Selasa, 30 November 2010

Sukanya Dia...

N3 lapuk ni sebagai kenangan kami anak beranak semasa makan angin hujung minggu lalu sempena dengan cuti semester Abdu Ngah. Sebelum pulang ke KB sempatlah kami anak beranak relax-relax kat Tambun. Ini merupakan kali pertama kami ke sini. Walaupun 'rebeh' poket dibuatnya tapi bila lihat wajah ceria anak-anak rasa berbaloi juga.

Cintaku berputik di sini......

Dari pagi hingga ke petang kami berada di situ....biar anak-anak puas.

Bertolak dari Ipoh ke Cameron Highland jam 6.30 petang......Rupa-rupanya ada anak Pak Nidus yang belum sampai di sini.
Cintaku mekar subur umpama kebun teh Cameron ....Hee..hee..hee.
Teringat filem Bobby...DimplePah Kapadia dengan Rishisam Kapoor...



Biasalah budak-budak...manalah dia tahu.
Alhamdulillah...kami semua selamat.

Sabtu, 27 November 2010

Misi1UTP

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar. Jam 2.30 petang sampai di UTP setelah lebih 6 jam perjalanan dari Kota Bharu.


Perjalanan ekonomi...bawa bekal beb. Hentian Lebir L/raya Timur Barat.

UTP...sementara menunggu yang datang menjemput

Ahaa...sempat buat show lagi.


Cantik dan mempersonakan.....ikan dalam kolam masjid UTP


Selamat Tinggal UTP....Jam 7.00 malam bertolak ke Ipoh.


Inilah tempat menghilangkan penat lelah setelah seharian dalam perjalanan

Khamis, 25 November 2010

Alabaladi -Kecapi Buluh

Sempena Ekspo Cheng Ho di Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang sedang berlangsung sekarang, Pak Nidus yang kebetulan ada kerja di Kota Bharu sempatlah jenguk sekadar memeriahkan suasana.

Sebenarnya banyak faedah yang boleh kita dapat dari ekspo ini. Pak Nidus akan ceritakan dilain masa jika ada kesempatan berbuat demikian. Rasanya kena pergi sekali lagi untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada tentang Laksamana Cheng Ho yang merupakan pelayar Islam pertama yang mengelilingi dunia.

Masa berjalan ke ekspo tu terdengar macam orang ‘jual ubat’. Bila tengok rupa-rupanya orang ini lama betul Pak Nidus tak dengar dia bermain alat muzik istimewa dan juga nyanyiannya.

Entry kali ini Pak Nidus nak kongsi bersama tentang seorang manusia istimewa yang dikurniakan Allah kelebihan pada dirinya.

Inilah dia Ab. Rahman Alabaladi yang popular kerana lagu alabaladi dan kebolehan bermain kecapi buluh yang direkanya sendiri.

Pak Nidus sempat rakamkan aksi beliau bermain alat-alat muzik ciptaannya dan nyanyian lagu alabaladi.

Beliau bermain kecapi dan juga tiupan ciptaan sendiri.


Lagu Alabaladi yang dipopularkan oleh beliau semenjak tahun 70an lagi.

Selasa, 23 November 2010

Pulut Pauh

Petang tadi Makcu ajak temankan dia ke Pasir Mas sebelum Zohor dan sempat sembahyang di Masjid Lubuk Tapah. Selesai kerja balik ikut Hospital Lati terus ke Jalan Rantau Panjang.
Eh...alang-alang masuk jalan ni baik kita terus ke Rantau Panjang.
Pak Nidus hanya berdua dan kita pun dah selesai sembahyang, jadi tak ada masalah. Terus jalan.

Dah sampai pun

Mula-mula mesti singgah kat sini...
Seperti biasa bila sampai di sini, pulut pauh jadi pilihan. Order 2 pinggan pulut pauh...bungkus satu untuk Mak Mentua (Sapa tak sayang MM oii...)


Amboi....sedapnya.

Selesai makan terus ke Pekan Rantau Panjang. Rancangan asal tak nak beli apa-apa dan jadi beli macam-macam. Sampai parking pun terpaksa tambah masa.
Biasalah perangai orang perempuan mula-mula tengok dulu dari satu kedai kesatu kedai. Bila dah puas barulah nak beli.

