Jumaat, 25 Disember 2009

Cerita Semasa Jadi Pengakap


Semasa mengajar di SMDMPR Tanah Merah ( 1983-1987 ) lebih kurang, aku salah seorang daripada Pemimpin Pengakap, jadi tiap kali ada Jembori 'terpaksa rela' kena menyanyi. Pada masa tu Kumpulan Blues Gang dan Sweet Charity diantara kumpulan yang paling top, apa lagi kalau tidak menyanyi lagu dia orang. Kalau tak silap lagu ni ialah 'Ceritaku' dari kumpulan blues Gang









Gambar sebelah ni, aku nyanyi lagu 'Cinta oh Cinta' juga lagu dari Blues Gang.




Gambar ni lagu pengakap, biasalah lagu salam kabare, bertemu dan berpisah, sayonara.



Bawah sekali ni ,lagu ini tak silap lagu Sweet Charity 'Terharu'.
Lagu dinyanyikan oleh Ahmad Jaafar bukan Ramli Sarip.



Ada satu lagu Jepun: kalau nak cuba ok,

Hondacup Suzuki Yamaha
Toyota Corolla Mazda
Barang ini mudah di baiki
Spare part belana di kedai

O..o..o..o..Odorono
A..a..a..a..Ajinomoto
Ada pitih beli Sport Toto
Kalu kena melancong ke TOkyo.



Semasa dipantai Irama Bachok (1985) Disebelah tu anak murid, tak ingat doh nama. Masa ni lagu Lefthanded tengah popular, mungkin tengah nyanyi lagu tu bekali. Kalu lagu slow rock mungkin " Ku dihalaman Rindu'.


Ini photo semasa lawatan ke KL, bila ada orang lalu akan terdengar suara sumbang, " pengakap apa macam ni, nampak rock je?" Betul juga, sudah rambut panjang, tengok kasut, alamak macam kasut.......tengok kat tangan dia, ada apa......Itu cerita dulu, sekarang O. K kan?



Semasa hari guru (tahun..?) Lagu pun tak tahu, masih muda dan belum kawin, sekarang mungkin Si Borhan sebelah kanan sekali dah ada cucu, Kuna,Sudin Salor, Alwan (Mat Salleh celup) dan Tan.

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template