Selasa, 12 Julai 2011

Predator masuk rumah

Dulu pernah sekali 'predator' masuk rumahku. Dengan sedikit 'jampi serapah' setakat yang aku tahu, dia menghilang beberapa tahun.  Sekarang dia datang lagi bersama cucu cicitnya. Aku rasa kedatangannya kali ini kerana kesilapan aku juga.  Mengapa ye? Sekarang kat rumah ni hanya tinggal kami bertiga sahaja, yang lain sedang belajar dan tinggal di asrama, jadi bilik atas tiada penghuni, jadi kesempatan ini digunakan oleh 'predator' untuk menumpang agaknya.

Anakku kata ini Batman.  Spesis ini memang menyusahkan kita dengan tahinya yang berterabur keluar melalui siling rumah.  Kesian kat Makcu nak bersihkannya. 

Mengikut pemerhatianku mamalia ini mempunyai beberapa sifatnya tersendiri.  Sebaik sahaja azan ke udara maka berterbanganlah ia keluar mencari makan dan selepas subuh sebelum matahari terbit ia akan kembali.  Lagi ia memang suka kepada bunyi air terjun.  Sebaik sahaja  bunyi air ini, ia akan keluar dari persembunyian apabila hari mula gelap. Ia juga pandai berpura mati bila kita berdekatan. Juga mempunyai gigi yang tajam yang dapat memutuskan jaring dalam beberapa minit sahaja. Ia juga sejenis haiwan yang tidak mudah berputus asa. selagi hayat dikandung badan ia akan cuba melepaskan diri.  Aduhh...tolonglah aku.  Jumlahnya bukan sedikit, mungkin beribu.






7 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

erk.. biar betik pak nidus membela mamalia ini? hebat!

boleh saya minta emel adress pak nidus.. utk buat teka silang kata..

hanta ke dygastina@gmail.com

Kakcik Seroja berkata...

Kalau burung walit, mungkin sarangnya mendatangkan faedah, kan? :)

Hairil Rizal berkata...

Hmm...mungkin boleh cari di internet utk dapatkan tip menghalau predator ni...?

Abdul berkata...

nah! mampos kau batman! nasib baik aku dah habis cuti. kalau tak aku pasang jaring ade current pulak. ohoi

nidus2 berkata...

Astina,
Teka silangkata apa ni?
Boleh apa salahnya.

Kakcik,
Predator ni pun dapat juga hasilnya...buat baja.

Hairil,
Tip dari kawan2....Taruk daun serai wangi. Gantung zink supaya bunyi bising. Pasang lampu kalimantang dan rumah jangan terlalu sunyi.

Abdul,
Dendangkan lagu kegemaran Pak Nidus....haa3.

Unknown berkata...

SALAM,
BAGUS KE BERSARANG KAT RUMAH ?

jeBateja berkata...

alamak.....tak bestnya hadapai situasi mcm ni pak nidus....try le usaha hindarkan nya...den tak taw...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template