Sabtu, 14 Ogos 2010

Cara Aku

Sudah masuk empat hari kita berpuasa. Alhamdulillah...ingin aku berkongsi pandangan dan pengalaman dengan anda semua. Hanya sekadar pengalaman, jauh sekali nak mengajar anda semua.

Khasiat Kurma :

Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu. Hadith (Bukhari-Muslim)

Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa danfraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air,2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.

Ini adalah menu berbuka setiap hari.

Apa yang aku lakukan ialah berbuka di masjid.
Kurma disediakan bersama air mineral dan tea o.
Lepas berbuka apa yang penting kita semua dapat berjemaah.
Balik rumah....hentamlah apa yang ada.
Kemudian datang kembali untuk bertarawih.
Kalau rajin dan ada kelapangan kita bertadarus.
Balik..tiduuur.
Kul 5.00 Makcu kejutkan untuk bersahur....begitulah seterusnya...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sahur dengan berselimut dan mata pejam lg ke encik nidus? haha

-Abdul

Maiyah berkata...

kurma mmg byk khasiat.. ada kurma yg bleh beri tenaga..

slmt berpuasa

piewahid berkata...

allahyarham ayahanda dulupun mmg hari2 bbuka d masjid. anknya yg sorang ni skadar bbuka d rmh dan bsolat maghrib bsama family.

malu pada org2 lama. bilalah hati ni nak skuat itu?

nidus2 berkata...

Maiyah, piewahid..bila dah berumur macam Pak Nidus ni, dengan sendirinya ia berubah. Tapi kalu tsunami datang menggoda tak tahulah. Untuk kamu berdua pun aku ucapkan Selamat Berpuasa.

nidus2 berkata...

Terlupa..untuk anakanda Abdul pun ayahanda ucapkan selamat berposa.

Idalara berkata...

Salam Pak Nidus
terimakasih sudi bertandang..
kurma memang terbukti banyak khasiat untuk tubuh badan kita...
Surau@masjid sgt dr rumah..solat tarawikh di rumah saja.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template