suka ayat ini ..
Kepentingan politik kepartian diketepikan.
Selamat berjihad ! moga usaha murni ini dapat dinikmati oleh semua orang .
semoga ramai la ore g masjid... buke koho sikit!
Salam,
Terima kasih atas sokongan Dato'. Bertambah semangat Pak Nidus...insyaallah dalam masa terdekat cukuplah bajet tu. Sama2 kita doakan..
Linda,
Sebab tu orang bulan, orang bintang, orang matahari semuanya dapat berjemaah bersama di sini.
Linda pun tahukan Pak Nidus ni disebelah mana....
Emat,
Pok Din la ni jadi Tok Siak doh, jon apa tika di sejid.
Royat ko abah tuh.... Heee3.
de ko wat rayo aji???
Tok de, kalu ore Kle hulur pitih muking de....
bakpo tutup no acc tu... bui la ore laen tngok. Buke nok mitok duit ore, cumo nok bui che ore laen melabur sahe akhirat tu getek...
ko lagu mano??
Nati ado oghe tanyo, kito tulih smula.
salam hormat pak nidus :), tak recyclekah masjid lama untuk memori indah-indah.... mmg nak buat full renovation ek? sbb guna tapak yg sama , ya ?
Salam Mak su,
Kita bina baru disebelah masjid lama.
Aircond jer kita ambik yang lain kira hapus...Insyaallah dengan semangat muafakat membawa berkat, masjid baru dijangka siap awal tahun hadapan.
Salam,
Tahniah kat PakNidus
Semoga usaha ini mendapat rahmat dan keberkatan. Kira sedekah laaa..
Cantik design masjid baru tu Pak Nidus.
Inilah dalam realitinya 'membina masjid'.. bukan 'membina masjid' yg lagi satu tu. Hehe!
Ikan Emas,
Begitulah hendaknya...Pak Nidus harta tiada, rupa paras tak seberapa..hanya itulah yang terdaya.
Hairil, ini adalah last warning yang terakhir...bina masjid satu lagi...jangan kuat2, nanti dengar kat makcu, habislah Pak Nidus...heee3.
sedih oh masjid lamo nk kena proboh...jak kecik pah besa duk smaye, mngaji quran situ...uhuk2
salam..
alhamdulillah..ramai
yang nak menyumbang kalau bab
bina masjid ni..semakin baik dah kesedaran masyarakat kita sekarang..
Salam Abdul,
Kalau ingin perubahan kita kena sanggup berkorban.
Salam kembali En Zul,
Begitulah hendaknya. Amalan yang baik itu hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Catat Ulasan