Isnin, 21 Mac 2011

Binawe

Makcu teringin sangat nak makan 'buah pauh siam' macam orang.....buah manggalah tu.  Tanpa banyak tanya aku terus ke pasar malam Wakaf Che Yeh tak jauh mana dari rumah.  Sekarang memang musim buah pauh siam.  Macam-macam nama ada...."Ini pauh mas itam Pak Chik (bila pulak aku kawin dengan makcik dia? )  Yang ini pulak pauh siku raja ( buahnya memanjang dan tajam macam siku Raja Serama )...hah yang ini pauh samseng, pauh Che Ana."..... dan macam-macam nama aku sendiri pun tak ingat.

"Berapa sekilo?", 3 kilo sepuluh rial.  OK lah, pendapatan hasil  ' menukang kayu' hari ini mampu untuk membayarnya.  Seperti selalunya aku memang tak pandai nak memilih yang mana masak, yang mana boleh terus makan, yang mana kena peram dulu.  Last sekali suruh si Mamat tu yang pilih.

" Dek bagi yang molek-molek deh!"....OK pakcik, beres...kita campur tiga jenis untuk sepuluh rial."
Sampai di rumah berlakulah adegan yang tak ingin dilihat dan didengar.  
"Heh!..Pakmu, buah gapo lagu ni? 
Buah pauh...
Ya lah buah pauh..
Pah tu...
Hah tengok.."


Binawe......patutlah dia pergi ambil disebelah lain, rupa-rupa ni kerja dia orang.  Pamer buah yang elok, bila ada peluang dibagi buah yang macam ni....heee.

Namun begitu rezeki masih ada.

Campuran 3 jenis buah pauh...siku raja, mas hitam dan samseng.

7 ulasan:

jeBateja berkata...

Adeh...adeh...tak leh tahan nenguk.....terliur sudah....

jaja berkata...

Memang binawe..

hani@debumelukut berkata...

Sedapppppp...ada orang tolong kupaskan lagi sedap.

Woofer Storm berkata...

sedapnya ni..kalau dpt,nak lagi rasanya..hehee


follow sni^^

marinahunny berkata...

pak nidus kena bljr cara2 pilih buah lps ni... :D

Jamal Ali berkata...

Aduhai, nampak sodap... Hu3... Sudahlah puasa hari ini...

nidus2 berkata...

Jebat,
Dah berapa bulan?...heee3.

Sally,
Awat hang tukar nama, kan nama Kassim Selamat tu dah elok....

Kak Hani,
Makcu nok manjo...hee geli.

Woofer storm,
Dalam gambar memang sedap, di luar lagilah sedap...

Marina,
Tak pandai nak pilih mana intan mana kaca....hajat nok gi Ganu minggu depan.

Anakanda Zul,
Alhamdulillah...puasa hari Isnin dan Kamis ye!...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template