Ahad, 13 Disember 2009

Perjalananku

Aku belajar di SMT Trg selama 4 Tahun (1976-79). Dalam tingkatan 5 tidak banyak yang dapat diceritakan, mungkin memoriku sudah tumpul. Untuk itu aku alihkan tumpuan kepada
minat ku seterusnya iaitu mengembara. Kalau dikatakan melancong tidak boleh kerana aku waktu itu masih belajar lagi. Aku masih ingat pada tahun '76 aku terima tawaran untuk temuduga EME School di Teluk Kemang. Dengan berbekal buah pauh siam aku naik kereta api di Wakaf Bharu dan berhenti di Seremban, naik teksi Ke PD dan sambung lagi Ke T/Kemang. Ringkaskan cerita aku gagal dan malam itu aku naik keretapi balik Kelantan semula. Dari situlah berputiknya hobi baruku iaitu 'jale'. Aku ke Trg. semula dan bermulalah episod 'berjale'ku. Walaupun masih belajar , kalau ada kesempatan aku akan 'jale' setakat termampu. Bermula dengan 'hitch hike' dari KT ke KB, kemudian aku ke Kuantan, kemudian dilain masa ke Melaka. Kalau nak diceritakan pahit maung jale ni, hoi amat menyedihkan lagi menyeksa, boleh juga diklasifikasi 18SX, 18SG dan macam-macam lagi. Kalau Zainuddin Hashim terbaca blog ni, aku rasa dia boleh cerita panjang lebarnya. Tak ada gambar nak di upload, tapi untuk mengimbau kenangan itu , bila terdengar lagu BDB tersentuh juga hati ini. Pada ketika itu banyak lagu saduran baik dari filem hindustan mahupun Inggeris. Kumpulan yang paling aku suka Manhattan : Kiss and Say Good Bye.




Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template