Isnin, 1 November 2010

Rehearsal Malam Anugerah Seni

Budak-budak sibuk suruh Pak Nidus muat turun video dia orang dalam youtube. Maklumlah nak tengok juga latihan untuk malam anugerah pada malam esok. Pak Nidus masuk dalam unlisted, mungkin kalau yang real nanti bolehlah untuk tontonan public. Buat sementara tengoklah dulu dalam blog Pak Nidus ni.

OK.

Oop...terima kasih pada Cikgu Razi sebagai pengurus persembahan kerana membenarkan Pak Nidus masukkan dalam blog nidus2 ni....

Intrumental asli Ayam Den Lapeh






Pada pandangan Pak Nidus yang buta seni, budak-budak ni memang hebat. Hebat dalam bidang muzik juga hebat dalam akademik. Biasanya mereka yang dapat bermain alat muzik terutama violin dan clarinet adalah terdiri dari budak-budak yang pintar...betul ke Cikgu Razi?

Apa pun Pak Nidus ucapkan syabas atas bakat anda itu.

6 ulasan:

luahfikiran berkata...

SALAM,
AKTIF DALAM KEGIATAN BUKAN AKADEMIK TIDAK BERERTI AKAN MELEMAHKAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR. SETUJU DENGAN PANDANGAN PAK NIDUS2

piewahid berkata...

kerjasama yg baik antara guru-guru dan guru-murid mbawa kcemerlangan. insya-Allah...

nidus2 berkata...

Terima kasih Dato',
Kadang2 masyarakat kita susah nak menerima benda macam ni....bagi saya ia juga salah satu bidang pembelajaran juga...

nidus2 berkata...

Alhamdulillah saudara Piewahid sudah sihat,
Memanglah mereka ini terdiri dari pelajar cemerlang dan sesuai sebagai sebuah sekolah kluster dimana kebitaraannya ialah muzik.

Hairil Rizal berkata...

Seronok tgk tenaga tenaga muda terlibat dalam seni tradisional :)

LiNda berkata...

Yups,
dulu saya aktif main kompang
sebab itu saya pandai ..


erkk.. boleh tak komen saya ini pak nidus ?

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template