Khamis, 2 September 2010

Pakaian Raya

Menjelangnya Hari Raya bermacam suasana dapat dirasakan. Yang suka, gembira, bersedih, berduka dan sebagainya. Sebagai orang lama yang banyak merasai detik Raya ni, Pak Nidus telah mengalami banyak suasana yang disebutkan tadi. Pernah Pak Nidus tak merasai pakaian baru dek kesusahan hidup masa tu..adakalanya berhari raya dengan uniform sekolah. Tapi kita tidak banyak kerenah kerana ketika itu kita tau setakat mana kemampuan mok dan pok kita. Kalau ada yang sudi memberi pakaian terpakai waktu itu..... gembiranya tidak terkira.

Hari ni Makcu bawa pulang pakaian bundle yang diberi rakan untuk diagihkan kpd yang memerlukan. Terdetik satu perasaan di hati Pak Nidus untuk memakai pakaian ini.

Nostalgia zaman kanak-kanak, melaram dengan pakian terpakai sebelum pakaian ini diserahkan kepada yang memerlukan.

Adusssss, tergelak besar Makcu.



"Ini sesuai untuk pakaian mandi Pakcu"


" Yang ini apa macam...cantik tak?"

SELAMAT HARI RAYO

6 ulasan:

marinahunny berkata...

selamat hari raya pak nidus..

arezura berkata...

selamat hari rayoo...

nidus2 berkata...

Jangan ucap rayo lagi Marina & Arezura...uhuuuk..hiba rasa Pak Nidus. Selamat Hari Raya untuk kamu juga.

hani@debumelukut berkata...

boleh tukar profesyen ni..jadi model sambilan lahhh..Hehehee...

nidus2 berkata...

Kak Ni...napoknyo keno mitok lagi nga Sheila. Color pink pulok...heee3

marinahunny berkata...

hahaha xpela, kurang seminggu lagi mau raya kan..hahaha

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template