Rabu, 10 November 2010

Dialog si Bongsu

Inilah si bongsu Pak Nidus.

Nama penuhnya Muhamad Arif Syahmi. Di rumah kita panggil dia 'Yeh'. Sebenarnya nama ini kurang sedap didengar tetapi dah menjadi kebiasaan. Namun begitu neneknya memanggil dengan nama 'Rif '.

Kelmarin Pak Nidus terpaksa mengambilnya di sekolah kerana Makcu ada kerja luar. Dalam perjalanan pulang adalah beberapa soalan diajukan kepada Yeh.

" Yeh dapat nombor berapa dalam peperiksaan akhir tahun baru ni?'' Dia jawab tak tahu lagi.

" Berapa subjek Yeh dapat gred A?" Dia kata setakat ni dapat 4A, satu subjek belum tahu lagi.

OK lah tu, baru tahun 2, lambat lagi nak ambik UPSR.

Sebelum sampai di rumah ada satu soalan cepumas;

" Yeh tak malukah ayah datang ambik ni?"

" Nak malu gapo?"

" Ayah tengok bapa orang lain muda-muda belako tapi ayah Yeh dah
tua"

Jawabnya ringkas,

"Ayah tua pun masih smart lagi"

?????? Terima kasih Yeh.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam pak nidus

pandainya dia beli jiwa ayah dia... hehe

tapi mmg betul... ayah sentiasa hensem di setiap mata anak2 kan...

nidus2 berkata...

Salam Manje,

Pak Nidus nak tanya Makcu pula, apa pandangan dia terhadap suami...
..tapi jawapannya sudah ada dalam kepala Pak Nidus...

cheqna berkata...

eceh eceh eceh..
hok ngelah jah benar nok royak dih???
hahahahaha

Hairil Rizal berkata...

Comelnya jawapan si Yeh. Mesti bangga jadi bapa ya Pak Nidus!

Chup...nak tanya...rumah yg kat Header Pak Nidus tu rumah Pak Nidus ke? Cantiknyaaaa!

nidus2 berkata...

Cheqna,

Malulah lagu tuu...

Tahu taapa...heee3

nidus2 berkata...

Hairil,

Budak tu nak jet ayah dia kot..

Rumah yang dibina 12 tahun lalu.

Jamal Ali berkata...

Tengoklah... Ana siapa yang jawab? ^^
Bapa borek anak rintik, tak gitu Ayahanda Nidus? ^^

Granny Hani berkata...

Hai lah Yeh, KFC ke, Pizza ke..cakap aje Yeh, sah ayah bawak gi selalu..Pandailah Yeh berpolitik.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nidus2 berkata...

Anakanda Jamal,

Ayah dia masa kecik dulu pandai main sungai, pandai main layang2 dan bertukang hingga sekarang.

Cikgu 'tukang' katakan.

nidus2 berkata...

Aduh la Kak Hani,

Kena belanja KFC sungguh doh sebab Yeh dapat no 3, kalu dapat no 1 ayah beli motor mat KFC.

Sally berkata...

Bijaknya Yeh..jwpn kanak2 mmg ikhlas..

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template