Alamak...baru perasan anak kat rumah belum makan lagi. Makcu dah kelam kabut. Telefon kat rumah tak dapat...rupa-rupanya talian Celcom rosak kena panah petir.
Ini dah betul-betul kes naya. Jarum jam menunjukkan pukul 5 petang.
Pak Nidus masih dapat kawal perasaan. Biasalah orang lelaki, jangan tunjuk lemah tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Dalam keadaan begitu sempat juga beli nasi lauk ayam kampung untuk anak-anak.

Hah, dah sampai pun...
"Ma, Yeh lapar...Ma, Abe Chik makan Maggi...Ma Abe Nik makan biskut jah..."

Makcu memandang Pak Nidus dengan mata yang sedikit berair...

Ahad, 21 November 2010

Ikan

Sekilas ikan di air dah tahu jantan betina

Selepas Raya cuti panjang pun bermula. Kira-kira dah hilang pening dan mabuk daging, begitu juga penat sebagai tukang cuci tetapi ada lagi satu kerja mencuci...cuci kolam ikan. Ikan pun mahu beraya kot...memang pun patut dibersihkan, kalau nak dikira 3 kali raya air belum ditukar dan kolam tidak dicuci. Mungkin juga ikan ni tahu yang tuannya mencuci benda lain boleh, cuci kolam tak boleh.

OKlah....kita cuci kolam..Jom.
Ikan-ikan perlu dipindahkan dulu sementara kolam dibersihkan. Kalau tak berhati-hati ada nanti ikan yang mati dek kekurangan oksigen dan sebagainya.


Kerja-kerja membersih sedang dijalankan. Jauh lebih baik dari membersih perut lembu...heee3.

Dah bersih. Lepas ni berbahgialah kau ikan


Sukanya dia...berenang-renang (memanglah ikan berenang )

Cantik sungguh kolam yang Pak Nidus buat untuk Makcu. Macam Shah Jehan hadiahkan Taj Mahal untuk Mumtaz...Chee wah.

(Gambar penuh kolam : Lihat Header)

Khamis, 18 November 2010

Pakar Cuci

Jawatan pencuci t*** yang diiklan tempoh hari masih lagi kosong. Nampak gayanya terpaksalah Pak Nidus dengan kuncu2 menyelesaikannya. Ingatkan tahun ni dapat naik pangkat menjadi 'doktor pakar bedah'. Mujur juga anak pertama sudi membantu bersama sepupunya.

Hee3...sebenarnya Pak Nidus sendiri pun sayang jawatan ni...Bukan semua orang boleh buat kerja profesional ni..betul tak?

Sampai sekarang bau benda tu masih terasa lagi, mungkin dua tiga hari lagi baru hilang.

Pembersihan dapat dilakukan lebih kurang 1 jam juga. Bukan senang nak mencuci untuk menghilang 'benda' tu dan juga baunya. Alang-alang cuci biar bersih, pendek kata bila sampai rumah tak perlu cuci lagi semua dak OK. Yang tidak OKnya bau badan kita orang ni.

Kalau tak sertakan gambarnya rasa tak sedap, nanti orang kata Pak Nidus ni pandai-pandai buat cerita.

Jom kita layan gambar yang Eksklusif ni...

Siap dengan uniform sebelum masuk tugas
Kerja-kerja menggali lubang dijalankan


Kerja-kerja membersih sedang berjalan

Adegan yang tak ingin dilihat


Pak Nidus tersenyum manja

Rabu, 17 November 2010

Kemeriahan Eidul Adha

Kemeriahan Hari Raya Korban masih terasa di sini...Kg. Pintu Geng, Kota Bharu.


Syukur di atas rezeki yang dikurniakanNya.

Ahad, 14 November 2010

Zuraida

Penyanyi: Azman Idris
Tajuk Lirik Lagu: Zuraida

Angin berhembus hujan gerimis
Kali pertma kita bersua
Mata bertentang hati berkata
Senyum diukir tanda mesra

( korus )
Ku renung wajahmu
Kau kerling malu
Zuraida namamu
Zuraida duniaku

Lemah dan lembut sopan berbudi
Wajah berseri manis sekali
Zuraida dewi bunga hati
Hari berganti bulan berlalu
Mesra dihati beralih rindu
Duhai Zuraida

Kini bertemu hati yang rindu
Sama membina istana bahagia

Zuraida 5x







Kenapa tajuk Zuraida jadi n3 kali ni...

