Sabtu, 4 September 2010

Kalut

Pukul 4.35 pagi aku dikejutkan dengan suara cemas. Mimpikah? Bidadari dtg bersama Lailatulqadar?

Badan digoncang-goncang. Suara “emas” ni Pak Nidus kenal. “Bangunla pokmu wei..... gas habis!” Makcu dahpun telefon kedai runcit pembekal gas ke rumah kami, dia pun kehabisan stok, Pak Nidus plk telefon kedai runcit “darurat” tapi gas tak dok jgk. Helo Kedai Midi, telefon tak diangkat. Sudoh kijo dohla.... Pak Nidus terus keluar dari rumah mencari kedai gas yang tidak dikenalpasti. Kelihatan rumah Allah di sepanjang jalan terang- benderang kerana jemaah mencari Lailatulqadar dan bekalan akhirat sedangkan Pak Nidus mencari bekalan dunia (Tak dok bekalan dunia ni.... tak leh nak wat bekalan akhirat, tak makan.... letih nak wat ibadat nanti, sian anok2 yg kebulur).

Apabila Pak Nidus balik bersama tong gas sebahagian makanan sudah dimasak. Aaiikk? Magic! Rupa2nya Makcu gi masak umoh mek yang tak jauh dari rumah kami, bukan masak apa pun... telur dadar goreng dan ayam goreng bodo. Mek bagi air panas satu thermos. Nasi Makcu dah tanak jam 11.00 mlm tadi. Makcu minta sambungkan gas utk panaskan kuah.

MasyaAllah.....kepala tong gas pulak rosak, apabila dibukak...ssssssssuspp... keluar gas, ruang dapur dipenuhi dengan bau gas yang mengancam jantung. Tak payah panaskanlah, tolong buat air nescefe kaw. Pak Nidus akur. Jam dah 5.20, Pak Nidus terjah bilik-bilik anak dan kawan anak dari Muar, Johor sementara Makcu hidangkan makanan.

Dalam kekalutan begitu..... Pak Nidus tengok Makcu senyum kerana sepanjang sahur, hari inilah Pak Nidus bangun membantu. Kebiasaannya Pak Nidus dan anak-anak bangun makan aje makanan yang siap terhidang. Alhamdulillah....Selamat Bersahur.


8 ulasan:

Granny Hani berkata...

adoii...entry yg buat saya tersenyum sorang2..

nidus2 berkata...

Dapat pahala jika boleh membuatkan orang tersenyum atau ketawa.

Kakcik Seroja berkata...

Salam Pak Nidus..

agaknya dalam 30 malam.. hanya semalam sahaja Pak Nidus tolong Makcu, ya??? Hehehe... Suami kakcik pun selalunya, kakcik kejutkan bila makanan dah terhidang.. :)

hazeleyed lady berkata...

hahaha...besar pahala lah pak Nidus hari ni...bantu makcu

Syukur Allah permudahkan juga keluarga Pak Nidus..dapat jiran yang baik hati.
Semuga sentiasa diberkati Allah...Amin

nidus2 berkata...

Kakcik ; lebam mata Pak Nidus kena pukulan K.O dari Kakcik..

Hazeleyedlady ; Besar gunung pahala tau!...Mek tu ialah makcu punya mak laa...mak mentua daa.

Tanpa Nama berkata...

pentingnya peranan seorang isteri (^_^)... ~

marinahunny berkata...

hahaha ada jugak ayam goreng bodo..hahaha

nidus2 berkata...

manje, Pak Nidus berterimo kasih sokmo doh ko bini.

Marina, kalu tak silap Pak Nidus, ayam goreng bodo tu... buat mcm goreng daging, potong ayam kecik2.

September 6, 2010 11:00 PM

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template