Selasa, 30 November 2010

Sukanya Dia...

N3 lapuk ni sebagai kenangan kami anak beranak semasa makan angin hujung minggu lalu sempena dengan cuti semester Abdu Ngah. Sebelum pulang ke KB sempatlah kami anak beranak relax-relax kat Tambun. Ini merupakan kali pertama kami ke sini. Walaupun 'rebeh' poket dibuatnya tapi bila lihat wajah ceria anak-anak rasa berbaloi juga.

Cintaku berputik di sini......

Dari pagi hingga ke petang kami berada di situ....biar anak-anak puas.

Bertolak dari Ipoh ke Cameron Highland jam 6.30 petang......Rupa-rupanya ada anak Pak Nidus yang belum sampai di sini.
Cintaku mekar subur umpama kebun teh Cameron ....Hee..hee..hee.
Teringat filem Bobby...DimplePah Kapadia dengan Rishisam Kapoor...



Biasalah budak-budak...manalah dia tahu.
Alhamdulillah...kami semua selamat.

8 ulasan:

Idalara berkata...

Salam Pak Nidus
Cantiknya Tambun..sesekali bawa anak2 dan gembirakan hati mereka apa salahnya wlupun poket rebeh..tp yg penting hati sendiri pun gembira.

Mohamad berkata...

Selamat bercuti.. rehat minda dengan melihat kecantikan alam..

Hairil Rizal berkata...

Best ye Pak Nidus?

Ada rezeki dan masa boleh la try...

nidus2 berkata...

Salam Ida,
Betul tu, sekali sekala apa salahnya...
yang tinggal hanya Aku dan Kenangan..

Salam Cikgu,
Terasa juga nak ke Sarawak...cuma ongkosnya yang kurang. Kalau ada rezeki mungkin ke sana lagi...

Salam Hairil,
Best juga...Itulah yang termampu setakat ini untuk mengembirakan hati anak-anak...

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik juga yang belum sempat singgah di sini walaupun sering lalu lalang di Ipoh tu. :(

Sally berkata...

Aboiiii sakan sungguh coti2 Malaysia ya Pak Nidus & keluarga..hehe..

Sharinginfoz berkata...

seronok betul budak2 ni

nidus2 berkata...

Kakcik,
Belum ada permintaan lagi tuu...kalau dah sampai seru, terpaksalah.

Sally,
Permintaan Makcu nga budak-budak, apa boleh buat...hentam je lah.

Sharinginfoz,
Budak2 seronok...bapaknya garu kepala sebelum cukup bulan...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template