Sabtu, 12 Februari 2011

Itu Dulu...


"Inilah kampung tempat ayah membesar.  Ini semua kalau nak diceritakan memang banyak.  Tengok di sana, tempat ayah mencari ikan di musim tengkujuh, ikan haruan, keli dan juga puyu.  Kalau ayah tak turun ke bendang alamat bisinglah mulut orang tua tu....."   Aku bercerita kepada Ngah semasa memancing dulu.  "Kenapa ayah melarang kami ke sini?"   "Itu dulu.....





"Inilah dunia ayah semasa kecil.  Bermain, mandi dan juga menangkap ikan serta udang.  Ikan seluang, lampan, jogho, tilam, baung, beleda semuanya ada.  Waktu pagi, ayah mandi sungai, nak ke sekolah, mandi petang semuanya di sungai ini.  Nenek selalu suruh ayah cari kayu hanyut di waktu air sungai pasang, boleh buat kayu api.  Sejak kecil lagi ayah sudah pandai berenang dan berperahu".  Ceritaku kepada Abang Chik dan Yeh.  "Kenapa ayah tak suruh kami jadi seperti ayah?"  Itu dulu....


"Di belakang rumah tu ada pokok langsat, duku, kecupu, manggis dan setar.  Kalau  musim buah, alamatnya di atas pokoklah ayah bertenggek.  Seronok betul, berpindah dari satu dahan ke dahan macam....."
"Kenapa ayah tak ajar kami memanjat".  Itu dulu.......

Duniamu dan duniaku jauh berbeza.  Aku banyak mengenal dunia ini melalui pengalaman dan kemiskinan.  Aku belajar mengenai hidup dari kesusahan.  Kamu hidup dalam dunia hari ini yang lebih realiti.  Dunia yang penuh dengan perlumbaan.  Hanya mereka yang berani menghadapi segala rintangan dan cabaran yang akan berjaya.  Bila kau dewasa dan pandai nanti, pengorbanan yang ayah lakukan, kaukan mengerti.  Teruskan anak-anakku, jangan kamu mengimbau dunia silam ayah yang penuh dengan kesusahan dan kepayahan. 

Itu dulu......

10 ulasan:

Emat Azmi berkata...

sedih emat baca nie pak nidus...

Ibnu Jamaluddin berkata...

Moga generasi mendatang masih mengingati peristiwa yang lepas.

Teringat kembali cerpen Cakna Untuk Hari Esok. Walaupun ianya perihal mengenai esok tapi temanya tak jauh beza.

Perlukah peristiwa kelmarin dan hari esok dicakna pada hari ini?

Peringatan untuk anak-anak, nasihat untuk sejahtera bila sang anak menjengah kehidupan keluarga - yang bakal punya anak-anak kembali...

Saya datang juga untuk mengambil maknanyaa sekali, izinkan saya...

Hairil Rizal berkata...

Pengorbanan pasti harus ditempuhi utk mengecap kemenangan. Bezanya hanyalah cara dan matlamat.

Generasi baru pasti akan perlu juga berkorban tapi bukan dengan bergelumang selut dan ranjau...

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

touching sangat entry ni, biarpun umur kita mungkin ada jarak yang berbeza, tapi saya pun melalui zaman kesukaran sebagaimana yang awak lalui.saya faham.

atik berkata...

nice n meaningful n3 ayoh...

makcu B berkata...

Tangkap leleh pak....ambo ingat maso Pak Nidus bercerita tentang susohnyo nok dapatkan duit 5 sen drp gemuloh ni untuk beli aiskrim , hinggakan penjual aiskrim berbasikal itu tidak terkejar oleh pak. Macam watak kanak2 miskin yang dibawa oleh Rano Karno dalam pilem.

jeBateja berkata...

Betul kata EMAT...ada unsur2 kesedihan laaa...teringat ayah kat kampung.....uhukz

nidus2 berkata...

Terima kasih semua,
Kehidupan ini seperti sebuah cerita adakala suka kadangkala duka.

Sham berkata...

salam kenal...

tak nak anak2 membesar dalam kesusahan...seperti mana saya membesar dulu...

nidus2 berkata...

Terima kasih Sham...
Semoga mereka membesar dalam acuannya yang tersendiri..

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template