Jumaat, 24 Disember 2010

Tok Mudim



KAMPUNG BAHARU – Meskipun berkhatan kaedah moden di hospital atau klinik semakin meluas tetapi masih ramai yang memilih kaedah tradisional.

Kaedah berkhatan atau bersunat cara tradisional masih popular menyebabkan perkhidmatan tok mudim masih diperlukan walaupun bilangan mereka sudah berkurangan.

A Kadir Mahmud, 62, atau lebih dikenali Haji Hadi ialah salah seorang tok mudim yang masih aktif melakukan khatan dengan kaedah lama ini.

Menurutnya, setakat musim cuti persekolahan hujung tahun ini sahaja lebih kurang 100 orang kanak-kanak berkhatan dengannya.

“Dalam sehari, saya mampu mengkhatankan seramai 70 kanak-kanak tetapi kini saya hanya mampu mengkhatankan setakat 30 orang sahaja. Masa diambil untuk mengkhatankan setiap pelanggan hanya antaralima hingga 10 minit.

“Saya masih mengamalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan batang pisang, pisau lipat tajam dan penyepit. Tanpa bius dan jahitan,” katanya.

Haji Hadi berkata, walaupun tidak dibius tetapi pelanggan tidak berasa sakit kerana dia menggunakan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sakit.

“Ramai yang memilih berkhatan secara tradisional kerana kaedah ini dapat menjadikan bentuk alat sulit yang cantik, kekuatan tenaga batin dan kanak-kanak cepat dewasa (matang).

“Saya akan biarkan darah dari kemaluan keluar dalam tempoh seminit sebelum ‘disekat’. Hikmah keluar darah ini adalah untuk kesihatan kemaluan dan suara kanak-kanak akan berubah bermula lima hingga 12 bulan,” katanya.
(Petikan dari Sinar Harian)

# Bagi yang pernah mengalaminya tentu tersenyum bila membaca berita ini.
Bila dikenang kembali peristiwa itu...aduhh, tolong Mak ..tolong Ayah. Betul, semasa 'potong' tidak sakit umpama digigit semut, tapi bila malam menjelang dan pagi menjelma...Tobat. Apa lagi setiap kali membersih luka dan menyapu ubat..tuhan saja yang tahu...Sakittt. Tempoh untuk sembuh mungkin sebulan atau lebih.
Apapun seperti kata Tok Mudin Haji Hadi...Cantikk.

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Teringat adik kakcik dulu meraung dan halau semua orang dari atas rumah waktu nak dikhatankan secara tradisional itu! ;-)

nidus2 berkata...

Kakcik,
Dulu tengok muka Tok Mudim pun dah seram.

Terima kasih TM kerana kualitinya.....

Tanpa Nama berkata...

salam...

adik2 lelaki kita ckp ms abis bius tu rs mcm nk pgsan... hehe ~

nidus2 berkata...

Manje,
Tradisi punya style lagilah saaakitt...

purpleberry berkata...

jika ada sebarang cara untuk menghubungi encin a kadir mahmud atau anda ada no talifon sila tinggalkan pesanan.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template