Isnin, 27 Disember 2010

Diganggu Kenangan

Semasa membelek-belek album lama, terkenang beberapa peristiwa yang kadang-kadang nak ketawa sendiri dan ada juga terfikir kenapa ini boleh terjadi. Semuanya tidak dirancang, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Semua ini berlaku di negara orang yang ada antaranya tak dapat berkomunikasi dengan jelas atas faktor bahasa. Apa pun peristiwa itu telah berlaku dan kini hanya tinggal kenangan buat renungan dan pengajaran.

Pengalaman kali ini yang berlaku di Airport….

Beijing….tercicir boarding pass (sudah cerita dalam n3 2 minit)


Jordan…..Semasa transit di Amman kita menginap di Hotel Alia. Ketika nak keluar melawat sekitar Amman Pak Nidus tidak dibenarkan keluar dari Hotel disebabkan tiada cop transit. Aduss, terpaksa ke Airport semula untuk bertemu pegawai berkenaan . Kerenah apa tak tahu sehingga jumpa 4-5 pegawai tak juga selesai sampai 3 jam. Sampai naik bengang, balik semula ke Hotel tanpa penyelesaian.

Akhirnya jumpa pengurus Hotel, tak sampai 5 minit selesai. Apa sebenarnya masalah.

Binawe… mamat penjaga pintu pagar Hotel yang memandai-mandai tak benarkan sebab tu pegawai Airport tak tahu dan pengurus Hotel tersenyum termeweh…


Chiang Mai…..Semasa booking tiket dulu tak perasan perbezaan masa Malaysia dan Thailand adalah satu jam kita terdahulu. Semasa penerbangan balik, connection flight ke Kota Bharu hanya berbeza 45 minit. Hah macamana nak berlari dari terminal A/bangsa ke Domestik, urusan pasport dan bagasi lagi. Tak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

Pihak Airport membenarkan Pak Nidus dan seorang rakan mengambil seat Ekspress dimana kita orang pertama naik K/terbang dan orang pertama turun.

Jadi VIP kali ni. Bila semua penumpang naik, kapalterbang berlepas 5 minit lebih awal dan semasa dalam penerbangan pengumuman dibuat oleh Pilot bahawa penerbangan ini berkelajuan 850km/jam.

Tak rasa laju pun tapi bila hampir mendarat pengumuman sekali lagi dibuat bahawa penerbangan ke KL ini tiba 25 minit lebih awal dari jadual.

Alhamdulillah….kerana penumpang VIP semua urusan disegerakan dan kami berdua terus berlari ke kaunter check in .

Laaa….kapalterbang ke KB delay 3 jam. Kwa…kwa…kwaa.

6 ulasan:

Makcu B berkata...

Masa ni kuat sangat ke luar negara dgn kekawan. Tuhan suruh bawak anak bini jugak. Baru selamat....

sally berkata...

(angkat tangan sambil nak tanya soalan ni...) kenapa Pak Nidus asyik2 berjln dgn rakan2 ? Kasuhan sama Mak Cu B..;P

luahfikiran berkata...

SALAM,
ADA HIKMAHNYA SETIAP YANG BERLAKU. SERONOK MEMBACA N3 INI

nidus2 berkata...

Makcu B dan Sally nanti Pak Nidus jawab sat lagi no...hee3.

Salam Dato'
Pak Nidus lama tak berkunjung ke blog Dato'.... salah satunya mesti bawa orang rumah bersama kan?

Idalara berkata...

salam pak nidus..
kerap gak pak nidus ke luar negara ye...tu semua pengalaman manis dan pahit.

nidus2 berkata...

Salam Ida,
Kerap tu tidaklah...jika ada duit je, kalau tidak dok nyangkul kat rumah...hee3.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template