Selasa, 16 Februari 2010

Masjid 'Beijing'

Bab 1
Aku pernah sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Beijing. Pada mulanya terasa juga kejutan budaya memandangkan senibina masjidnya ala kecinaan. Memang lah budaya tidak dapat dipisahkan dengan sesuatu kaum itu. Sesetengahnya terdapat ukiran naga pada atap/serambi masjid (no komen), ada juga terlintas dihati, ini tokong ke atau masjid? Apa pun di Melaka juga terdapat masjid mirip rekabentuk cina. Betulkan?

Ini gambar selepas solat Jumaat.



Bersama Ayahanda......(terlupa)


Senario yang sama dimana-mana masjid, di Beijing juga terdapat peminta sedekah. Mereka juga seagama dengan kita , bagi aje lah. Dapat pahala. Ikhlas.


Bab 2
Sabtu lalu, bersempena dengan cuti panjang CNY, Makcu ajak aku ke Golok. Lama tak pergi rasa ingin juga ke sana walaupun sekadar menemani Makcu. Dia ni kalau dapat beli selipar dengan beg tangan, jangan tegur biarkan . Aku hanya sekadar memerhati dari jauh, tengok-tengok jam dah pukul 3.00 petang. Alamak sembahyang Zohor belum lagi. Terpaksa lintang angin Makcu, nasib baik tak mengamuk. Selepas check out kami terus mencari masjid untuk sembahyang Zohor.
Eh..masjid Beijing? Ya ke?

Pintu Gerbang masuk ke masjid Beijing, Rantau Panjang.


Diantara wajah-wajah masjid yang dapat dirakamkan dengan hand phone jah, sebab tu gambar kurang cantik. Kira OKlah tu.

Masjid ini di beri nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang telah di rasmikan dalam bulan Ramadhan lalu. Masjid Beijing atau masjid cina , mercu tanda baru bagi penduduk Rantau Panjang, Kelantan. Juga dikenali sebagai masjid pelbagai budaya dengan mengambil contoh senibina Pagoda di China dan senibina Thai. Difahamkan apa yang menarik mengenai masjid ini antaranya, menggabungkan seni budaya Cina dan Thailand yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Kelantan serta diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke Ajk.
Semoga dengan terbinanya masjid ini dapat membuka minda kepada semua masyarakat bahawa dalam usaha dakwah, Islam itu bukan untuk satu kaum sahaja tetapi untuk semua umat manusia yang beriman kepada Nya . Syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam membangunkan Islam. Allah akan tetap bersama dengan orang-orang yang menolong agama-Nya.

Lihat lagi gambar yang sempat dirakamkan:


Menara dimana terdapat 25 nama Nabi . Sebelum ruang solat, terdapat dikiri kanan tempat mengambil wuduk muslimin dan muslimat.


Lantai yang sentiasa dijaga dengan bersih oleh petugas-petugas masjid





Ruang solat juga menunjukkan ciri-ciri cina dan menarik.


Binaan awan larat dan serambi yang unit. Gambar dirakamkan dari arah tandas dan tempat wuduk muslimin.


Nun jauh disebelah kanan masjid adalah Bandar Rantau Panjang di sekitar Stesyen Petronas.
Tidak hairan semasa berada di ruang solat terasa angin yang nyaman meniup masuk kerana masjid ini berada di kawasan yang tinggi.



Dari sudut yang berlainan. Ke tingkat bawah tanah/bawah yang menempat kan bilik-bilik syarahan dan sebagainya.



Satu lagi yang harus dipuji, tandas yang sentiasa dijaga bersih


Sebelum balik ke rumah Makcu belanja aku makan pulut pauh di Restoran Thai Malay. Dia ucapkan terima kasih kerana membawanya ke Golok tanpa 'beronar' juga kerana memperkenalkan masjid Beijing.
Dia kata bila nak gi Beijing? kwa..kwa...kwa....kwa.

2 ulasan:

Granny Hani berkata...

Ajak la kita etek kalu nok gi golok tu..
Alah MakCu, kalau nak gi beijing gak, sebut acap2 sikit ko Nidus tu..
kalau tidak tahun ni, tahun depan sapa lah....

nidus2 berkata...

Sanggup ngelip ko peluru tak po. Kita ajak gi Golok . Pasal nak bawa makcu ko Beijing, kena pitih yang masuk acap2.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template