Isnin, 27 September 2010

Raya Peringkat SIC

Sambutan Hari Raya peringkat SIC disambut meriah setiap tahun. Main menu ialah laksa Kelantan atau laksa kuah lemak. Pada masa dulu orang kata kalau nak bagi sedap kuahnya, masukkan belut sebagai salah satu ramuannya. Memang sedap pun bagi yang suka...tapi kena fikir juga bagi yang tak boleh makan. Sebab tu sekarang taada lagi...

Selain tu ada macam2 kuih dan juga buah-buahan...satu yang sedap bagi Pak Nidus ialah 'tapir beras'...tapi awas, silap hari bulan jadi penghuni tandaslah jawabnya...cerah perut.

Sempat juga Pak Nidus rakamkan gambar (guna hp jer)....





Bersama Cikgu Reza...Guru bahasa Nippon. Handsome orangnya.
















Sebahagian dari guru-guru perempuan yang sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya bersama pelajar SIC.








Suasana dalam Dewan.....muzik iringan oleh pelajar kelas muzik SIC.

Apa yang pasti, Pak Nidus hanya sempat memakai 3 kali sahaja baju raya ni (baju melayu) iaitu hari raya puasa...kedua, majllis sambutan hari raya dan hari raya haji. Lepas tu terpaksa simpan untuk anak-anak lelaki ku...undang-undang DO RE MI.

10 ulasan:

Mankuchai berkata...

Salam Pak Nidus

Tertarik dengan laksa kuah lemak,sama kut dengan laksa pahang kuah lemak juga.

Ain berkata...

laksa kuah belut??? oh tidakkkkk!!!

ikan keli ain makan, tapi kalau belut geliiiii.....

abah_izz berkata...

Laksa kelantan ngan Laksam sama je kan?...

'tapir beras' macammaner ye?...1st time dengar ni

nidus2 berkata...

Man,
Pak Nidus kurang pasti tu, mungkin sama kot...pantai timur mali.

nidus2 berkata...

Ain,
Orghe Ganu wat geli dih...sup belut sedap...ike haruan (wan) lebih kurang nga belut.
Bila nat maghi Kelate?

nidus2 berkata...

abah_izz,
Laksam dia gulung macam batang buruk, tapi kuah sama.
Tapir = Tapai
Yang selebihnya Pak Nidus pun kurang arif cuma pandai makan jer...haaa3.

luahfikiran berkata...

SALAM,
HEBAT NAMPAKNYA ! MENYANYI PULAK TU ! DAPAT BERKUMPUL BERSAMA DENGAN PELAJAR2 NI MEMANG SERONOK. TAMBAH PULA ADA LAKSA KELANTAN ! LF TAK PERNAH MAKAN BELUT.

Emat Azmi berkata...

nyanyi lagu gapo tue??

nidus2 berkata...

LF,
Belut banyak khasiat terutama untuk kaum Adam. Sup belut no.1 (sori LF, terlewat komen)

nidus2 berkata...

Emat,
Lagu favorit Pok Din gat..Kamelia lah.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template