Begini..
Bagi generasi baru memanglah lagu ini mereka tak pernah dengar, apalagi nama penyanyinya Azman Idris yang popular dalam tahun 70an dan awal 80an dulu. Ketika tu Pak Nidus dalam Tingkatan 6 tahun 1979. Feeling terus dengar lagu ni. Ibarat semua gadis yang cantik semuanya bernama Zuraida.

Ada juga yang kata lagu ini dinyanyikan oleh Othman Hamzah yang popular dengan lagu Gadis Melayu dan juga Musliha. Apa kaitan antara lagu-lagu ni.....

Kelmarin ada jamuan makan tengahari di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang ditaja sepenuhnya oleh PIBG Maktab. Tetamu VIP terdiri dari YDP PIBG dan Timbalan, YDP Ismailian, Pegawai PPD dan juga AJK PIBG seterusnya terdiri dari staf Maktab dan pelajar2 dari Kelab Muzik Maktab.
Sebahagian hadirin di majlis tersebut

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan dari Kelab Muzik SIC dan nyanyian dari tetamu yang dipilih secara 'paksa rela'. Nak jadikan cerita Pak Nidus adalah salah seorang yang 'mensumbangkan' lagu dalam majlis tersebut. Jadi lagu Zuraida lah yang didendangkan...pitching entah kemana, lirik ingat tak ingat...hentam saja.
Ada antara rakan yang kata ini lagu apa, tak pernah dengar pun...ada yang kata lagu cipta sendiri...yang teruk lagi kata lagu ini sengaja diubah kepada nama Zuraida mentang-mentanglah dalam majlis tersebut ada orang yang bernama Zuraidah.

Hah sekarang dengarlah sendiri lagu dan penyanyi asalnya. Sedapkan.

Terima kasih kepada Dato' Sri dan YB ahli DUN Nenggiri yang turut menyerikan majlis dengan masing-masing menyumbang sebuah lagu.









YB mendendangkan lagu 'Semut Merah'....boleh tahan Dato'.





Sebuah lagu yang dipopularkan oleh Carefree menjadi pilihan Dato' Sri...Rindu Bayangan. Hebat.




Musliha - Othman Hamzah

Jumaat, 12 November 2010

Jawatan Kosong 'Pencuci Tahi'

Seram jer bunyi tajuk n3 Pak Nidus kali ini.

Kita semua pun tahu tak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban.
Suatu pagi..........


itu dia, lelaki paling macho! lihat la pisau sembelih & ksn darah d baju beliau..pergh!


Sejak dari dulu lagi mungkin dah 20 tahun itulah selalunya kerja yang diberikan kepada Pak Nidus setiap kali qurban. Daripada membiarkan perut lembu begitu saja, takut2 terus ditinggalkan dan membazir (berdosa?) walau pun terpaksa....dibuat juga.

Apalah yang ada dalam perut si lembu tu.
Kalau perut manusia tahulah kan...macam-macam kita makan. Makan nasi, makan mee, makan itu, makan ini, makan rasuah (???)...itulah sebabnya tahi manusia bau busuk...maaf yer.

Dalam perut lembu tu hanya mengandungi tahi hasil penghadaman rumput sahaja. Ia tak makan benda lain apa lagi rasuah, kacang brandy dan benda-benda haram tu.

Berbalik cerita tadi, tahun ni pembantu Pak Nidus (anak ke 2)tak dapat balik kerana ada exam sebelum dan selepas raya. Jadi susahlah sikit nak membersihkan perut lembu tu kalau sorang dua...mana nak belah perut, mana nak pegang, mana nak siram air dan sebagainya.

cinta si penggali kubor..


Cerita tahi lembu :
Baunya macam lembu...bagaimana bau lembu begitulah bau tahinya. Tak percaya boleh cuba nanti. Bentuk fizikalnya tidak meloyakan....rasa nak makan ...weeeek.
Tanpa glove pun tergamak dipegang. Ingat!!! tahi lembu boleh dibuat baja organik...satu bidang bisnes dalam perancangan bila pencen nanti.



aku & ayoh mmg suke maen taik...taik pun suke sama kami...slurrpy~


Opp...sampai di sini saja dulu, cerita selebihnya selepas raya nanti.

Apa2 pun Pak Nidus harap anak pertama dapat mengisi kekosongan jawatan ini.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template