Isnin, 25 Januari 2010

Zindegi

Era filem lagu-lagu Hindustan bermula pada zaman filem tersebut dalam warna hitam putih kemudian kepada eastmancolor dan seterusnya berkembang mengikut teknologi dari semasa ke semasa. Aku tidak terlepas dalam mengalami suasana bollywood yang sesungguh bintang-bintang idola seperti Rajesh Khana, Dharmendra, Sashi Kapoor dan macam-macam Kapoor lagi menjadi ikutan dimana-mana baik dalam berpakaian, gaya & lagu.
Panggung Rani adalah panggung pertama aku masuk menonton bersama saudaraku yang lebih tua.

Ketika itu filem 'Dosti' masih dalam hitam putih lagi. Inilah lagu yang paling aku minati hingga ke hari ini.
video
Selepas filem ni aku tak pernah lagi menonton filem Hindustan di sini. Filem Kung Fu pulak mengambil tempat. Untuk menonton filem Hindustan seterusnya, panggung Lido menjadi pilihan. Antara filem-filem box office, seperti Bobby, Yaadoon ki baarat, aagele la geja dan macam-macam lagi.




Pada era 70an, Lagu-lagu melayu masih belum banyak lagi, dengan kebajiran filem-filem Hindustani ini juga banyak melahirkan penyanyi-penyanyi Malaysia ala Hindustan
dan turut mempopularkan lagu-lagu lama seperti lagu dari filem seperti An Evening In Paris, Sanggam, Love In Tokyo dan sebagainya.


Filem Bobby saja tengok 4, 5 kali. Tiket 65 sen duduk depan sekali. Sakit tekok.
Ketika ini jugalah lagu-lagu saduran oleh M. Shariff, Hussein Merican, Ahmadi Hassan, DJ Dave dan lain-lain berkumandang diradio.



Lagu M. Shariff ini disadurkan dari filem 'An Evening In Paris. Versi Hindustan begini;



Sanggam juga merupakan sebuah filem box office, masa tayangan cukup panjang hingga 2 jam setengah. Ada masa rehat pula tu.
Yeh Mera Prem Patra bagiku adalahsebuah lagu yang mempunyai unsur spiritual. Dengar aje lah Abang Kassim, taada ape-ape.



Sex symbol pada ketika ialah Zeenat Aman. Salah satu filem yang dilakonnya ialah dalam filem Yaadoon ki baarat, banyak kali juga aku tengok cerita ni. Bukan nak tengok cerita tapi nak dengar lagunya. Klip video yang ada Zeenat lagu o mere soni tapi aku rasa lagu ni best...meleleh, maklumlah dipertemukan 3 beradik dalam satu majlis, biasalah filem Hindustan macam tu.





Lagu 'tera mujshe hai pehle' dari filem Aa Gale Lag Ja, filem keluaran tahun 1973, aku dalam form 1, yang syoknya kerana budak kecik yang nyanyi sampai senikata aku ingat sampai ke ari ni.



Gemulah M. Shariff merupakan salah seorang penyanyi yang banyak mempopularkan lagu-lagu Hindustan dalam versi melayu. Lagu berikut adalah salah satu dari album beliau.



Ini versi Hindustan.

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template