Rabu, 22 September 2010

Passionate of Love


Sebelumnya dikenali sebagai Pantai Passionate of Love atau Pantai Cinta Berahi. Nama itu kemudian diubah menjadi Pantai Cahaya Bulan yang bermaksud "Moonlight Beach".
Teringat diwaktu kanak-kanak PCB dikenali juga sebagai Pantai Semut Api kerana ia terletak di kampung ini.. Dibatasi oleh alunan ombak dan lambaian pohon nyior, menyediakan tempat yang ideal untuk berkelah, berkhemah dan relaksasi. Ini merupakan tempat yang sempurna untuk dunia bersantai dan menenangkan minda untuk seketika.
Pagi tadi serombongan pelajar dari Maktab Sultan Ismail datang untuk merelak minda menjelang PMR selama 2 hari 1 malam di Perdana Beach Resort.

Pantai ini membentang sekitar 1.2km jelas merupakan daya tarikan yang popular di kalangan warga tempatan dan pelancong luar untuk mandi dan berjemur di bawah matahari dan menghargai ketenangan yang ditawarkan oleh keindahan alam Pantai Timur. Kelimpahan kedai seni, kraf dan budaya menghiasi jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan menambahkan lagi keunikan negeriku ini.

Kesempatan ini Pak Nidus abadikan dengan gejet e72 seadanya untuk tatapan kita semua.










8 ulasan:

ab@h_Izz berkata...

nice place...menarik & tertarik...bilela nk gi KB lagi...

TokNabe berkata...

Salam Pak Nidus, Lama sy tak menjenguk PCB ni. Dulu seingat sy kalau balik kg pasti sy ke sana sbb nak perkena seafood goreng tu.

nidus2 berkata...

Marilah belako....ambo belanjo, tapi hok Tok Nabe tok ghok ambo...colek buleh, ko guano abah_izz

marinahunny berkata...

pernah pegi PCB ms zmn muda2 dulu..makan kat tepi pantai tu..

Hairil Rizal berkata...

Lama sungguh tak ke sana Pak Nidus. Kali terakhir masa umur 13 tahun. Skrg dah umur 34 tahun!

nidus2 berkata...

Pak Nidus menunggu kedatangan teruna dara dari Trg dan KL ke sini. Mungkin tempat kamu bermain dulu sudah tiada tenggelam ditelan ombak. Datanglah.

zulkbo berkata...

Salam hari jumaaat mubarak..
moga anda sihat sekeluarga..
mwnarik gambar pemandangan
tu..sejuk mata memandang


جزاك اللهُ خيراً

nidus2 berkata...

Tempat yang sesuai untuk rehat minda....datnglah ke sini, Pak Nidus sedia menanti.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template