Ahad, 14 November 2010

Zuraida

Penyanyi: Azman Idris
Tajuk Lirik Lagu: Zuraida

Angin berhembus hujan gerimis
Kali pertma kita bersua
Mata bertentang hati berkata
Senyum diukir tanda mesra

( korus )
Ku renung wajahmu
Kau kerling malu
Zuraida namamu
Zuraida duniaku

Lemah dan lembut sopan berbudi
Wajah berseri manis sekali
Zuraida dewi bunga hati
Hari berganti bulan berlalu
Mesra dihati beralih rindu
Duhai Zuraida

Kini bertemu hati yang rindu
Sama membina istana bahagia

Zuraida 5x







Kenapa tajuk Zuraida jadi n3 kali ni...

Begini..
Bagi generasi baru memanglah lagu ini mereka tak pernah dengar, apalagi nama penyanyinya Azman Idris yang popular dalam tahun 70an dan awal 80an dulu. Ketika tu Pak Nidus dalam Tingkatan 6 tahun 1979. Feeling terus dengar lagu ni. Ibarat semua gadis yang cantik semuanya bernama Zuraida.

Ada juga yang kata lagu ini dinyanyikan oleh Othman Hamzah yang popular dengan lagu Gadis Melayu dan juga Musliha. Apa kaitan antara lagu-lagu ni.....

Kelmarin ada jamuan makan tengahari di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang ditaja sepenuhnya oleh PIBG Maktab. Tetamu VIP terdiri dari YDP PIBG dan Timbalan, YDP Ismailian, Pegawai PPD dan juga AJK PIBG seterusnya terdiri dari staf Maktab dan pelajar2 dari Kelab Muzik Maktab.
Sebahagian hadirin di majlis tersebut

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan dari Kelab Muzik SIC dan nyanyian dari tetamu yang dipilih secara 'paksa rela'. Nak jadikan cerita Pak Nidus adalah salah seorang yang 'mensumbangkan' lagu dalam majlis tersebut. Jadi lagu Zuraida lah yang didendangkan...pitching entah kemana, lirik ingat tak ingat...hentam saja.
Ada antara rakan yang kata ini lagu apa, tak pernah dengar pun...ada yang kata lagu cipta sendiri...yang teruk lagi kata lagu ini sengaja diubah kepada nama Zuraida mentang-mentanglah dalam majlis tersebut ada orang yang bernama Zuraidah.

Hah sekarang dengarlah sendiri lagu dan penyanyi asalnya. Sedapkan.

Terima kasih kepada Dato' Sri dan YB ahli DUN Nenggiri yang turut menyerikan majlis dengan masing-masing menyumbang sebuah lagu.









YB mendendangkan lagu 'Semut Merah'....boleh tahan Dato'.





Sebuah lagu yang dipopularkan oleh Carefree menjadi pilihan Dato' Sri...Rindu Bayangan. Hebat.




Musliha - Othman Hamzah

12 ulasan:

azana berkata...

wah..pak nidus ada bakat mensumbangkn suara..

mesti kaki karoke (teka je)

kopiko berkata...

yaa , betul tuh , pak nidus ku ini memang kaki muzik , 1 family . kugiran pintu geng

kopiko berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nidus2 berkata...

Azana,
Mensumbang taapa, jangan terus menjahamkan lagu.....haa3.

nidus2 berkata...

Mopiko Lai la,

Ngoh jangan geger ko Haji Leh deh...setakat kito jah.

E.d.Y berkata...

layan gak lagu2 retro ni

kopiko berkata...

beres , Haji Leh x kan tahu gapo2 pasal nih .hehe

nidus2 berkata...

Edy,
Sesuai dengan umur Pak Nidus yang dah separuh abad ni.


Farhan,
Dengan abah pun jange royat...heee3.

Hairil Rizal berkata...

Err...tk penah dgr lagu ni Pak Nidus. Almaklumlah orang muda... hehe!

nidus2 berkata...

Hairil,
Err...haaa3..jumpa lagi.

Melor berkata...

salam pak nidus
sedap lagu ni. Suka2. melor ni berjiwa lama walaupun ketika itu baru lahir kedunia ni

nidus2 berkata...

Salam Melor,
Pak Nidus ni orang lama, jiwa baru.....heee3..gurauan hari raya.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template