Selasa, 23 November 2010

Pulut Pauh

Petang tadi Makcu ajak temankan dia ke Pasir Mas sebelum Zohor dan sempat sembahyang di Masjid Lubuk Tapah. Selesai kerja balik ikut Hospital Lati terus ke Jalan Rantau Panjang.
Eh...alang-alang masuk jalan ni baik kita terus ke Rantau Panjang.
Pak Nidus hanya berdua dan kita pun dah selesai sembahyang, jadi tak ada masalah. Terus jalan.

Dah sampai pun

Mula-mula mesti singgah kat sini...
Seperti biasa bila sampai di sini, pulut pauh jadi pilihan. Order 2 pinggan pulut pauh...bungkus satu untuk Mak Mentua (Sapa tak sayang MM oii...)


Amboi....sedapnya.

Selesai makan terus ke Pekan Rantau Panjang. Rancangan asal tak nak beli apa-apa dan jadi beli macam-macam. Sampai parking pun terpaksa tambah masa.
Biasalah perangai orang perempuan mula-mula tengok dulu dari satu kedai kesatu kedai. Bila dah puas barulah nak beli.

Alamak...baru perasan anak kat rumah belum makan lagi. Makcu dah kelam kabut. Telefon kat rumah tak dapat...rupa-rupanya talian Celcom rosak kena panah petir.
Ini dah betul-betul kes naya. Jarum jam menunjukkan pukul 5 petang.
Pak Nidus masih dapat kawal perasaan. Biasalah orang lelaki, jangan tunjuk lemah tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Dalam keadaan begitu sempat juga beli nasi lauk ayam kampung untuk anak-anak.

Hah, dah sampai pun...
"Ma, Yeh lapar...Ma, Abe Chik makan Maggi...Ma Abe Nik makan biskut jah..."

Makcu memandang Pak Nidus dengan mata yang sedikit berair...

12 ulasan:

ab@h_Izz berkata...

tak pernah makan@jumpalagipulut paun ni...yg kuning tu apa ya?...tapi yg pasti mesti manis kan!

p/s: masih byklgi makanan org sana(kelate) yg tk try...

Jamal Ali berkata...

Teringin benar nak berjalan-jalan ke rantau sana... tapi kena cukupkan persediaan terlebih dahulu...
Hu hu hu...

Nak buat Kembara Iman dan Ilmu ke negeri Cik Siti Wan Kembang...

Jamal Ali berkata...

Yang kuning tu mangga bukan?

Kakcik Seroja berkata...

Salam PakNidus...

Pulut pauh = pulut makan dengan mangga, ya? Tapi kenapa pulutnya tak nampak? Nampak macam santan je? Apa2pun, kalau kena caranya - memang sedap makan pulut dengan mangga. Kakcik suka! :)

Unknown berkata...

SALAM,
SEDAP NAMPAKNYA PULUT PAUH. TAK PERNAH CUBA. KALAU ADA KESEMPATAN KE RANTAU PANJANG. MAHU JUGA MENCUBA.

cheqna berkata...

olo...sienyola ko 3 beradik tu...

Granny Hani berkata...

Best nyer shopping..cuti ni mesti ramai kat r.panjang tu..tapi best lagi bila dapat makan pulut pauh, sampai lupa anak2..ciannn yeh.

ikan emas berkata...

meleleh air lior nengok pauh tuuu..

nidus2 berkata...

Abah-izz,
Ganu nga Kelate kan dekat, maghilah Pak Nidus belanja. Yang kuning tu lah pauhnya.

Anakanda Jamal,
Cuti semester ni datang sini, ayanhanda tanggung semua.

Kakcik,
Memang santannya banyak sampai tak nampak pulut. Pulut mahal sangat kot, sebab tu dia orang taruk sikit je.
Tentu Kakcik pandai buat ni.

Dato',
Kalau LF datang sini bagitaulah Pak Nidus boleh kita makan sama.

Cheqna,
Maghi Rantau Panjang dulu tak cuba ke?
Jangan sebut pasal 3 beradik tu, sebak rasanya....

Kak Hani,
Boss sihat ke kat KL?
Ini semua angkara Makcu lah...cian ko Yeh...heee3.

Ikan Emas,
Meleleh air liur taapa, kita orang meleleh airmata iangatkan anak-anak....huuk3.

Jamal Ali berkata...

Oh, terima kasih banyak-banyak, menyusahkan Ayahanda Nidus sahaja, mungkin saya akan datang tapi bukan dalam masa yang terdekat, insyaAllah satu hari nanti saya akan datang... ^^

Hairil Rizal berkata...

Blm pernah try lagi Pulut Pauh...

miss nina berkata...

walaupun tengok dari gambar, nampak enak la. mahu cuba jika berkesempatan.

kasihan budak2 tu. sesekali diduga, begitulah paknidus

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template