Khamis, 30 September 2010

Makcu oh Makcu...

Dah dua hari Pak Nidus dua beranak makan nasi bungkus. Sejak Makcu bersama staf pejabatnya ke Penang dan Cameron Highland kerana lawatan ‘penanda aras’ terasa sangat ketiadaannya . Baru tahu betapa perlunya seorang isteri disamping suami…

Alah bukanlah Pak Nidus ni emosi sangat cuma ada kalanya untuk menghadapi suasana kelam kabut ni nak mandikan si bongsu waktu pagi, nak sediakan sarapan , nak gosok baju, itu…ini…dan macam2 adegan yang tak ingin dilihat…

Lepas tu hantar ke sekolah…tengahari pergi ambik…beli nasi lagi…balik temankan dia mandi…cari baju salinan….(maaf yer makcu, tak sempat nak hantar sibongsu ke kelas fardhu Ain..heeee3)

Bak malam lagi haru, keluar makan …perjalanan balik si bongsu dah tertidur atas kereta…kena angkat pulak…atur kencing lagi dan……..huk..huk..huk….yang tak tahannya tidur bersama bantal peluk.

Kunci jam…tambah lagi dengan alarm henpon takut tak terjaga nak kerja besok tapi tak juga terlelap teringat……

Pulanglah Makcu.



6 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Betul benar kan bahawa bila sesuatu itu akan lebih dihargai bila tiada di depan mata?

Sabar ye Pak Nidus. Pak Nidus boleh punya. Cuma perlukan keyakinan extra sikit aje tu.

:)

nidus2 berkata...

Hari ni Makcu balik....boleh relax.
Sekali sekala menguji keyakinan dan kebolehan diri....Pak Nidus boleh.

LiNda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LiNda berkata...

Salam ,

alahaiii...
sekejap jek makcu takde
bukan lama pun..

Bab malam,
kena peluk bantal
takleh nak nolong ..

hehehe

nidus2 berkata...

La..la..laa,

Makcu dah balik Linda, nak suruh anak main jauh-jauh...

mamakembar3 berkata...

tahniah Pak Nidus sbb berjaya harungi 2 hari tu dgn jayanya hehehe... kalau time Makcu ada pun Pak Nidus tolong dia buat keja umah... sure dia bertambah tambah sayang hehehe :-)

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template