Rabu, 18 Ogos 2010

Tarawih

Pejam celik..pejam celik dah lapan hari kita berpuasa. Ini bermakna dah 8 malam kita bersembahyang sunat tarawih.

Bukan apa, sebagai Tok Siak di masjid kat kampung ni tahu sangatlah perangai ahli jemaah kita tu. Sebagai orang yang menyediakan tikar dan peralatan lain di masjid, pada malam pertama tak cukup ruang dipenuhi jemaah sampai terpaksa dihampar tikar di beranda lagi...aku sendiri pun sembahyang di luar. Sebagai AJK masjid, senario begini membanggakan sekali kerana pada Ramadhan kali ini jemaah sudah bertambah dari tahun2 sudah.

Pada malam kedua..."ehh, kenapa pulak berkurang ni...mungkin dia orang pergi ke masjid lain kot".

Malam-malam seterusnya semakin berkurang, apa lagi selepas 8 rakaat ...ikut sunnah lah tu.

Beginilah semangat orang kita, 'panas tahi ayam' atau 'semangat air lemonade'....Lihat di warung atau kedai 'colek'..fuuh...penuh sampai tak cukup kerusi meja....bak kata orang sebulan berniaga boleh makan setahun.

Pak Nidus harap pada akhir Ramadhan terutama 10 akhir Ramadhan diharap ramai ahli jemaah datang ke masjid untuk menghidupkan sunnah dan yang penting mencari malam Lailatul Qadar.

Amin.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup Masjid Darul Ulum! hidup Masjid Darul Ulum. Walaupun surau usang tapi ade air-cond tau...

-Abdul Ngah

marinahunny berkata...

awal2 puasa mmg penuh masjid/surau tp cuba tgk 10 terakhir ramdhan, makin lama makin berkurang. padahal 10 ramadhan terakhir dituntut untuk melebihkan amal kepadaNya bagi mencari malam seribu bulan..

salam ramadhan buat anda sekeluarga..
saya ingt awak komen kat blog kejora ;)

nak panggil apa ek?

nidus2 berkata...

Abdul: TQ...bila nak balik perabihkan beras?...heee3.

Marinahoney :
TQ atas segalanya.

Kejora tu Marinahoney ke?

Nak panggil yer?
Pilih sahaja;
Anak sdara panggil Pak Din...
Anak murid panggil Cikgu Sam....
Blogger panggil Nidus...
Rakan panggil Abe Din....
Kariah masjid panggil Ustaz...

Heee...hee...heeee...panggillah apa saja asalkan bahagia.

Tanpa Nama berkata...

ustaz?? haha.. nie baru kali pertma dgr... tahniah ayoh!!

-chik-

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template